Januari 16, 2023
String of Hearts (SOH) Ku

Dulu, pokok String of Heart (SOH) Syu ni hidup segan mati tak mahu 🌿. Tumbuh pun macam nak tak nak saja. Jenuh bertukar tanah segala. Hari harilah dok belai bagi kasih sayang. Semata-mata tak nak bagi mati - Dalam hati, senang lagi tanam taugeh 😂. Ada saja yang tak kena. Itu belum campur dengan gangguan anasir-anasir luar lagi.
![]() |
| Ini baru jumpa seekor. Dekat celah-celah daun nun ada banyak lagi 😑. |
Elok kawan tu nak tumbuh elok. Dikunyahnya pula dek ulat beluncas. Satu kerja pula nak kelebek celah-celah daun nun satu persatu. Kalau tak ditengok. Jawabnya, habis togel satu pokok kena kunyah. Benci tau! Dahlah pokok ni mahal & susah nak cari 😂. Nak bela pun sikit punya azab. Senang-senang dikendurikan. Banyak cantik punya perangai!
Sampai satu masa tu, Syu memang dah rasa give up sangat nak jaga pokok-pokok SOH Syu ni. Sudahnya Syu biarkan saja dalam pasu nun. Bangun celik mata, siram air saja. Tak ada nak belek-belek macam dulu dah. Yang gerammya. Bila dibiar, elok pula tumbuh melata dalam pasu.
![]() |
| Alhamdulillah, penuh satu pasu 😊💕. |
Sama macam pokok-pokok dekat belakang rumah nun. Jenis tak sukakan perhatian & belaian manja agaknya pokok-pokok Syu ni 😂. Macam manusia jugalah kan. Kalau asyik dikongkong, rimas juga. Lagipun, tak ada kebebasan dalam hidup pun tak seronok.
Sekarang, alhamdulillah. Syu dah rasa lega sikit tengok pokok-pokok SOH Syu 😚💕. Elok gemuk penuh pasu. Cuma sekali sekala tu Syu nak kena tengok-tengokkan juga pokok-pokoknya. Bukan apa, takut ulat beluncas tu datang lagi buat kenduri.
Dekat setahun lebih nak bagi SOH ni jadi sampai macam ni 😑 |
Yang bergantung-gantung tu pun sama. Tak reti-reti nak beranak-pinak 😂. |
Almaklumlah, lauk dah banyak. Gemuk-gemuk pula tu. Takkan datang nak tengok saja kan? Semestinya, datang singgah untuk dikendurikan. Tapi, sebelum diaorang nak buat kenduri. Syu kendurikan diaorang dulu. Awas! 🐛
Oktober 13, 2021
String of Hearts (SOH) : Hidupnya Segan, Mati Pula Tak Mahu 😩

![]() |
| Dari tahun lepas bela. Banyak ini jer yang menjadi. Dah kenapa lah dengan korang ni 😅. |
Dalam bab-bab berkebun ni ada masa & ketika tak semuanya yang ditanam menjadi. Contoh macam kes pokok berjuntai yang macam Syu tanam ni. Kalau ikutkan ada 4 jenis semuanya. Empat-empat pokok ni perangainya sama, sejenis hidup segan mati tak mahu.
Banyak kali dah tukar tanah & tempat, ada saja yang tak kena. Campak baja pun macam tak ada function. Sudahnya Syu lantakan jer 😂. Siapa suruh bebal sangat. Dah bagi kasih sayang sepenuh hati boleh pulak buat perangai. Bukan kita kerah suruh buat kerja rumah bagai. Suruh hidup beranak pinak dalam pasu pun sikit punya seksa.
![]() |
| Tengoklah yang orang ni bela. Elok segar bugar penuh pasu. Warna pun cantik jer. Sejuk mata memandang. Yang kita punya? Sakit hati tengok 😂. |
Sudahnya, satu pasu jer yang dapat survived. Yang lain (String of Turtles, String of Dolphins, String of Pearls) semua dah RIP. Ini pun tak tahu boleh hidup sampai bila. Tengok Mat Salleh elok jer tanam dalam pasu beranak-pinak. Siap berjurai-jurai lagi sampai nak cecah lantai.
Yang kita punya? Mengucap panjang dibuatnya. Hari-hari tengok perkembangan memang seperti meminta untuk dicarutkan 😂. Tapi, tak baik nak carut-carut pokok kan. Mana tahu, dalam tengah kita dok siram tu dia dok berselawat berdoa untuk kita. Nak tak nak bertabah jelah . Terus jer bela walaupun hidupnya segan mati tak mahu 😅.
Ada tak dalam kalangan kawan-kawan blogger Syu bela pokok ni. Kalau ada tolong lah share tips sikit dekat ruangan komen. Jenuh dah Syu bercari artikel pasal penjagaan pokok ni. Mak sedara dekat kampung tanam pokok bunga elok jer tak banyak perangai. Siram dengan air siang ikan pun elok membulat. Pokok yang kat rumah Syu ni banyak pula songgehnya. Ke sebab pokok ni patutnya duduk dekat tanah tinggi? Musykil dah Syu 😕.




