String of Hearts (SOH) : Hidupnya Segan, Mati Pula Tak Mahu 😩

Oktober 13, 2021

Dari tahun lepas bela. Banyak ini jer yang menjadi. Dah kenapa lah dengan korang ni πŸ˜….

Dalam bab-bab berkebun ni ada masa & ketika tak semuanya yang ditanam menjadi. Contoh macam kes pokok berjuntai yang macam Syu tanam ni. Kalau ikutkan ada 4 jenis semuanya. Empat-empat pokok ni perangainya sama, sejenis hidup segan mati tak mahu. Banyak kali dah tukar medium & tempat, ada saja yang tak kena. Campak baja pun macam tak ada function. Sudahnya Syu lantakan jer πŸ˜‚. Siapa suruh bebal sangat. Dah bagi kasih sayang sepenuh hati boleh pulak buat perangai. Bukan kita kerah suruh buat kerja rumah bagai. Suruh hidup beranak pinak dalam pasu pun sikit punya siksa. 

String of Hearts | Ceropegia Wodii
Tengoklah yang orang ni bela. Elok segar bugar penuh pasu. Warna pun cantik jer. Sejuk mata memandang. Yang kita punya? Sakit hati tengok πŸ˜‚.

Sudahnya, satu pasu jer yang dapat survived. Yang lain (String of Turtles, String of Dolphins, String of Pearls) semua dah RIP. Ini pun tak tahu boleh hidup sampai bila. Tengok Mat Salleh elok jer tanam dalam pasu beranak-pinak siap berjurai-jurai lagi. Yang kita punya? Allah...Hari-hari tengok perkembangan memang seperti meminta untuk dicarutkan πŸ˜‚. Tapi tak baik nak carut-carut pokok kan. Mana tahu, dalam tengah kita dok siram tu dia dok berselawat berdoa untuk kita. Nak tak nak bertabah jelah . Terus jer bela walaupun hidupnya segan mati tak mahu πŸ˜….



Ada tak dalam kalangan kawan-kawan blogger Syu bela pokok ni. Kalau ada tolong lah share tips sikit dekat ruangan komen. Jenuh dah Syu bercari artikel pasal penjagaan pokok ni. Mak sedara dekat kampung tanam pokok bunga elok jer tak banyak perangai. Siram dengan air siang ikan pun elok membulat. Pokok yang kat rumah Syu ni banyak pulak songgehnya. Ke sebab pokok ni patutnya duduk dekat tanah tinggi? Musykil dah SyuπŸ˜•

What My Bawangians Say

  1. kalo sy agknya xsempat tumbuh pokok2 ni.. haha..
    sy lg xreti nk jg..
    tp mcm berminat jgk nk menanam.. huuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syu suka menanam. Tapi bila tak menjadi tu yang sedih tu πŸ˜‚.

      Padam
  2. Balasan
    1. Banyak lagi kerja lain yang nak dibuat. Takkan asyik nak kelebek pokok 24/7 πŸ˜‚.

      Padam
  3. cantik..tapi pokok pokok manja ni.. malas la nak tanam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cantik kan pokok ni. Memang terlebih manja sangat MY. Payah sangat nak hidup pun πŸ˜….

      MY malas nak tanam. Syu pulak terbalik. Syu rajin nak menanam, tapi pokok pulak PEMALAS nak hidup πŸ˜‚.

      Padam
  4. kalau hidup ni lawa..cuba syu search cara jagaan..biasa pokok2 rare cmni ssh jaga kot hahaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah pasal. Memang lawa kalau dia hidup. Ada juga search kak. Tapi bila dah apply kat pokok tak jadi.

      Nak kata rare tu, mungkin lah kot...tu pasal macam susah sikit nak bela sebab manja bebeno. Ada saja yang tak kena. Ini tak boleh, itu tak boleh. Jadi menyampah nak bela πŸ˜‚.

      Padam
  5. Haha kesian..dh diberi cukup kasih sayang,disiram,dibaja..masih degil jugakbya. Cuba ugut kalau kau tak mau tumbuh aku cantas buang kau..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang degil pokok ni. Jenuh bela, tak nak dia beranak-pinak πŸ˜….

      Pernah jugak cakap macam ni, tapi dalam hati jelah πŸ˜‚ : "Lain kali kalau tak nak hidup, sila mam..."
      Sudahnya, sampai ke hari ni dia hidup segan mati tak mahu. Geram pulak rasa πŸ˜‚.

      Padam
  6. kome bagi dia makan apa sampai dia terbantut gitu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Teman bagi dia makan nasi hari-hari. Ha3 πŸ˜†.
      Bagi baja, air, matahari & kasih sayang lah Ammi. Segala mak nenek baja udah Syu bagi. Baja kopi, baja NPK, baja tahi kambing ayam segala. Tahi orang jer belum terfikir lagi nak bagi πŸ˜‚.

      Padam
  7. Sy x pandai menanam πŸ˜‚ Tp suka tngk uma org yg segar dgn bunga & tnmn

    BalasPadam
  8. tak pernah lah pulak bela pokok ni. Tanah tu kot yang problem?

    BalasPadam