Januari 22, 2026
Resepi Kuih Cara Manis Lembut & Gula Cair Dalam Mulut
Masa balik kampung hari tu. Mak Syu ada buat kuih cara. Sedap. Elok lembut & gulanya cair dalam mulut. Syu suka kuih cara, especially kuih cara berlauk. Tak pernahlah Syu buat sendiri, pasal acunya pun Syu tak ada. Cadang macam nak beli satu. Tapi, takut jadi tukun sudahnya nanti. Better suruh mak masak jelah ðŸ¤.
Syu ada minta resepi dekat mak. Nanti Syu share dia punya bahan-bahan & sukatan. Mak cakap, adunan kuih cara yang ni boleh guna untuk buat cara berlauk juga. Cuma air daun pandan tu ke tu kena tukar ke serbuk kunyit atau pewarna kuning. Inti dia ikut suka korang nak letak apa. Since yang ni cara manis, so kita letak gula sebagai dia punya inti.
![]() |
| Untuk acuan, terpulang dekat korang nak pakai bentuk yang macam mana. |
BAHAN-BAHAN
2 cawan tepung gandum
1½ cawan santan
Secubit garam
1 biji telur
5 helai daun pandan ( Blend jadikan pati air pandan)
Perwarna hijau/panda emulco
Sedikit minyak masak untuk digris padang acuan
Gula pasir secukupnya
CARA-CARA :
- Kisarkan daun pandan sehingga lumat. Kemudian tapis & diambil patinya.
- Campurkan semua bahan-bahan lain & kisar sampai tekstur adunan menjadi halus.
- Tapis adunan yang dah dikisar tadi. Kemudian bolehlah kita start masak adunan-nya menggunakan acuan kuih cara.
- Sapukan sedikit minyak masak pada acuan supaya kuih cara tak melekat bila dah masak nanti.
- Masukkan adunan ke dalam acuan. Kemudian masukkan sesudu kecil gula.
- Masak sehingga kuih caranya masak. Lepas tu boleh dihidangkan.
Translate
AUTHOR
FEATURED POST
Popular Posts
- 7 Design Perkataan "بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِÙŠْÙ…ِ" Untuk Entri Blog
- Cinta Tersimpul Rapi - Anis Suraya (Cover by Jane In Heaven)
- Jemari Besi | Terus Berjuang 🎧🎶
- Apa Beza Ayam Geprek, Ayam Gepuk & Ayam Penyet 🤔
- Panduan Tukar Hakmilik Kenderaan Individu Kepada Syarikat Di JPJ
