PUDING SUSU : Menu Turun Temurun Arwah Mak Mertua

Februari 14, 2022

Memandangkan suami Syu teringat & teringin sangat nak makan puding susu yang arwah maknya selalu buat, maka Syu pun buatlah dalam seloyang buat lepaskan kempunan. Kalau nak tahu, puding ni memang antara menu manisan kegemaran suami Syu sekeluarga. Malah, resepi puding susu ni merupakan resepi turun temurun keluarga belah suami Syu. Baik kakak ipar, mak saudara sepupu sepapat. Diaorang semua memang tahu & reti buat kuih ni.


Satu loyang ni bagi dekat encik suami seorang jelah 😌. Syu sepotong pun tak mampu nak habiskan.


Walaupun kuih ni namanya puding susu tapi kandungan bahannya bukan dibuat sepenuhnya dari susu yer. Tak tahu kenapa suami Syu sekeluarga panggil puding ni puding susu. Sebab kalau berdasarkan carian Syu di Google, puding susunya bukan macam ni rupa dia 😁. Puding susu putih serlah & memang dibuat 100% menggunakan susu segar & gelatin atau agar-agar. Yang ini rupanya bentuk & rasanya lebih ke arah Puding Karamel. Tapi dalam versi gula merah.


Puding susu
Kalau ikutkan, ini rupa puding susu sebenar.


Kalau ikutkan dari segi bahan & cara pembuatan puding susu ni, memang lebih kurang macam buat PUDING KARAMEL. Cuma puding susu ni tak ada menggunakan susu sejat & tepung jagung. Sebaliknya hanya menggunakan telur ayam semata-mata. Malah, karamelnya pula dibuat menggunakan gula merah & bukannya menggunakan gula hangus. Apa yang Syu boleh katakan yang kuih ni bukanlah Puding Susu, sebaliknya adalah Puding Telur 😅. Tapi dah diorang panggil Puding Susu, kita layankan sajalah.



Sejujurnya, Syu bukanlah peminat Puding Susu ni. Waima Puding Karamel pun Syu tak berapa minat sangat. Sekali sekala tekak ada rasa teringin nak makan tu bolehlah buat. Tapi tidaklah selalu. Setahun mungkin sekali 😌. Tak tahanlah makan makanan manis-manis sangat ni - Makan makanan manis tapi bukan yang manis leting.



Siapa-siapa yang ada penyakit kencing manis tu AWAS yer dengan Puding Susu arwah mak mertua Syu ni 😂. Waima orang yang ada alergik dengan telur pun tak digalakkan makan sebab puding ni ternyata dibuat 100% menggunakan telur. Pada yang sukakan kemanisan. Puding susu ni memang sesuai sangatlah. Syu hanya mampu makan sehiris dua sahaja.


Rasanya lebih kurang macam Puding Karamel juga cuma teksturnya tu agak padat & pejal sedikit. Mungkin sebab guna banyak telur agaknya.



BAHAN-BAHAN (PUDING)


10 Biji - Telur Ayam*

3/4 Tin - Susu pekat* (Tak suka manis boleh kurangkan)

1 1/2 sdk. - Esen vanilla*

1 sdt. - Gula* (Tak nak manis tak payah letak)





BAHAN-BAHAN (KARAMEL)


3 Helai - Daun pandan

5 sdt. - Gula merah

Garam secukupnya

Gula apong (Yang ini Syu tambah)

Air secukupnya



Cara nak buat puding ni senang jer. Lebih kurang macam nak buat Puding Karamel juga. Semua bahan-bahan yang bertanda asterik (*) tu korang campur & gaul sehingga sebati. Nak senang korang kisarkan sahaja dalam pengisar. Lepas tu korang tapis & tuangkan dalam loyang yang dah diletakkan air gula merah. Tutup dengan kertas aluminium atau pun dengan pembalut plastik (cling wrap) untuk mengelakkan wap air masuk & basahkan puding. Kukus puding jangan lama-lama. 15 minit sudah memadai - SELAMAT MENCUBA! 😘

Comments

  1. Owh, ni mcm puding caramel tu ya, selalu cari time buln puasa jer,, hihi

    BalasPadam
  2. Macam puding caramel sebab ada juga puding caramel guna telur yang banyak. Selalu jumpa time bulan puasa je lah. Saya sama macam Syu lah kot. Nak habiskan sepotong pun payah. Manis nau.

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!