Welcome To The Club! Sarah Deris 🎉

Februari 13, 2022

Alhamdulillah, selesai buat job tak berbayar semalam buat pendatang baru yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia Blogger - Welcome to the club buat Sarah Deris 😁! Kalau ikutkan dah lama dah Syu follow & tunggu kemunculan entri pertama dari empunya blog ni. Malangnya sampai ke sudah tak muncul-muncul 😅. 


Blog header


Nak dijadikan cerita, minggu lepas, buat pertama kalinya entri Sarah Deris muncul di ruangan reading list Blogger Syu- Akhirnya menulis juga adik aku dalam blog. Teruja jugalah dibuatnya. Bukan apa, dari tahun lepas Syu suruh dia menulis. Bila kita cakap kita buat blog, dia pun nak juga. Bila dah buat tak muncul-muncul pun entrinya. Akhirnya, minggu lepas baru nampak bayang 😅. 



Walaupun penulisannya agak caca merba macam kakaknya juga masa mula-mula berblog dedulu, pada Syu ia satu permulaan yang agak baik juga untuk dia sebenarnya. Tak kisahlah cerita apa pun dia nak bercerita & kongsi. Asalkan luahan yang nak disampaikan tu tak melanggar batas-batas yang sepatutnya. 


Sarah Deris Blog
Templat ni diberi nama "Grace". Cantik & minimalis rekabentuk templat ni 😍


Sejujurnya sejak Syu kembali berblog tahun lepas, memang Syu dah racun adik Syu sikit-sikit untuk sertai dunia Blogger ni 🤣. Almaklumlah, masa muda mesti banyak benda & pengalaman baru yang dia nak cerita & celotehkan. Blognya memang dah sedia-sedia ada Syu buatkan. Tapi disebabkan dia agak sibuk dengan belajar. Jadi, dia tak berkesempatan nak buat apa-apa perkongsian di blog. 


Yang itu tak apa. Kita faham. Lagipun, tak ada paksaan pun pada dia sebenarnya. Bila dia rasa nak tulis dia tulis. Dia tak nak terpulang. Cuma Syu sekadar nak berikan satu platform & ruang untuk dia mengekspresikan diri dia melalui dunia penulisan.



Lagipun memang sesuai sangatlah dengan bidang yang dia ambil sekarang ni - Diploma Sains Kesetiausahaan.  Bidang ni memang kena banyak menaip juga sebenarnya. Jadi dengan adanya blog ni, dia boleh latih jari jemari dia tu untuk bergaul mesra dengan papan kekunci - a.k.a keyboard 😁. 


Kalau nak tahu, asalnya blog Sarah Deris ni guna template yang Syu guna sekarang ni. Tapi disebabkan adik Syu ni tak berapa reti & kurang mahir lagi pasal Blogger, jadi banyak benda yang dia godek-godek jadi ke laut & tak ketahuan. Templat yang Syu dah set semuanya bertukar masa Syu singgah blog walking tempoh hari - Ada lah benda yang ditekannya tu 😂.


Tips Berblog
Sempatlah tinggalkan beberapa nota ringkas untuk dia rujuk. Ada macam cikgu ajar murid tak 😁?

Masuk yang ini dah tiga kali Syu tolong tukar templat 😌. Kita letak templat mahal-mahal dia tak reti nak membega. Jadi, tadi Syu carikan templat baru dekat freshDesignweb. Boleh dikatakan banyak jugalah templat-templat yang ada kat sini. Yang seronoknya semua templat adalah PERCUMA & responsif.



Untuk blog Sarah Deris ni Syu cari design yang simple jer. Asalkan dia tak serabut kepala nak melayan kod segala. Apa-apa pun selamat berblog buat adik ku Sarah Deris. By the way, ada berita sedih pasal hal rumah yang Syu cadang nak beli tu. Semalam abang Lan telefon, katanya rumah yang Syu berkenan tu dah selamat dijual pada pemilik yang baru - Hati Kata Nak. Tapi.... Nampak gayanya memang tak ada rezeki Syu nak beli rumah tu. So sad 😌. 

Comments

  1. wahhh. nsk guna templat ni la jugak

    BalasPadam
  2. Selamat datang! (sambil pukul kompang)

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah, selamat berblog. Saya pun sedang nak aktif semula berblog. Salam kenal.

    BalasPadam
  4. SElamat berblog Sarah Deris... ammi terjah sana jap ye kasi moral support

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mekaseh Ammi sudi support adik kita 😁
      Takpe silakan terjah. Terjah jangan tak terjah 🤭

      Padam
  5. yeyy tambah sorang lagi blogger welcome sarah

    BalasPadam
  6. Welcome to the club untuk adik Syu, Sarah :) done follow blog beliau.

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!