September 12, 2026
Putu Piring Limbongan Melaka

Kat negeri ate yoep kome ni tak ada orang jual putu piring. Sini putu Perak & putu bambu jer belaka. This time, Syu betul-betul dapat beli & merasa putu piring yang sebenar. Bukan putu halba. Bukan putu buluh & bukan juga putu Perak. Tapi, putu piring original Melakau lahabau!
![]() |
| Akak ipar cakap-"Kalau sampai ada cina sanggup beratur beli tu Syu, maknanya kuih tu memang sedap Syu! 😅 |
Kalau ikutkan Syu nak try putu piring yang kat Bukit Beruang sana. Dah alang-alang ternampak ada kat area Limbongan masa teman ipar duai beli keria gula melaka, kita pun singgahlah kejap beli putu piring buat ghaso-ghaso - Buat ghaso-ghaso konon. Tapi, belinya sampai 6 set! Jenuh nak bagi perabih masa kat hotel. Ha3. Lain kali jelah kita try yang kat Bukit Beruang nun.
Jujur cakap, beza betul Putu Piring Limbongan ni dengan Putu Piring Warisan yang Syu beli masa kat Joker Walk malam tadi. Putu piring yang ni tebal & lembut. Gula melaka pun tak kedekut. Harga pun jauh lebih murah. Kat Putu Piring Limbongan ni ada dua perisa putu piring diorang jual. Satu original gula melaka & satu lagi perisa coklat. Original harga RM6 & coklat pula RM7.50 untuk satu set. Satu set ada 5 ketul.
![]() |
| Meriah betul gula melakanya 🤤. Sampai hari ni teringau-igau putu piringnya tau. |
Kan Syu ada beli lebih putu piringnya. Nak makan malam tu bagi perhabis Syu dah kenyang. So, kita bawalah ke esok. Buat breakfast kononnya. Alhamdulillah, elok tak basi putu piringnya. Cuma tekstur putu piringnya tu jadi kering & berderai sikit. Kalau ada pengukus, kukus balik kuih putu piringnya confirm sedap & lembut balik! Tapi, dah kita ni stay kat hotel. Celah mana nak korek periuk kukusnya. Ha3. Kalau kat rumah bolehlah lagi.
Januari 22, 2026
Resepi Kuih Cara Manis Lembut & Gula Cair Dalam Mulut
Masa balik kampung hari tu. Mak Syu ada buat kuih cara. Sedap. Elok lembut & gulanya cair dalam mulut. Syu suka kuih cara, especially kuih cara berlauk. Tak pernahlah Syu buat sendiri, pasal acunya pun Syu tak ada. Cadang macam nak beli satu. Tapi, takut jadi tukun sudahnya nanti. Better suruh mak masak jelah 🤭.
Syu ada minta resepi dekat mak. Nanti Syu share dia punya bahan-bahan & sukatan. Mak cakap, adunan kuih cara yang ni boleh guna untuk buat cara berlauk juga. Cuma air daun pandan tu ke tu kena tukar ke serbuk kunyit atau pewarna kuning. Inti dia ikut suka korang nak letak apa. Since yang ni cara manis, so kita letak gula sebagai dia punya inti.
![]() |
| Untuk acuan, terpulang dekat korang nak pakai bentuk yang macam mana. |
BAHAN-BAHAN
2 cawan tepung gandum
1½ cawan santan
Secubit garam
1 biji telur
5 helai daun pandan ( Blend jadikan pati air pandan)
Perwarna hijau/panda emulco
Sedikit minyak masak untuk digris padang acuan
Gula pasir secukupnya
CARA-CARA :
- Kisarkan daun pandan sehingga lumat. Kemudian tapis & diambil patinya.
- Campurkan semua bahan-bahan lain & kisar sampai tekstur adunan menjadi halus.
- Tapis adunan yang dah dikisar tadi. Kemudian bolehlah kita start masak adunan-nya menggunakan acuan kuih cara.
- Sapukan sedikit minyak masak pada acuan supaya kuih cara tak melekat bila dah masak nanti.
- Masukkan adunan ke dalam acuan. Kemudian masukkan sesudu kecil gula.
- Masak sehingga kuih caranya masak. Lepas tu boleh dihidangkan.
Disember 08, 2025
Resepi Bubur Asyura Utara Sedap & Simple
Siapa yang tak kenal bubur Asyura kan? Setiap kali masuk bulan Muharram jer, hidangan tradisi ni mesti akan jadi sebutan, bualan & pertikaian hangat netizen-netizen. Ada yang kata bubur negeri ni begini-begini. Ada yang kata bubur negeri ni tak sedap & tak kena dengan seleralah apa lah 😅. Masing-masing sibuk berbalah & pertahankan tradisi bubur Asyura negeri masing-masing.
Korang kena faham. Makanan kat Malaysia ni unik. Masuklah negeri mana pun. Style masak semua tak sama. Macam kes bubur Asyura ni. Ada negeri buat bubur Asyura versi pekat & manis macam kuih talam. Ada sesetengah negeri tu pula buat bubur Asyura style bubur lambuk & ada letak sikit rempah-rempah. Macam-macam pesen. Lain tempat, lain caranya & lain juga tradisi buat bubur Asyuranya. Mungkin tak sedap pada kita. Tapi, sedap pada tekak orang lain.
![]() |
| Masukkan semua bahan dalam kuali/periuk. Lepas tu kacau sampai pekat berkilat macam ni. |
Macam Syu, dua-dua bubur Asyura Utara & bubur lambuk Syu suka makan. Dua style bubur Asyura ni memang favourite Syu dari dulu pun. Pasalnya dah biasa makan masa kecil-kecil 😋. Jadi, bila dah biasa makan, tak ada timbul isu tak makan bubur asyura style itu ini. Cuma bubur Asyura style Pantai Timur Syu belum pernah cuba lagi. Teringin juga nak rasa.
Hari tu Syu ada buat bubur Asyura Utara. Dah lama dah buat 😆! Tapi, tak sempat nak share resepinya - Teringin nak makan bubur Asyura style Utara. Jadi, hari ni Syu nak share resepi bubur Asyura Utara yang mudah & korang boleh masak sendiri kat rumah. Tak payah tunggu gotong-royong satu kampung pun tak apa. Boleh buat sendiri dengan famili & share dengan jiran-jiran korang. Jom kita tengok bahan-bahan & cara nak buat buburnya macam mana.
Tepung beras
Santan
*Kacang merah
*Kacang hijau
*Kacang kuda
Ubi keledek (Potong dadu)
Jagung (Syu pakai jagung tin jer)
Daun pandan
Gula merah
Gula putih
Kacang shandong (Syu pakai kacang gajus)
Garam & air secukupnya
CARA-CARA
- Rendam semua kekacang (*) semalaman sampai kembang. Lepas tu rebus kacangnya sampai empuk - Kacang Shandong tak payah
- Ubi keledek potong pun sama kena masak sampai empuk juga.
- Untuk air gula merah, Masak sehingga mendidih gula merah, gula putih, daun pandan & sedikit air. Kemudian ketepikan bagi sejuk.
- Dalam kuali (Pakai kuali yang tak melekat), satukan kesemua bahan-bahan & kacau sehingga adunan sebati. Bila dah sebati boleh buka api - Lepas dah buka api kena sentiasa kacau tau. Baru adunannya boleh masak sekata.
- Masak adunan sehingga menjadi pekat & berkilat - Masak lama sikit. Baru bubur asyuranya tahan lama. Kemudian boleh masukkan ke dalam container. Dah siap!
Kalau korang belum pernah rasa bubur Asyura versi Utara ni, inilah masanya! Korang cuba buat resepi ni & rasa sendiri keunikan sebenar bubur Asyura versi utara ni macam mana. Nak lagi best, korang masak ramai-ramai. Baru meriah & seronok 😉. Masak sama-sama, makan sama-sama. Tak jadi pun sama-sama! Ha3 😁. Tapi, kalau buat guna resepi Syu ni confirm jadi punya bubur Asyura korang. No worries!



