Putu Piring Limbongan Melaka

September 12, 2026

Asal bercuti ke Melaka jer mesti kena cari kuih keria gula melaka, yedak? Tak ada kuih keria gula melaka bukanlah pergi bercuti ke Melaka. Maaf syakap, itu bukan Syu. Ha3 🤣. Sejujurnya, kuih keria bukanlah kuih favourite Syu. Tapi, putu piring?! Big YES & kita die hard fan putu piring since dari kecil sampailah dah tua bangka gini. 


Kat negeri ate yoep kome ni tak ada orang jual putu piring. Sini putu Perak & putu bambu jer belaka. This time, Syu betul-betul dapat beli & merasa putu piring yang sebenar. Bukan putu halba. Bukan putu buluh & bukan juga putu Perak. Tapi, putu piring original Melakau lahabau!


Putu Piring
Akak ipar cakap-"Kalau sampai ada cina sanggup beratur beli tu Syu, maknanya kuih tu memang sedap Syu! ðŸ˜… 


Kalau ikutkan Syu nak try putu piring yang kat Bukit Beruang sana. Dah alang-alang ternampak ada kat area Limbongan masa teman ipar duai beli keria gula melaka, kita pun singgahlah kejap beli putu piring buat ghaso-ghaso - Buat ghaso-ghaso konon. Tapi, belinya sampai 6 set! Jenuh nak bagi perabih masa kat hotel. Ha3. Lain kali jelah kita try yang kat Bukit Beruang nun.


Jujur cakap, beza betul Putu Piring Limbongan ni dengan Putu Piring Warisan yang Syu beli masa kat Joker Walk malam tadi. Putu piring yang ni tebal & lembut. Gula melaka pun tak kedekut. Harga pun jauh lebih murah. Kat Putu Piring Limbongan ni ada dua perisa putu piring diorang jual. Satu original gula melaka & satu lagi perisa coklat. Original harga RM6 & coklat pula RM7.50 untuk satu set. Satu set ada 5 ketul.


Putu piring original
Meriah betul gula melakanya 🤤. Sampai hari ni teringau-igau putu piringnya tau. 


Kan Syu ada beli lebih putu piringnya. Nak makan malam tu bagi perhabis Syu dah kenyang. So, kita bawalah ke esok. Buat breakfast kononnya. Alhamdulillah, elok tak basi putu piringnya. Cuma tekstur putu piringnya tu jadi kering & berderai sikit. Kalau ada pengukus, kukus balik kuih putu piringnya confirm sedap & lembut balik! Tapi, dah kita ni stay kat hotel. Celah mana nak korek periuk kukusnya. Ha3. Kalau kat rumah bolehlah lagi.

Comments

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!