BAHAYA Makan Ketam Kecil Dalam Kerang

Februari 27, 2022

Sebelum masak memang susah nak tahu Pea Crab ni ada duduk dalam kerang. Lepas dah masak kerangnya baru kita boleh tengok sebab dah mati & senang nak dibuka.


Tak dinafikan, kerang memang sedap. Tambah-tambah bila dimakan dengan air asam mahupun sos pencicah ala-ala Thai yang pedas-pedas manis tu. Buat kerabu pun padu juga 😋. Tapi, dalam sedap-sedap tu kena ingat. Ada sesuatu mahkluk comel yang duduk dalam kerang ni yang kita TAK BOLEH MAKAN.



Kalau termakan, ia boleh menyebabkan korang terkena cika yang sangat teruk. Syu pernah kena sekali masa kecil dedulu. Memang teruk kena cirit-birit & muntah-muntah. Masa tu tak tahu yang ketam kecil tu tak boleh makan. Lepas mak dapat tahu disuruhnya kita makan pucuk jambu & air kelapa 😌. Alhamdulillah hilang cikanya. Tapi makan hari jugalah 😂. 


Pea crab
Comel. Tapi bahaya kalau termakan yer ðŸ˜…. 


Kalau korang nak tahu, ketam kecil yang ada dalam kerang tu namanya Pea Crab (Pinnotheres pisum). Ketam ni antara parasit kecil yang suka duduk bertunggu bertangga dalam kerang, tiram, kepah, kekapis (scallop) & beberapa hidupan laut lain yang berspesis bivalves.



Ketam ni akan hidup beranak pinak & makan segala makanan & keperluan yang ada dalam hidupan laut berspesis bivalves ni. Hal ni sekaligus akan menyebabkan pertumbuhan hidupan ni terbantut & susah nak membesar. Nampak macam comel jer Pea Crab ni. Tapi jahat sebenarnya yer 😅. 


Pea crab in oyster
Nak makan kena tengok betul-betul 😌. 


Jadi, sebelum makan. Tenang (tengok) dulu betul-betul dalam isi kerang tu sebelum makan. Jangan main makan jer. Bahaya. Sebab boleh menyebabkan keracunan makan yang kita panggil "cika" tadi. Syu tak pasti samada terkena "cika" ni boleh membawa sampai tahap kematian atau pun tak. Tapi, pada Syu ia tetap merbahaya.



Lalu ke korang nak mengulang ke tandas dengan pakej muntah segala. Cukuplah Syu pernah kena sekali 😂. Fuhhh...memang tak lalu. Jadi, berhati-hati bila makan makan yang bercengkerang macam kerang ni - TAK NAK KENA CIKA. IKUTLAH CAKAP KITA 😊🍎. 

Comments

  1. Balasan
    1. Baguslah kalau tak pernah makan. Kalau jumpa masa makan kerang kena buang 😊. Bahaya.

      Padam
  2. Tak pernah perasan pulak ada ketam kecil dalam kerang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selalu memang akan nampak masa kupas kerang. Kalau tak ada ketam kecil tu kira okeylah. Kerangnya selamat untuk dingap 😋.

      Padam
  3. alamak takutnya.. kena check dulu ni sebelum makan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul mamapipie. Kena cek dulu sebelum makan. Buang anak ketam tu jer tau. Isi kerangnya masuk mulut. Hi3 😋.

      Padam
  4. ohhh baru tahu, tapi selama ni kalau nak makan kerang memang akan buang kerang tu... cuma kdg kalau termakan tu mungkin sebab tu kadang mkn kerang boleh cirit birit rupanya punca dari ketam tu ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha...ah ketam kecil tu lah puncanya. Syu pernah termakan. Memang kena cirit birit pakej muntah sekali. Wu3 😂.

      Padam
  5. agaknya sebab tu kalau makan kerang kadang2 ammi terceri beri...sbb 2 jenis kerang je ammi makan (char koey tiaw kerang atau rendang kerang)..

    BalasPadam
  6. Yea bahaya kalau ter makan cika ni. Boleh bikin ulang ke toilet je kejanya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Siap pakej muntah sekali 😩.

      Padam
  7. Lahhh..baru tahu tentang ni Syu. Mujur bersihkan betul betul sebelum masak. Kalau tidak, mungkin akan memudaratkan. Terima kasih share.

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!