MySejahtera : Scammers Reset Password

Oktober 27, 2021


Sejak beberapa hari ni, kecoh jugak yer dilaman Facebook MySejahtera berkenaan dengan link reset password yang diterima melaui SMS (Short Message Service) & email. Ada yang kata scammer punya kerja. Ada pulak yang kata memang MySejahtera yang hantar. Syu pun agak kurang pasti. Tapi, lepas terkena pada diri sendiri semalam, baru Syu tahu ada jugak yang batak & terdesak nak kan MySejahtera orang lain. Ni mesti kes nak guna MySejahtera orang yang dah vaksin macam kita-kita yang dah fully vaccinated ni. Ingatkan scammer duit jer yang ada dekat muka bumi Allah ni yer. Tak sangka scammer MySejahtera pun ada jugak. Sejenis perangai...tut...Hello!! πŸ˜’Nak sijil, pergilah cucuk!! (Dalam otak fikir macam ni dah memula πŸ˜…)

MySejahtera : Scammer Reset Password
Ni antara posts yang ditinggalkan di FB MySejahtera yang Syu sempat screenshot pagi tadi. Ramai jugak yer yang pernah kena.


Nak dijadikan cerita, semalam Syu ada terima satu email berkaitan dengan reset password MySejahtera ni. Yang memusykilkan Syu, email tu bukannya dihantar oleh "mysejahtera.malaysia.gov.my" tapi dari "mysejahtera.org". 😐Sejak bila pulak MySejahtera tukar jadi ". org"? Macam peliklah pulak. Bukan MySejahtera masih dibawah seliaan kerajaan Malaysia ke? Nasiblah sejenis perangai Syu ni, bila dapat jer benda-benda melibatkan link-link segala ni memang payah sikit Syu nak layan. Jadi apa yang Syu buat, Syu just ignore kan jer. 



Ingatkan stop sampai situ jer tau pasal reset password Mysejahtera ni. Sampai lah pagi tadi masa tengah nak siap pergi kerja Syu terbaca satu SMS dari nombor "68088" ni. Korang bayangkan, pukul 2.03 pagi ada request OTP nak buat pendaftaran MySejahtera guna nombor phone Syu. Tak ke pelik? Padahal Syu tengah sedap tidur time tu πŸ˜‚. Sejenis buat kerja tak reti nak clean lah scammers ni. Bila Syu teliti balik, kalau ikutkan, nombor ni memang betul dari MySejahtera yang punya tau.



Actually, sebelum ni Syu pernah jugak reset password MySejahtera dua kali. Tapi yang Syu buat tu untuk Check-in registration company Syu πŸ˜…. Cuma SMS yang Syu dapat ni macam lain sikit rupa dia. Permulaan SMS "RM0 MySejahtera :" tak ada & one-time password (OTP) yang dibagi tu untuk pendaftaran MySejahtera (Dalam hati : Aku dah lama register MySejahtera. Nak buat apa register lagi?)


Yang hairannya, Syu tengah sedap tidur diorang sibuk nak request OTP bagai.πŸ˜’ Gila ke apa. Lupa, scammers mana reti tidur yedak?πŸ˜„

Syu ada sembang-sembang dengan officemates Syu pasal hal ni. Memang betul sekarang ni tengah berleluasa kes scammers guna MySejahtera. Katanya kalau siapa-siapa yang klik link tu, scammers boleh access segala data di handphone kita. Officemate Syu yang Cina seorang tu cakap, dekat K. Lumpur dah ramai yang kena hacked. Selain tu, Syu ada terbaca satu artikel dari Malaysia Trend pasal isu ni. Memang ramai jugak yang pernah kena.



Disebabkan isu ni, ramai yang beranggapan ada terjadinya security breach atau eksploitasi dalam aplikasi MySejahtera. Tambah pulak semua notifikasi SMS yang diterima adalah dari nombor "68808" yang bombornya nampak lebih kurang macam nombor milik MySejahtera "68088" πŸ˜‚. Betul atau tak. Wallahualam. Cuma nasihat Syu, korang berhati-hatilah bila nak klik satu-satu link tu. Kalau rasa tak pernah buat apa-apa transaksi, sila abaikan jer. Tak kiralah SMS ke segala mak nenek email bagai. Sebelum nak klik tu make sure cek betul-betul kesahihan link tu. Jangan mana dan jer pergi tekan πŸ˜…. 



Lagipun kita tak tahu apa niat scammers buat macam ni. Kalau takat nak sijil tu mungkin tak jadi hal. Tapi bila sampai dah boleh hack account semua tu, Syu rasa agak merbahaya jugak. Syu harap pihak MySejahtera boleh bagi pencerahan pasal isu ni sebab ramai yang dah berteka-teki. Semoga pengalaman yang Syu alami ni boleh jadi asbab untuk Syu lebih alert & berhati-hati.


(Pesanan : Nak tukar password MySejahtera boleh. Tapi sebaiknya jangan guna apa-apa link. Terus direct tukar password dekat aplikasi MySejahtera. Yang itu lagi selamat πŸ˜‰πŸ’•)

What My Bawagian Says

  1. Terima kasih atas perkongsian.
    Itulah macam susah nak hadam jer... Mysejahtera pun ada yang nak hijack

    BalasPadam
  2. ada dapat jg...tapi tulah mcm pelik..

    MySejahtera 68808..yg scammer ni 68088..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada dapat jugak eak? Macam Syu, Syu dapat dari email dulu. Lepas tu baru dia hantar by SMS. πŸ˜‚ Masalahnya, SMS yang Syu dapat tu memang nombor dari MySejahtera (68808).

      Padam
  3. Terima kasih kak. Better jangan klik apa2 link di dalam email. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama Naim. Betul tu. Tu pasal tak berani nak klik sebab nampak suspiciousπŸ˜….

      Padam
  4. sharing is caring gituu πŸ˜…

    BalasPadam
  5. thanks sis sharing info. baru je cek hp mak sy ade dpt sms mcm ni jugak last week. tpi sms utk OTP tu (dari no 68088) dapat the next day lps sms utk reset mysejahtera (yg ni dr 68808). 50-50 jugak rs mcm ni legit ke tak..

    BalasPadam
  6. Hairan betul. Dapat dari dua-dua nombor pulak tu. Better hati-hati lah. Pesan dekat mak yer. Lagipun kita tak tahu apa niat sebenar diorang hantar SMS reset password macam tu.

    BalasPadam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!