Percutian Pendek Ke Johor Bharu (JB)

Februari 03, 2022

Percutian ke Johor Baharu (JB) ni antara percutian yang tak dirancang macam Syu pergi Bercuti Ke Negeri Cik Siti Wan Kembang hujung tahun lepas. Asalnya, kami berdua laki bini berada Kuala Selangor & Sekinchan masa hari Ahad lepas. Kononnya nak pergi jalan-jalan cari makan di sana. Bukan apa, tekak ni teringin sangat nak makan mentarang & belangkas 😛. Nak dijadikan cerita, sesampai di sana, kedai yang Syu nak pergi tu banyak dah tutup. Jadi, terpaksalah tukar plan di saat-saat akhir. Itu yang tak pasal-pasal jauh lajaknya sampai ke JB tu 😅. 


Alang-alang adik ipar Syu duduk JB, jadi malam tu kami laki bini shoot terus pergi ke sana. Lagipun, kitaorang berdua tak pernah pergi rumah diorang. Selalu diorang yang datang singgah ke rumah kitorang laki bini bila diorang balik ke Semanggol. Sekali-sekala lajak ke sana apa salahnya kan. Cuti Syu dengan encik suami pun masih ada lagi berbaki dua hari. Takkan nak sia-siakan macam tu jer. Rugi!



Malam Ahad tu memang masing-masing laki bini koyaklah biji mata menahan mengantuk. Korang bayangkanlah, sampai di JB pukul 4 pagi. Mahu tak koyak 😅. Tambah pula sebelum gerak ke sana kitorang berdua dah kenyang makan. Jadi, kepala memang meminta sangat disorongkan bantal. Apa-apa pun alhamdulillah. Kitaorang berdua selamat sampai di JB tanpa sebarang masalah. Cuma sampai-sampai di rumah adik ipar, temperature kereta ada naik sedikit. 


PANTAI STULANG | Pagi Isnin tu Syu bangun lewat sikit sebab mengantuk malam tadi pun tak habis lagi. Dalam pukul 11 pagi baru Syu bersiap-siap ikut biras Syu keluar selesaikan urusan pembaharuan cukai jalan kereta Syu di Pejabat Pos Tampoi - Hari Isnin Penyelamat Keadaan. Kalau tak buat nanti takut kena saman masa Polis buat sekatan jalan raya. Risau juga kan. Tambah-tambah cuti panjang bersempena Hari Raya Cina ni. Mesti ramai anggota Polis akan keluar bertugas buat operasi. Nanti tak pasal-pasal dapat pula surat cinta dari diorang. Naya 😂.


Pantai Stulang
Seberang sana dah Singapura. Tak jauh dah.


Lepas asar macam tu kami semua keluar lagi jalan-jalan ke Pantai Stulang. Saja nak ambil angin petang. Sambil-sambil tu boleh cuci mata tengok negara jiran kita Singapura. JB dengan Singapura memang tak jauh dah. Sekangkan kera jer. Kalau duduk santai-santai di Pantai Stulang memang boleh nampak negara Singapura. Dalam hati ada juga terdetik. Kan bagus kalau Negara Singapura ni sebahagian dari Malaysia. Tapi, apakan  daya. Disebabkan ada banyak isu berbangkit antara Malaysia & Singapura. Maka dipisahkan juga Singapura dari Malaysia pada 9 Ogos 1965 - Singapura Keluar Dari Malaysia.



PASAR KARATLepas duduk lepak-lepak di Pantai Stulang, kami pun balik sekejap ke rumah adik ipar yang terletak di Taman Bukit Kempas. Malam sikit baru kami keluar sekali pergi makan malam di salah satu kedai Steamboat & Grill. Adik ipar Syu tak dapat ikut sekali masa tu sebab dia diarahkan bertugas oleh pegawai atasan. Katanya ada Ops Merecun 😅. 

Pasar Karat JB

Selesai makan malam. Kitorang pun pergilah ke Pasar Karat JB yang terletak di Jalan Segget. Ada sesetengah orang di JB ni panggil Pasar Karat Segget & ada sesetengah orang panggil Bazaar Karat JB. Syu sendiri pun tak pasti yang mana satu. Yang pasti, tempatnya memang seronok & meriah untuk dikunjungi. Ada satu banggunan kedai dalam Pasar Karat ni menarik perhatian Syu. Bukan sahaja dari ssegi warna, malah dia punya reka bentuk tu seolah-olah seperti banggunan lama. Kalau nak banggunan tu sebenarnya merupakan restoran Marry Brown. Syu tak pasti samada ianya reka bentuk asal atau ianya memang direka sebegitu. Tapi yang pasti, Syu memang tertarik dengan banggunan ni.


Marry Brown Pasar Karat JB
Antara banggunan yang menarik perhatian Syu bila singgah ke Pasar Karat JB ni.

Dari pengamatan Syu, suasana pasarnya lebih kurang macam Gerbang Malam Ipoh juga. Cuma Pasar Karat JB ni besar sikit & ada banyak penjual yang berniaga. Agak penat jugalah berjalan sebenarnya sebab pasar karatnya besar 😂. Untuk pengetahuan korang, Pasar Karat JB ni beroperasi setiap hari bermula dari 6 petang sehingga ke jam 12 tengah malam.Waktu siang akan ada kedai-kedai lain yang beroperasi di sini seperti biasa. Cuma waktu malam sahaj ia akan diambil alih oleh pemilik tapak pasar untuk meniaga.



DANGA BAY PARK | Selesai cuci mata di Pasar Karat JB, kami pun singgah sekejap ke Danga Bay Park. Danga Bay Park ni antara salah satu tarikan yang menarik di Johor juga. Di sini ada satu taman tema. Tak besar pun taman temanya. Tapi tempatnya memang cantik & sesuai sangat dijadikan tempat beriadah bersama anak-anak. Ada banyak permainan yang boleh dimain di dalam taman tema ni sebenarnya. Syu sendiri pun tak tahu apa nama-nama permainan yang ada dalam tu. Yang Syu kenal Merry-go-round jer. Alah, kuda yang pusing-pusing macam dalam drama Korea Stairway To Heaven tu  ðŸ˜.


Syu ingat nak mainlah Merry-go-round yang ada di dalam taman tema tu. Malangnya, masa Syu sampai taman temanya tutuplah pula. Baru berangan nak naik & buat aksi ala-ala drama Korea Stairway To Heaven tu 😜. Potong betul lah. Penyudahnya. Kami semua jalan-jalan sahaja sekitar kawasan Danga Bay Theme Park tu sahaja. Sampai satu kawasan lapang, nampaklah orang main basikal, skuter eletrik & roda bulat guling-guling tu - Syu sendiri pun tak tahu apa nama dia 😅.


Danga Bay Theme Park
Cantik tempatnya kalau buka. Tapi malangnya masa kami sampai taman tema ni dah tutup 😌.

Boleh dikatakan ramai jugalah pengunjung datang bermain permainan yang ada kat sini. Tapi malangnya kedai-kedai yang ada sekitar taman tema ni beroperasi sampai pukul 1 pagi sahaja. Jadi, kitaorang tak dapatlah nak lepak santai-santai lama sikit. Bila tengok ramai yang dah beransur pulang, kitaorang pun pulanglah ke sarang. Ada baik balik berehat. Esoknya kami laki bini dah nak kena bergerak balik ke Perak pula. Bukan dekat-dekat perjalanannya 😁. 

Danga Bay

Comments

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!