Glade Automatic Spray : Wangikan Rumah Dengan Penuh Elegan

Februari 08, 2022

Kalau ikutkan rumah sewa yang Syu duduk ni tak ada lah busuk mana pun. Tapi disebabkan rumahnya berkedup & tertutup, jadi kesegaran bau dalam rumah tu tak ada. Setiap hari, bila masuk rumah, Syu mesti akan buka pintu & penyedut udara terlebih dahulu. Kalau tak, memang pengsan menghadap bau-bau kepam yang terperap dalam rumah ni.


Walaupun sampah & sisa makan hari-hari Syu dah bawa keluar, kesan-kesan bau tu tetap ada tertinggal dalam rumah 😅. Tak kiralah bau masak memasak mahupun bau sisa sampah yang basah-basah (yang ini kalau biar sehari suntuk dalam rumah memang perit hidung) sekalipun. Baunya akan tetap terperap di dalam rumah. Bila sidai baju dalam rumah jangan cakaplah. Kalau tengah masak sambal, dengan baju-baju sekali bau sambal. Padahal baju tu dah elok wangi-wangi dengan bau pelembut pakaian.



Memandangkan penyembur automatik yang Syu beli sebelum ni pun dah menemui ajal. Jadi terpaksalah sembur penyegar udara guna tangan. Sekali dua menekan boleh lah. Kalau kena hari-hari? Lalu ke nak menekan banyak-banyak kali 😂? Boleh keluar otot dekat jari-jari ni tau. Disebabkan hidung ni dah tak nak terhidu bau-bau yang kurang menyenangkan tu lagi, maka khidmat penyembur udara automatik memang sangat-sangat diperlukan bila duduk dalam rumah yang berkedup & tertutup ni.


Sekadar pasang penyedut udara & buka pintu luas-luas sahaja tak cukup untuk hilangkan bau. Jadi, demi menjaga kesegaran berpanjangan dalam rumah ni tanpa melenguhkan tangan, penyudahnya Syu minta tolong encik suami belanja kita penyembur udara automatik jenama Glade ni 😁. Harga pun boleh dikatakan mampu milik juga.


Glade Automatic Spray
Satu untuk bilik kitaorang laki bini & satu lagi untuk bilik tetamu 😁.


Masa pergi ke Econsave kemarin, Syu tengok harganya penyembur automatik Glade ni ±RM23. Mahal yakhamat! Tak jadi nak beli. Di Shopee harganya jauh lebuh murah. Cuma RM18 sahaja untuk satu set sekali pewangi & bateri - Beli masa Shocking Sales.


Tapi yang tak syoknya, untuk satu pesanan terhad kepada 2 pembelian sahaja. Tak boleh beli lebih sebab harganya akan berubah jadi lebih mahal. Nak beli lebih kena buat 2 kali pesanan 😌. Syu pun hairan. Patutnya lagi nak beli banyak bagi murahlah kan. Ni tak. Lain pula jadi harganya 😅.



REKA BENTUK YANG MENARIK & KOMPATIBEL | Reka bentuk penyembur automatik dari Glade kali ni memang cantik & nampak versatile bila diletakkan dalam rumah. Hasil gabungan warna emas & putih pada mesin penyembur automatik ni bukan sahaja menyerlahkan reka bentuk. Malah gabungan dua warna ni menjadikannya nampak lebih elegan.


Bila letak dalam rumah, rupa penyembur ni nampak macam seakan-akan barang perhiasan. Nampak macam pasu bunga pun ada. Padahal, kalau ditenang betul-betul, kawan tu sebenarnya penyembur udara automatik yang fungsinya untuk hilangkan bau-bau kepam dalam rumah. Bagus juga kan. Beli penyegar udara, pakej sekali aksesori perhiasan dalam rumah 😁. 


Selain reka bentuk yang menarik, mesin penyembur automatik jenama Glade yang terbaru ni juga boleh diisi semula dengan menggunakan penyembur udara dari jenama yang berbeza. Syu tahu harga sebotol spray refill dari Glade ni memang agak mahal bila dijual di pasaraya.


Glade Automatic Spray
Gabungan warna yang sangat cantik dengan rekabentuk yang sangat minimalis tetapi nampak elegan 😍.


Jadi, altenatif lain untuk kekalkan kesegaran dalam rumah, korang boleh guna penyembur udara jenama Verona dari kedai Eco2 tu. Botol penyemburnya memang ngam-ngam boleh masuk dalam bekas penyembur ni - Korang jangan risau. Sebab Syu sendiri dah cuba 😁. 



PENYEMBUR SEMI AUTOMATIK | Untuk ruangan rumah yang besar, sekali semburan sahaja tak cukup. Jadi, durasi untuk setiap semburan tu korang kena pendekkan jaraknya - Boleh diset pada mod automatik. Untuk pengetahuan korang, penyembur automatik ni boleh juga digunakan secara manual. Misal kata korang rasa semburan yang disembur tu tak berapa nak wangi, korang boleh menambah semburan lagi dengan menekan butang yang ada pada bahagian belakang penyembur ni.


Glade Automatic Spray
Penyemburan boleh dibuat secara manual (butang pada belakang penyembur) mahupun secara automatik. 


BAU OCEAN ESCAPE YANG WANGI & MENYEGARKAN | Masa berbeli di Shopee, suami Syu pilih bau Ocean Escape sebab pilihan bau yang ini sahaja yang ada masa tu. Yang lain tak ada. Dah habis terjual agaknya. Sejujurnya, bau Ocean Escape ni memang wangi bila disemburkan di dalam rumah. Bau pun boleh dikatakan tahan lebih lama juga. Selain Ocean Escape, ada lagi bau-bauan lain yang ada terjual di pasaran. Antaranya :


  • Elegan Blossom & Oud
  • Fresh Berries
  • Lavender Vanilla
  • Morning Freshness
  • Peony & Berry Bliss
  • Sakura & Waterlily


Lepas ni, wangi memanjanglah rumah Syu dibuatnya. Tak payah nak sembur guna tangan lagi dah. Lega bila encik suami sudi belikan. Pada yang berkenan, korang beli set penyembur automatik ni dari v.family mart di Shopee. Lebih murah jika dibandingkan dengan penjual-penjual yang lain - SELAMAT MENYEGARKAN RUMAH!😊💕

Comments

  1. Dulu pernah beli tapi dah lama dan tak berfungsi dah..
    Tak terfikir pula nak tengok kat shopee. Nak cari juga la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Automatic spray Syu yang lama pun dah rosak juga. Itu yang terpaksa berbeli baru.
      Syu ada sertakan linknya. Belilah. Murah sikit berbanding pasaraya 😊💕.

      Padam
  2. Balasan
    1. Cubalah. Beli dekat Shopee. Murah sikit 😊💕.

      Padam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!