Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.
Dukacita dimaklumkan bahawa Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, telah kembali ke rahmatullah pada 28 September 2026 di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur, pada usia 100 tahun. Berita pemergian Allahyarhamah disahkan oleh anaknya, Tan Sri Mokhzani Mahathir.
Pemergian Tun Dr Siti Hasmah tentunya meninggalkan kesan yang mendalam buat suami, anak-anak, ahli keluarga serta seluruh rakyat Malaysia yang mengenali dan menghargai jasa serta sumbangan beliau.
Allahyarhamah bukan sahaja dikenali sebagai isteri kepada seorang bekas Perdana Menteri, malah mempunyai jasa dan sumbangan tersendiri dalam bidang perubatan, kesihatan awam, kebajikan masyarakat serta usaha berkaitan wanita dan keluarga. Beliau juga merupakan antara doktor wanita Melayu terawal di negara ini.
Sepanjang perjalanan hidupnya, Tun Dr Siti Hasmah banyak mencurahkan bakti kepada masyarakat dan negara. Jasa serta sumbangan beliau pastinya akan terus dikenang.
Salam Takziah Tun Dr. Mahathir Mohamad Sekeluarga
Dikesempatan ini Syu nak ucapkan salam takziah kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad, anak-anak, cucu-cucu serta seluruh keluarga Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali atas kehilangan insan tersayang.
Semoga Tun Dr Mahathir Mohamad sekeluarga diberikan kekuatan, ketabahan & kesabaran. Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa & kesilapan Allahyarhamah, menerima segala amal ibadah serta jasa baktinya & melimpahkan rahmat serta kasih sayang-Nya kepada beliau.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا
Allahummaghfir laha warhamha wa 'afiha wa'fu 'anha.
Ya Allah, ampunkanlah dia, rahmatilah dia, sejahterakanlah dia dan maafkanlah segala kesalahannya.
Semoga Allah SWT menempatkan Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh serta ditempatkan di syurga-Mu yang tertinggi. Al-Fatihah.
Semoga segala jasa dan kebaikan Allahyarhamah terus dikenang dan menjadi amal yang mengiringinya di alam sana. Innalillahi wa inna ilaihi raji'un.

Comments
💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!