Posts with the label Blogger
Memaparkan catatan dengan label Blogger. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Blogger. Papar semua catatan

Julai 10, 2026

Renew Domain Blog Syuderis.com

Berbulan tak sentuh & update blog, tahu-tahu blog sendu kita ni dah nak kena di renew dah domain nyer πŸ˜‚ - Expired hari ni 10/7/2026. Nak tak nak kita renew jelah. Bagi iklan kat blog kita ni jalan. Renewal fee untuk setahun still affordable lagi nak bayar. Kira bolehlah harga RM60 setahun. Lepaslah rolling balik duit income Google Adsense yang Syu dapat hari tu πŸ˜….


Lagipun, Blogger ni jer tempat yang kita selesa nak curhat macam-macam & simpan segala memori. Platform lain macam senang sangat orang nak stalk life kita. Orang dah kenal. Senang kena judge - Kita ni hati tisu. Takleh terima kecamanπŸ˜†. Kat sini siapa pun tak kenal kita. Circle pun hanya dalam kalangan pembaca yang tak dikenali & penulis blog jer.

 

Renew domain blog
Setel buat payment jangan lupa submit ticket. Attach sekali gambar resit pembayaran as a prove yang korang dah buat pembayaran.

 

 

Domain renewal NetKL
Bila NetKL dah balas macam ni, maknanya domain korang dah selesai di-renew kan.

 

By the way, those yang ada Blogger & berhajat nak ada domain sendiri boleh BELI DOMAIN KAT SINI. Untuk personal blog, ambil yang ".com" pun tak cukup memadai dah sebenarnya😁. Nanti ada masa Syu ajar lebih details macam mana nak renew & beli domain di NetKL.

Domain

Renew Domain Blog Syuderis.com

Julai 10, 2026

Mei 10, 2025

Jadi Blogger Kena Bayar Cukai Ke Tidak?

Cukai
Pendapatan melebihi RM34,000 setahun diwajibkan oleh LHDN untuk membayar cukai - SUMBER FOTO: Pinterest


Bila bercakap pasal berblog, ramai yang terfikir, "Jadi blogger ni boleh dapat duit ke?" & "Kalau blog dah buat duit, nak kena bayar cukai ke tidak?" Maybe ada yang fikir jadi blogger ni kerjanya cuma menulis blog, berkongsi cerita, atau review produk je. Tapi, pernah tak terfikir bahawa seseorang blogger pun boleh dikenakan cukai? Tambah-tambah bila blog korang dah mula start buat duit.

 

For those yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia blogger atau dah aktif menulis, soalan ni memang patut ada dalam kepala. Tapi jangan risau, dalam artikel ni kita akan bincangkan lebih lanjut pasal hal ni.


  Kalau blog korang hanya sekadar platform untuk berhobi atau untuk berkongsi pengalaman tanpa ada jana pendapatan tetap, mungkin korang boleh abaikan topik ni.

 

Apa Itu Cukai & Kenapa Blogger Kena Ambil Tahu?


Secara ringkas, cukai ni merupakan bayaran yang dikenakan oleh pihak kerajaan ke atas individu atau syarikat yang ada menjana pendapatan - melebihi RM34,000 setahun. Jadi, kalau korang sebagai seorang blogger & ada memperoleh pendapatan dari blog - Contohnya melalui iklan, affiliate marketing, penjualan produk, tajaan atau endorsement. Kerajaan berhak untuk minta korang bayar cukai berdasarkan jumlah pendapatan tu. Melainkan ada dapat pengecualian atau jika pendapatan korang tu dalam jumlah yang sangat kecil & tak melayakkan korang untuk bayar cukai.

 

Bila Blogger Kena Bayar Cukai?


Menurut sistem percukaian di Malaysia, jika korang menjana pendapatan melebihi RM34,000 setahun, korang perlu mendaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) & bayar cukai. Andai kurang daripada jumlah tu, mungkin korang tak diwajibkan membayar cukai. Tapi, tetap kena buat pengisytiharan juga di LHDN berdekatan untuk pastikan rekod korang bersih dari dikenakan cukai.

 

Macam Mana Nak Bayar Cukai?


Bila pendapatan blog korang melebihi RM34,000 setahun, korang perlu daftar dengan LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) & buat penyata cukai. Biasanya, korang hanya perlu mengisi borang e-filing secara dalam talian.


Jangan risau, sistem LHDN sekarang dah senang. Mesra pengguna & ada banyak panduan tersedia dekat diorang punya website. Kena rajin membaca & bertanya.

 

  • Daftar dengan LHDN melalui e-Daftar. Proses ni tak susah, cuma kena pastikan korang ada dokumen sokongan yang cukup.

  • Isi Borang BE (untuk individu) atau borang yang sesuai mengikut kategori perniagaan. Korang boleh buat ni secara online di portal LHDN.

  • Bayar Cukai berdasarkan pendapatan yang dilaporkan. LHDN akan kira berapa jumlah cukai yang perlu dibayar.

 

Apa Jenis Pendapatan Yang Nak Kena Isytihar?

 

Pendapatan yang perlu diisytiharkan oleh blogger tak semestinya datang dari penjualan produk atau perkhidmatan yang korang buat secara langsung. Ia boleh termasuk:

 

  • Pendapatan dari iklan: Kalau ada ads di blog, sama ada Google AdSense atau iklan lain, itu semua pendapatan yang kena isytihar.

  • Affiliate Marketing: Jika korang promote produk orang lain dan dapat komisen, itu pun kira pendapatan.

  • Tajaan: Kalau ada syarikat atau brand yang bayar korang untuk buat review atau post, itu pun kena isytihar juga.

  • Jualan Produk atau Perkhidmatan: Kalau korang jual ebook, kursus, atau servis tertentu melalui blog, itu jelas kena isytihar sebagai pendapatan.

 

Blogger Baru, Jangan Risau!

 

Untuk blogger yang baru nak mula berblog, jangan risau dengan bab-bab cukai ni. As long as pendapatan tahunan korang tak banyak, korang tak perlu risau. Tapi, bila blog dah berkembang, pastikan korang uruskan kewangan & cukai pendapatan korang dengan betul & efisien.

 

Jadi, untuk persoalan "Jadi Blogger Kena Bayar Cukai Ke Tidak?" - jawapannya adalah ya! Blogger yang ada dapat income dari berblog kena bayar cukai. Tak kira apa pun sumber pendapatan tu. kalau dah melebihi RM34,000 setahun, kena buat pengisytiharan & bayar cukai macam biasa.

 

Jangan risau, prosesnya mudah sahaja sebenarnya. Buat secara online pun dah boleh. Jadi, kalau korang betul-betul serius dengan dunia blogging ni, pastikan korang uruskan kewangan & cukai dengan sebaik-baiknya!

 

Tips Urus Kewangan dan Cukai Sebagai Blogger

 

  • Simpan Rekod Pendapatan: Pastikan korang simpan bukti pendapatan & perbelanjaan. Boleh guna aplikasi atau spreadsheet untuk track semua transaksi.

  • Buat Simpanan Untuk Cukai: Jangan tunggu sampai last minute! Setiap kali dapat duit dari blog, simpan sedikit untuk bayar cukai.

  • Runding Dengan Pakar Kewangan: Kalau tak pasti, boleh dapatkan nasihat daripada akauntan atau perunding kewangan yang arif. Diorang boleh bantu korang untuk uruskan cukai dengan cara yang betul.

Jadi Blogger Kena Bayar Cukai Ke Tidak?

Mei 10, 2025

April 25, 2025

Google Adsense : Susah Betul Nak Dapat 20USD Sebulan Sekarang Ni πŸ₯²

Blogger

Salam Bloggerian Syu semua! Sedikit keluhan manja pasal Google Adsense (GA) Syuderis.com. Start hujung tahun lepas, Syu perhatikan Syu punya earnings GA semakin hari semakin menyusut. Bukan sikit-sikit susutnya. Ada lah dalam 75% macam tu. Even Syu punya pageviews blog pun sama - Ni sebab kurang menulis rasanya πŸ˜‚. Satu hari tak sampai 1K pun pengunjung datang bertandang. Sedih pula rasa.


Google Adsenses
Tak boleh buat apa. Bak lirik lagu Ziana Zain terpaksa aku redha πŸ˜‚.


Dulu, merasa jugalah Syuderis.com nak dapat sebulan dalam 20-30USD. Sekarang, nak cecah 10USD pun sikit punya payah kome πŸ˜‚! Even entri Syu yang dulu-dulu asalnya organic search engine tu pun dah jadi tak organic dah sekarang. Pasal apa pun tak tahu. Adakah disebabkan Google search algorithm dah upgrade & artificial intelligence dah ambil alih. Entahlah?! Tak tahu tafsir pasal teknologi maklumat zaman now ni😩. Terlampau advance.


Actually, Syu ada terbaca komen seorang penulis blog ni. Dia pun complain benda yang sama pasal earnings GA dia. Situasi yang dia hadap lebih kurang sama macam Syu. Untuk part Syu, Syu tak tahu dekat mana silapnya. Adakah disebabkan?

  • Keywords blog tak mesra SEO & Google search engine?
  • Blog lambat loading?
  • Entri membosankan?
  • Semak dengan iklan sampai orang malas nak tekan & baca - Iklan GA Syu dah set auto. Bukan manually letak pun πŸ˜….
  • Terlampau banyak penggunaan AI dalam GA?
  • Google search algorithm dah upgrade? - "Google's March 2024 update is a game-changer, with many sites impacted by algorithmic changes and de-indexed from Google Search "(Search Engine Land)"


Actually ada banyak kebarangkalian sebenarnya. Mungkin ada sebab-sebab yang lain yang tak ada tersenarai kat atas nun. Nak sembang lebih pun tak berapa reti. Almaklumlah, kita noobs sikit pasal benda-benda macam ni. Lagipun, dah tua-tua ni kurang rajin dah nak buat research & korek lebih mendalam pasal benda-benda macam ni. Jadi, kita pasrah dengan segalanya!

Google Adsense : Susah Betul Nak Dapat 20USD Sebulan Sekarang Ni πŸ₯²

April 25, 2025

September 21, 2023

Berapa Angka Maksimum Followers Boleh Follow Blog Korang πŸ€”?

Sebut pasal followers. Ramai ke followers blog korang sekarang? Mesti lagi ramai kan dari Syu kan πŸ₯Ή. Tapi, korang tahu tak, berapa ramai followers yang Blogger bagi untuk someone follow blog korang πŸ€”? Mesti tak tahu kan. Meh Syu nak cerita.



Tak boleh follow kalau lebih dari 50K


Follow button


Kalau korang nak tahu. Maksimum followers yang dibenarkan untuk follow satu-satu blog terhad kepada 50K sahaja. Tak kisahlah korang follow dengan klik butang follow pada widget Blogger atau korang follow secara manual sekalipun.



Bila dah sampai limit, blog tu tetap takkan dapat di-follow sampai bila-bila. Sedih kan πŸ₯²? - Melainkan ada penurunan jumlah followers pada blog tu, then korang follow. Korang kena faham. Berblog ni tak sama macam platform social media yang lain. 


Bila dah sampai limit. Akan keluar macam ni lepas korang klik butang follow pada blog yang korang nak follow tu.


Sebab ia lebih memfokuskan kepada page viewsclick through rate (CTR), click to action (CTA), search perfomance & etc. As long as bukan melibatkan jumlah followers yang ramai. Waima rating pun tak ada dalam kamus blog πŸ˜…. 



Perlu ke follow blog orang πŸ€”?


Followers ramai. Itu satu bonus! Actually, tak ada paksaan pun untuk korang follow satu-satu blog tu. Unless korang nak kembangkan circle blog korang & ambil tahu pekembangan blog rakan-rakan Blogger korang yang lain.


Walaupun, korang tak kenal rapat pun dengan tuan empunya blog tu. Tapi, atas dasar korang rasa suka & tertarik dengan content satu-satu blog tu. Jadi, korang pun buat decision untuk follow πŸ‘†πŸ».


Blogger
Dari hari tu Syu cuba follow blogger ni. Sampai ke hari ni tak dapat-dapat πŸ˜…

Hidup sebagai Blogger ni lebih kurang macam korang hidup berjiran juga. Tak nak blog sendu. Kenalah usaha tambah kawan. Nak tak nak kena beramah mesra juga dengan orang. Kalau tak, macam mana orang nak kenal blog korang. Dalam dunia Blogger, kena ada win win situation juga πŸ†. 


SUMBER FOTO : Leanplum


Selalunya, orang yang dalam circle blog korang tu jugalah yang akan membantu korang naikkan pageviews blog. Malah, diaorang jugalah yang secara tak langsung menolong korang jana pendapatan bila mana korang ada letak iklan dalam blog πŸ€‘.



Walaupun, follow blog tu bukan satu paksaan. Atas dasar support sesama bloggers. Kita follow-kan saja. Tak rugi apa pun sebenarnya. Lebih kurang begitulah alkisahnya. Nak cerita lebih lagi? Jumpa di next entri 🫑. 

Berapa Angka Maksimum Followers Boleh Follow Blog Korang πŸ€”?

September 21, 2023

Februari 13, 2022

Welcome To The Club! Sarah Deris πŸŽ‰

Alhamdulillah, selesai buat job tak berbayar semalam buat pendatang baru yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia Blogger - Welcome to the club buat Sarah Deris 😁! Kalau ikutkan dah lama dah Syu follow & tunggu kemunculan entri pertama dari empunya blog ni. Malangnya sampai ke sudah tak muncul-muncul πŸ˜…. 


Blog header


Nak dijadikan cerita, minggu lepas, buat pertama kalinya entri Sarah Deris muncul di ruangan reading list Blogger Syu- Akhirnya menulis juga adik aku dalam blog. Teruja jugalah dibuatnya. Bukan apa, dari tahun lepas Syu suruh dia menulis. Bila kita cakap kita buat blog, dia pun nak juga. Bila dah buat tak muncul-muncul pun entrinya. Akhirnya, minggu lepas baru nampak bayang πŸ˜…. 



Walaupun penulisannya agak caca merba macam kakaknya juga masa mula-mula berblog dedulu, pada Syu ia satu permulaan yang agak baik juga untuk dia sebenarnya. Tak kisahlah cerita apa pun dia nak bercerita & kongsi. Asalkan luahan yang nak disampaikan tu tak melanggar batas-batas yang sepatutnya. 


Sarah Deris Blog
Templat ni diberi nama "Grace". Cantik & minimalis rekabentuk templat ni 😍


Sejujurnya sejak Syu kembali berblog tahun lepas, memang Syu dah racun adik Syu sikit-sikit untuk sertai dunia Blogger ni 🀣. Almaklumlah, masa muda mesti banyak benda & pengalaman baru yang dia nak cerita & celotehkan. Blognya memang dah sedia-sedia ada Syu buatkan. Tapi disebabkan dia agak sibuk dengan belajar. Jadi, dia tak berkesempatan nak buat apa-apa perkongsian di blog. 


Yang itu tak apa. Kita faham. Lagipun, tak ada paksaan pun pada dia sebenarnya. Bila dia rasa nak tulis dia tulis. Dia tak nak terpulang. Cuma Syu sekadar nak berikan satu platform & ruang untuk dia mengekspresikan diri dia melalui dunia penulisan.



Lagipun memang sesuai sangatlah dengan bidang yang dia ambil sekarang ni - Diploma Sains Kesetiausahaan.  Bidang ni memang kena banyak menaip juga sebenarnya. Jadi dengan adanya blog ni, dia boleh latih jari jemari dia tu untuk bergaul mesra dengan papan kekunci - a.k.a keyboard 😁. 


Kalau nak tahu, asalnya blog Sarah Deris ni guna template yang Syu guna sekarang ni. Tapi disebabkan adik Syu ni tak berapa reti & kurang mahir lagi pasal Blogger, jadi banyak benda yang dia godek-godek jadi ke laut & tak ketahuan. Templat yang Syu dah set semuanya bertukar masa Syu singgah blog walking tempoh hari - Ada lah benda yang ditekannya tu πŸ˜‚.


Tips Berblog
Sempatlah tinggalkan beberapa nota ringkas untuk dia rujuk. Ada macam cikgu ajar murid tak πŸ˜?

Masuk yang ini dah tiga kali Syu tolong tukar templat 😌. Kita letak templat mahal-mahal dia tak reti nak membega. Jadi, tadi Syu carikan templat baru dekat freshDesignweb. Boleh dikatakan banyak jugalah templat-templat yang ada kat sini. Yang seronoknya semua templat adalah PERCUMA & responsif.



Untuk blog Sarah Deris ni Syu cari design yang simple jer. Asalkan dia tak serabut kepala nak melayan kod segala. Apa-apa pun selamat berblog buat adik ku Sarah Deris. By the way, ada berita sedih pasal hal rumah yang Syu cadang nak beli tu. Semalam abang Lan telefon, katanya rumah yang Syu berkenan tu dah selamat dijual pada pemilik yang baru - Hati Kata Nak. Tapi.... Nampak gayanya memang tak ada rezeki Syu nak beli rumah tu. So sad 😌. 

Welcome To The Club! Sarah Deris πŸŽ‰

Februari 13, 2022

November 23, 2021

Weekend Lepas Buat Apa Jer?πŸ€”

Weekend


Alhamdulillah. Sabtu Ahad lepas sempatlah cuit sekejap akaun Google Syu. Dekat sehari suntuk jugaklah menghadap. Itupun sebab banyak sangat selingan πŸ˜‚. Mana taknya. Laptop nak hadap. Kerja rumah pun nak hadap jugak. Nak masak lagi.


Itu belum campur dengan berbakul kain yang terlihat "rancak" dalam bilik tetamu nun. Itupun nak kena hadap kejap lagi lepas balik kerja nanti. Kalau tak lipat siapa nak buat. Niat hati nak jer upah jiran belakang rumah tu tolong lipatkan. Tapi nanti tak syok pulak di cop pemalas πŸ˜‚. So, hadap jelah.




SESI "CUCI" GOOGLE ACCOUNT STORAGE


Sebut pasal Google Account Storage Syu. Sejujurnya, agak serabut jugak yer bila asyik dapat notifikasi dari Google ni. Mana tak nya. Ruang penyimpanan di akaun Google Syu dikatakan dah hampir 99% dah digunakan. Bila dah kena macam tu, Google apa lagi. Berdesup-desup hantar email suruh tambah space.


Sajalah tu nak suruh kita keluar duit. Sebulan katanya kena bayar RM8.49 untuk 100GB. Nampak macam murah. Tapi, kalau dicongak-congak balik. Setahun RM101.88 jugaklah nak kena bayar. Domain setahun busuk dalam RM60. Kalau campur yang ini? Koyak jugak poket. So, no thanks Google!! πŸ˜…. 



Memandangkan Syu tengah ada kerajinan nak buka laptop. So, nak tak nak terpaksalah Syu rajinkan jugak diri untuk manage storage Google Account Syu. Yang jadi penuh tu sebab Syu ter-sync Syu punya photo dalam phone ke Cloud. Setiap kali ada gambar baru dari phone, berdesup-desuplah gambar tu masuk dalam Google Photo.



Korang bayangkanlah, dalam Google Photo sahaja dah 14.2GB. Sudahlah space kawan tu cuma boleh muat 15GB jer πŸ˜‚. Bila nak delete satu-satu udah pening kepala. Nak buang sayang. Bukan apa, dalam setiap gambar tu semua ada kenangan. Walaupun gambar tu gambar seekor semut sekalipun. Itupun Syu tak habis pilih lagi yang mana satu nak delete.


Penuh gambar kahwin. Tu belum campur gambar makanan & pokok-pokok segala πŸ˜‚.

Yang penting Syu dah remove auto sync ke Google Photo. Jadi, tak akan ada lagi muat naik gambar secara automatik dari phone Syu. Selain Google Photo, Syu buang jugak mana-mana file & email yang tak berguna yang ada dalam Google Drive & GMail. Kebiasaannnya, dalam Google Drive ni Syu simpan dokumen temuduga kerja, sijil-sijil belajar & beberapa dokumen peribadi Syu laki bini 😁. Bukan apa, senang bila dah ada soft copy. Tak payah kalut nak scan & upload dua tiga kali bila nak guna.





SESI MEMBALAS KOMEN DI BLOGGER


Lepas dah buang segala mak nenek sampah dalam akaun Google. Syu beralih pulak ke Blogger. Dekat Blogger pulak, sesi melihat & membalas komen pun bermula. Sejujurnya, banyak komen-komen sahabat Syu terbiar sendu diruangan komen. Maaflah yer. Punya lama baru Syu nak respon.



Nak kata Syu tak balas langsung tu taklah. Ada juga beberapa komen-komen yang Syu sempat balas secara random. Itu pun balas dengan menggunakan handphone. Bila buka Blogger guna handphone, korang faham-fahamlah kan. Dia punya view tu kadang-kadang sakit mata nak pandang. Buka guna laptop juga baru puas. Walaupun, laptop Syu dah haok screennya. Entah bila nak tukar pun tak tahu lah πŸ˜‚.


Nah, berderet masuk awaiting list. Padahal yang lain elok jer lepas πŸ˜….


Dalam tengah nak berbalas komen tu, Syu terperasan ada beberapa komen missing dari blog. Dekat dashboard ada tunjuk. Tapi, bila view dekat blog tak ada. Rupa-rupanya, dah masuk dalam "Awaiting Moderation". Itu tak apa lah lagi. Yang hairannya ada pulak yang sesat masuk dalam "Spam". Hallah3 πŸ˜…. Dah kenapa pulak jadi macam tu yer. Mungkin Syu tertekan kot? πŸ˜•Tapi, rasa macam tak...Entahlah.



Malas nak semak kepala berfikir, Syu hantar jer feedback pada pihak Blogger berserta screenshot. Harap Syu boleh tahu sebabnya kenapa. Yang pasti, komen-komen korang semua dah dibalas & diterbitkan. Cuma beberapa komen Kak Azhafizah Syu terpaksa padam. Sebab komennya ber-double muncul dekat dashboard. Minta maaf yer kak πŸ˜…. Tapi, komen akak tetap ada. Cuma komen yang sama sahaja Syu buang.


Yang ini usah dikenanglah. Blog yang Syu sedia-sedia follow pun masih dok masuk dalam spam.


For those komentator yang komennya masuk dalam "Awaiting List" &  "Spam", Syu harap korang tak berkecil hati tak nampak komen korang muncul dalam blog Syu yer. Memang tak dinafikan ada komen yang dah lah lama duduk bersarang dalam tu πŸ˜‚.


Syu sendiri pun tak pasti kenapa jadi macam tu. Apa-apa pun, jangan serik mengomen okay!! Syu suka bila korang tinggalkan jejak. Baru Syu tahu yang blog Syu ada yang memerhati πŸ˜ŠπŸ’•. Terima kasih!!

Weekend Lepas Buat Apa Jer?πŸ€”

November 23, 2021