Posts with the label Succulents
Memaparkan catatan dengan label Succulents. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Succulents. Papar semua catatan

Oktober 13, 2021

String of Hearts (SOH) : Hidupnya Segan, Mati Pula Tak Mahu 😩

Dari tahun lepas bela. Banyak ini jer yang menjadi. Dah kenapa lah dengan korang ni ðŸ˜….

Dalam bab-bab berkebun ni ada masa & ketika tak semuanya yang ditanam menjadi. Contoh macam kes pokok berjuntai yang macam Syu tanam ni. Kalau ikutkan ada 4 jenis semuanya. Empat-empat pokok ni perangainya sama, sejenis hidup segan mati tak mahu.


Banyak kali dah tukar tanah & tempat, ada saja yang tak kena. Campak baja pun macam tak ada function. Sudahnya Syu lantakan jer 😂. Siapa suruh bebal sangat. Dah bagi kasih sayang sepenuh hati boleh pulak buat perangai. Bukan kita kerah suruh buat kerja rumah bagai. Suruh hidup beranak pinak dalam pasu pun sikit punya seksa. 


String of Hearts | Ceropegia Wodii
Tengoklah yang orang ni bela. Elok segar bugar penuh pasu. Warna pun cantik jer. Sejuk mata memandang. Yang kita punya? Sakit hati tengok 😂.

Sudahnya, satu pasu jer yang dapat survived. Yang lain (String of Turtles, String of Dolphins, String of Pearls) semua dah RIP. Ini pun tak tahu boleh hidup sampai bila. Tengok Mat Salleh elok jer tanam dalam pasu beranak-pinak. Siap berjurai-jurai lagi sampai nak cecah lantai. 


Yang kita punya? Mengucap panjang dibuatnya. Hari-hari tengok perkembangan memang seperti meminta untuk dicarutkan 😂. Tapi, tak baik nak carut-carut pokok kan. Mana tahu, dalam tengah kita dok siram tu dia dok berselawat berdoa untuk kita. Nak tak nak bertabah jelah . Terus jer bela walaupun hidupnya segan mati tak mahu 😅.



Ada tak dalam kalangan kawan-kawan blogger Syu bela pokok ni. Kalau ada tolong lah share tips sikit dekat ruangan komen. Jenuh dah Syu bercari artikel pasal penjagaan pokok ni. Mak sedara dekat kampung tanam pokok bunga elok jer tak banyak perangai. Siram dengan air siang ikan pun elok membulat. Pokok yang kat rumah Syu ni banyak pula songgehnya. Ke sebab pokok ni patutnya duduk dekat tanah tinggi? Musykil dah Syu 😕. 

String of Hearts (SOH) : Hidupnya Segan, Mati Pula Tak Mahu 😩

Oktober 13, 2021