Resepi Kuih Cara Manis Lembut & Gula Cair Dalam Mulut

Januari 22, 2026

Masa balik kampung hari tu. Mak Syu ada buat kuih cara. Sedap. Elok lembut & gulanya cair dalam mulut. Syu suka kuih cara, especially kuih cara berlauk. Tak pernahlah Syu buat sendiri, pasal acunya pun Syu tak ada. Cadang macam nak beli satu. Tapi, takut jadi tukun sudahnya nanti. Better suruh mak masak jelah 🤭.


Syu ada minta resepi dekat mak. Nanti Syu share dia punya bahan-bahan & sukatan. Mak cakap, adunan kuih cara yang ni boleh guna untuk buat cara berlauk juga. Cuma air daun pandan tu ke tu kena tukar ke serbuk kunyit atau pewarna kuning. Inti dia ikut suka korang nak letak apa. Since yang ni cara manis, so kita letak gula sebagai dia punya inti.

 

Kuih cara
Untuk acuan, terpulang dekat korang nak pakai bentuk yang macam mana.


BAHAN-BAHAN


2 cawan tepung gandum

 1½ cawan santan

Secubit garam

1 biji telur

5 helai daun pandan ( Blend jadikan pati air pandan)

Perwarna hijau/panda emulco

Sedikit minyak masak untuk digris padang acuan

Gula pasir secukupnya



CARA-CARA :


  1. Kisarkan daun pandan sehingga lumat. Kemudian tapis & diambil patinya.
  2. Campurkan semua bahan-bahan lain & kisar sampai tekstur adunan menjadi halus.
  3. Tapis adunan yang dah dikisar tadi. Kemudian bolehlah kita start masak adunan-nya menggunakan acuan kuih cara.
  4. Sapukan sedikit minyak masak pada acuan supaya kuih cara tak melekat bila dah masak nanti.
  5. Masukkan adunan ke dalam acuan. Kemudian masukkan sesudu kecil gula.
  6. Masak sehingga kuih caranya masak. Lepas tu boleh dihidangkan.

Comments

  1. acuan pun takdok, tp suka makan kalau masih panas2 hehehe

    BalasPadam
  2. Ada acuan kat rumah ni. Selalu buat cara manis. Pernah 1-2x je rasanya buat yang berlauk.

    BalasPadam
  3. CCL dah lama juga teringin nak buat kuih cara .. tapi tak ada acuan .. kuih cara manis .. kuih cara berlauk .dedua sedap

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!