Cara Mudah TUKAR & AKTIFKAN Kad Debit Maybank Online

Februari 04, 2022

Bulan Mei ni kad ATM Maybank Syu tamat tempoh. Jadi, terpaksa tukar kepada kad Debit Maybank yang baru. Kalau tak tukar nanti, susah Syu nak buat pengeluaran duit di mesin ATM & lakukan apa-apa transaksi ketika membeli-belah. Dahlah Syu suka buat pembayaran tanpa tunai. Bila kad ATM Maybank tak boleh digunakan, semestinya akan mendatangkan masalah pada Syu.


Walaupun tempoh luput kad Maybank Syu masih lambat lagi, Syu rasa ada baik Syu buat penukaran lebih awal untuk elakkan kejadian "memory loss" macam kes pembaharuan cukai jalan tempoh hari 😅 - Hari Isnin Penyelamat Keadaan.  Selesai pasal kad ni nanti Syu nak renew domain Syuderis.com pula. Takut yang itu pun Syu lupa juga. Almaklumlah, benda mudah ni kalau dibuat sambil lewa nanti makan diri di kemudian hari. Waktu tengah ingat & ada kelapangan, ada baiknya Syu selesaikan secepat mungkin. Dah selesai senang. Tak payah nak pening-pening kepala memikir dah.


TUKAR & AKTIFKAN Kad ATM Maybank Online
Sampai bulan Mei sahaja Kad Debit Maybank ni boleh berfungsi. Lepas ni boleh dah buat modal untuk korek pintu terkunci 😂


Lagipun bukan susah mana pun. Buat secara atas talian melalui laman sesawang Maybank2U pun dah boleh. Tak perlu bersusah payah beratur panjang di kaunter bank. Cukup sekadar membuat permohonan penukaran kad Debit Maybank secara atas talian. Tapi harus diingat yer. Tak semua penukaran kad Debit Maybank boleh dibuat dengan cara begitu. Bagi kes kecurian/kehilangan/pembatalan kad mahupun terlupa nombor pin WAJIB dibuat melalui kaunter khidmat pelanggan Maybank. Kalau tak sia-sia sahaja usaha korang hantar permohonan penukaran kad secara atas talian 😅.



CARA TUKAR KAD DEBIT MAYBANK | Untuk ketahui lebih lanjut langkah penukaran kad Debit Maybank secara atas talian, korang boleh rujuk caranya dibawah :


  1. Log masuk ke Maybank2U
  2. Pergi bahagian "CARDS" & klik pada anak panah yang terletak di hujung "DEBIT CARD - REPLACE, ACTIVATE & BLOCK"
  3. Pilih "REPLACE CARD"
  4. Isi alamat surat menyurat, klik SETUJU pada bahagian "TERMS & CONDITION" & tekan "REPLACE CARD"
  5. Klik pada butang "REQUEST" untuk menerima kod pengesahan
  6. Masukkan kod pengesahan & klik pada butang "CONFIRM"


TUKAR & AKTIFKAN Kad Debit Maybank Online


Setelah pemohonan penggantian kad baharu dihantar, pihak Maybank secara automatik akan menolak sebanyak RM12 dari akaun Maybank korang - Ini biasa. kalau korang buat melalui kaunter pun akan dikenakan fee juga 😉. Jadi, jangan terkejut pula bila duit korang lesap RM12 yer 😁.


Pengenaan cas penggantian kad Debit baharu Maybank ni memang dah ada dinyatakan di dalam terma & syarat sebelum korang hantar pemohonan. Jadi, untuk elakkan salah faham berkenaan fee penukaran kad, sebaiknya korang baca terma & syaratnya terlebih dahulu.



CARA AKTIFKAN KAD | Dalam tempoh ±7 hari bekerja, korang akan menerima kad Debit Maybank yang baharu. Kad tersebut akan dipos ke alamat yang korang dah masukkan ketika korang hantar permohonan penukaran kad. Jadi, sila pastikan korang masukkan alamat yang betul supaya tak berlaku kesilapan ketika proses penghantaran kad. 


Maklumat Pengaktifan Kad Debit Maybank
Surat ni ada dua lampiran. Lampiran pertama ditampalnya Kad Debit Maybank & lampiran satu lagi ada dinyatakan cara pengaktifan kad 😁.


Untuk makluman korang, Kad Debit Maybank yang korang terima tu masih belum boleh digunakan lagi sebab korang kena buat pengaktifan terlebih dahulu. Bagi pengaktifan kad, korang jangan risau. Di dalam surat tu nanti ada dilampirkan cara pengaktifannya dengan jelas. Korang boleh pilih samada nak aktifkan melalui laman sesawang Maybank2U atau secara terus di mesin ATM di cawangan Maybank yang berdekatan.



NOMBOR PIN | Nombor PIN yang lama masih dikekalkan seperti sebelumnya. Jadi sekiranya korang nak buat sebarang penukaran nombor PIN, korang boleh lakukan di mana-mana mesin ATM Maybank yang berhampiran - penukaran pin tidak boleh dibuat secara atas talian di laman sesawang Maybank2U. Mudah bukan?


Jadi, kepada pemegang Kad Debit Maybank yang dah hampir sampai tarikh luput, korang boleh guna cara ni untuk buat penukaran kad debit korang. Mudah & tak perlu beratur panjang di bank 😉💕.  Sekiranya korang masih kurang jelas dengan penerangan Syu berkenaan permohonan penukaran Kad Debit Maybank ni korang boleh lihat penerangan lanjutnya di sini - FAQ Debit Card Replacement

Comments

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!