Posts with the label Seafood
Memaparkan catatan dengan label Seafood. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Seafood. Papar semua catatan

Januari 10, 2023

Kupang Hijau Fresh & Murah Di Pasar Malam Manjung

Nak dijadikan cerita. Kemarin, Syu bawa mak & Sarah Deris jalan-jalan ke Manjung. Lepas ronda-ronda dalam AEON, sempatlah singgah sekejap luangkan masa ke pasar malam cuci mata. Sambil-sambil tu, Syu belilah sikit barang-barang mentah untuk buat stok lauk di rumah. Kalau nak tahu, kupang hijau ni antara salah satunya 😋. 


Kupang hijau
Rupa nampak macam unpleasant. Tapi, rasanya memang sedap. Lagi sedap dari yang frozen 😁. 


Masa lalu depan gerai abang jual kupang ni, pada awalnya memang Syu dah ada niat nak beli dalam sebungkus dua. Cadang nak ronda-ronda dululah satu pasar malam. Masa balik nanti baru nak singgah berbeli kononnya.



Tapi, mak Syu cakap jangan tunggu-tunggu. Nanti melepas mak Syu kata. Nasib Syu dengar juga cakap mak. Kalau tidak, memang tak merasalah gamaknya. Sebab masa nak balik, Syu tengok semua kupang-kupang yang abang ni jual dah sold out 😂.


Kalau korang nak tahu, dekat pasar malam Manjung ni memang ada banyak peniaga-peniaga yang jual seafood yang segar-segar. Harganya pun boleh tahan murah juga. Ada yang jual pakai timbang kilo. Jual sepinggan-sepinggan pun ada. Memang berbaloi sangat beli.

 

Sebelum nak masak & makan kena bersih & cuci betul-betul. Takut kena food poisoning.


Actually, kupang yang Syu beli ni tak sama macam kupang yang dah diproses macam dekat kedai-kedai frozen nun. Rasanya jauh lebih manis & fresh. Cuma kupang yang baru dituai ni ambil masa sikit untuk dibersihkan.


Sebab kupangnya agak kotor & diselaputi dengan lumut & juga teritip. Malah, cara cuci kupang fresh ni pun kena ada caranya. Kalau tak dicuci dengan bersih, lepas makan confirm akan terkena cika (Muntah, cirit birit & sakit perut 😨).


Kupang
Nak makan kupang fresh, boleh beli dengan abang Kadi ni. Dia ada berniaga di pasar malam Manjung setiap hari Sabtu & Ahad.


By the way, kalau korang datang ke pasar malam Manjung. Jangan lupa singgah & support abang Shardi ni. Kupang hijau yang dijualnya memang fresh & besar-besar saiznya. Harga pun boleh tahan murah juga - 3 kilo RM10 sahaja. Pada yang nak buat tempahan awal, boleh Whatsapp atau call abang Shardi di talian 013-4898270.

Kupang Hijau Fresh & Murah Di Pasar Malam Manjung

Januari 10, 2023

Disember 25, 2022

Mentarang Di Din Mentarang Bakar 2 Sekinchan, Selangor

Sedap ke mentarang ni? Seumur hidup tak pernah langsung makan mentarang. Baru ini kali pertama Syu cuba 😁.  Selama hari dok lalu jalan Sekinchan, kerap juga terpandang orang berjual mentarang ni. Tapi, tak pernah teringin pula nak cuba makan.



Berapa harga sekilo mentarang? 


Walaupun Syu bukan peminat mentarang, tapi Syu ambil pusing juga pasal perkembangan harganya dari semasa ke semasa. Pada Syu, harga mentarang hari ni agak pricey jugalah sebenarnya.


Dahulu, masih boleh dapat lagi harga mentarangnya dalam RM8/kilo. Sekarang tak dapat dah ya. Harganya kini dah cecah RM40 ke RM50 sekilo 😅. Bergantung kepada saiz mentarang.  


Mentarang
Inilah rupa mentarangnya. Yang ini gred A. Saiznya besar sikit. RM24 untuk ½ kilo.


Dengar cerita, spesis mentarang ni dah tak berapa nak ada dah di daerah Sekinchan ni - Mentarang makin pupus. Stok pun agak terhad & susah nak dapat. Jadi, mungkin sebab itulah harganya makin hari makin mahal.



Lagipun, proses nak mencari mentarang ni bukannya mudah. Sebab mentarang ni kulitnya lembut. Duduknya pula dalam pantai berselut 😂. Sekor-sekor nak kena cari pakai tangan bila air laut dah surut. Makan masa & agak berisiko juga sebenarnya. 



Cuba mentarang di Din Mentarang Bakar 2


Berdasarkan rating orang ramai di Google review. Di daerah Sekinchan ni, mentarang di gerai Faridah Mentarang Bakar antara yang paling famous & selalu mendapat sambutan. Pengunjung yang datang bertandang jangan cakaplah. Boleh tahan ramai juga! Kalau lalu depan kedai bersusun kereta 😅.


Mentarang
Kedainya dari luar nampak biasa saja. Tapi, masakannya sedap.


Niat asal memang nak cuba masakan mentarang di Faridah Mentarang Bakar nun. Tapi, ramai pula orang dekat sana. Jadi, kita batalkan niat & singgah ke satu lagi gerai yang ada jual makanan laut eksotik ni. Iaitu di Din Mentarang Bakar 2.



Walaupun, kedai ni nampak biasa & agak underrated. Tapi, rasa masakannya memang sedap. Especially mentarang masak lemak cili api. Cuma pilihan makanan laut di kedai Din Mentarang Bakar 2 ni terhad kepada mentarang & belut sahaja - Kita tak makan belut masalahnya 😂. Stok belangkas pun tak ada. Mungkin ikut musim agaknya.



Mentarang sedap masak apa?


Mentarang
Nampak macam banyak. Tapi bila dah cicah dengan sambal belacan terus jadi tak cukup 😆.


Pada Syu, mentarang ni sedap bila dibakar & dibuat masak lemak cili api. Actually, mentarang celup tepung pun sedap juga. Tapi, kalau betul-betul nak rasa keaslian mentarang yang sebenar. Mentarang bakar is the best choice! Nak-nak bila di cicah dengan sambal belacan 😋💕.



Sebab apa? Bila mentarang ni dimasak secara bakar. Korang dapat rasa kesegaran & kemanisan asli isi mentarang tu sendiri. Ditambah pula dengan rasa smoky bakar-bakar tu😁. Jadi, pada yang baru nak merasa makan mentarang. Nasihat Syu, pilih cara masakan yang simple sahaja.


Mentarang
Yang ni mentarang gred A. Besar sikit saiznya


Mentarang
Mentarang bakar cicah sambal belacan ni memang padu 😋.


Mentarang
Mentarang masak lemak cili apinya sedap 😋.


Mentarang Di Din Mentarang Bakar 2 Sekinchan, Selangor

Disember 25, 2022

Februari 27, 2022

BAHAYA Makan Ketam Kecil Dalam Kerang

Sebelum masak memang susah nak tahu Pea Crab ni ada duduk dalam kerang. Lepas dah masak kerangnya baru kita boleh tengok sebab dah mati & senang nak dibuka.


Tak dinafikan, kerang memang sedap. Tambah-tambah bila dimakan dengan air asam mahupun sos pencicah ala-ala Thai yang pedas-pedas manis tu. Buat kerabu pun padu juga 😋. Tapi, dalam sedap-sedap tu kena ingat. Ada sesuatu mahkluk comel yang duduk dalam kerang ni yang kita TAK BOLEH MAKAN.



Kalau termakan, ia boleh menyebabkan korang terkena cika yang sangat teruk. Syu pernah kena sekali masa kecil dedulu. Memang teruk kena cirit-birit & muntah-muntah. Masa tu tak tahu yang ketam kecil tu tak boleh makan. Lepas mak dapat tahu disuruhnya kita makan pucuk jambu & air kelapa 😌. Alhamdulillah hilang cikanya. Tapi makan hari jugalah 😂. 


Pea crab
Comel. Tapi bahaya kalau termakan yer 😅. 


Kalau korang nak tahu, ketam kecil yang ada dalam kerang tu namanya Pea Crab (Pinnotheres pisum). Ketam ni antara parasit kecil yang suka duduk bertunggu bertangga dalam kerang, tiram, kepah, kekapis (scallop) & beberapa hidupan laut lain yang berspesis bivalves.



Ketam ni akan hidup beranak pinak & makan segala makanan & keperluan yang ada dalam hidupan laut berspesis bivalves ni. Hal ni sekaligus akan menyebabkan pertumbuhan hidupan ni terbantut & susah nak membesar. Nampak macam comel jer Pea Crab ni. Tapi jahat sebenarnya yer 😅. 


Pea crab in oyster
Nak makan kena tengok betul-betul 😌. 


Jadi, sebelum makan. Tenang (tengok) dulu betul-betul dalam isi kerang tu sebelum makan. Jangan main makan jer. Bahaya. Sebab boleh menyebabkan keracunan makan yang kita panggil "cika" tadi. Syu tak pasti samada terkena "cika" ni boleh membawa sampai tahap kematian atau pun tak. Tapi, pada Syu ia tetap merbahaya.



Lalu ke korang nak mengulang ke tandas dengan pakej muntah segala. Cukuplah Syu pernah kena sekali 😂. Fuhhh...memang tak lalu. Jadi, berhati-hati bila makan makan yang bercengkerang macam kerang ni - TAK NAK KENA CIKA. IKUTLAH CAKAP KITA 😊🍎. 

BAHAYA Makan Ketam Kecil Dalam Kerang

Februari 27, 2022