Wall's Mochi Durian : Dijamin Ketagih Nak Makan Lagi 😋

Februari 05, 2022

Hari ni ada urusan sikit dekat luar. Jadi, alang-alang dah keluar tu niat hati nak pergi bercari aiskrim Nestle Mochi Boba yang tengah viral sekarang ni. Tengok iklan dekat televisyen macam sedap jer. Memandangkan cuaca pun tengah panas. Memang elok sangat kalau dapat pekena aiskrim buat sejukkan tekak.



Jenuh jugalah bercari aiskrim Nestle Mochi Boba tak jumpa-jumpa. Singgah kedai sini tak ada. Singgah kedai sana pun tak ada juga. Mentang-mentang dah viral, asyik kehabisan stok saja 😅. Sampai nak berbeli pun tak dapat. Macam kes roti Gardenia Toastem Pandan dedulu. Memanjang habis dekat rak roti nun. Sekarang? Baru ada nampak bayang 🤣. 

Nak beli yang ini sebenarnya 😌. Dah tak ada. Syu beli jer aiskrim Mochi Durian Wall's. 


Ada satu kedai runcit tu kat luar kedainya ada letak banner aiskrim Nestle Mochi Boba ni. Hati berkobar-kobar dah nak beli. Tapi bila tengok dalam peti ais, aiskrimnya tak ada. Hampa gila. Dia punya perasaan tu macam korang buka bekas aiskrim, tapi dalamnya ada ikan & ayam beku. 



Cuba cari juga di 99 Speedmart & 7E (Seven Eleven). Pun tak ada juga stok 😂. Laku keras betul aiskrim Nestle Mochi Boba ni yer. Penyudahnya, Syu beli saja aiskrim Mochi Durian keluaran Wall's ni. Aiskrim yang ini pun Syu belum cuba lagi sebenarnya. Teringin juga nak tahu sejauh mana kesedapannya. 


Mochi Durian
Beli dua kononnya satu untuk encik suami. Tapi malangnya, dua-dua Syu bedal sampai habis 🤣. 

Sejujurnya aiskrim ni memang sedap! Kulit Mochi pun tak berapa tebal sangat. Ngam-ngam balut isi durian yang ada dekat dalam. Memang syahdu! Makan sebungkus memang tak cukup 😌. Walaupun harganya agak mahal. Tapi bila ianya melibatkan Raja Buah, RM3.++ tu pada Syu boleh dikatakan berbaloi. Tambah-tambah isi aiskrimnya dibuat sepenuhnya menggunakan isi durian.



Gandingan isi durian dengan mochi ni memang satu kombinasi yang luar biasa. Walaupun Syu tak berapa minat dengan durian, aiskrim ni buat Syu ketagih nak makan lagi 😂. Tekstur isi duriannya memang sedap & manis. Syu sendiri pun tak pasti durian jenis apa yang diorang pakai. Yang pasti rasanya memang sedap.



Pada yang belum cuba, Syu sangat-sangat rekemen korang makan aiskrim ni. Serius sedap. Tak rugi beli. Misal kata tekak korang teringin sangat nak makan durian luar dari musim durian, aiskrim Mochi Durian dari Wall's ni antara solusi untuk elakkan korang dari kempunan nak makan durian 😁. 

Comments

  1. disebabkan kita tak minat sangat durian, jadi mochi ni pun tak ada rasa nak cari huhu. kalau peminat durian, mesti dia cari

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpe. Tak minat durian nanti cuba try Mochi Boba jer 😜.

      Akak pun tak berapa minat durian juga sebenarnya. Tapi durian yang ini memang sedap & boleh diterima tekak 😋💕.

      Padam
  2. teringin nak cuba, xpernah nampak lg..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nampak nanti terus beli. Susah nak dapat aiskrim ni. Selalu sangat out of stock 😂.

      Padam
  3. Patutlah anak saya asyik suruh beli aiskrim ini, rupanya sedap ye. Saya pulak tak pernah rasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap kak. Belilah untuk anak-anak. Tak rugi beli. Isi dia memang 100% isi durian. Puas hati walaupun harga dia mahal sikit 😁.

      Padam
  4. Hehe cari lain dapat lain. Itulah cari aiskrim Mochi Walls's tidak jumpa juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Out of stock 😂. Itu pasal tak jumpa.
      Yang Syu dapat ni pun kira nasib jer.

      Padam
  5. oh patut lah aiskrim ni cepat habis kat kedai :D

    BalasPadam
  6. dok nmpk gak iklan aiskrim ni. sedap upanya, patut pakat berebut beli

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dalam peti ais licin 😅. Jumpa yang durian ni jer. Yang Mochi Boba tu tak ada. Out of stock.

      Padam
  7. susah la nak jumpa laaa ni..

    BalasPadam
  8. Confirm cepat habis mochi durian ni. Kena pergi cari jugak ni. Jangan ketagih sudah..hehe

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!