Hari ni Syu cuti lagi. Jadi, kita tolong mak setelkan karpet-karpet customer mak. Tak banyak pun karpetnya. Ada 4 keping jer nak kena dicuci. Kalau korang nak tahu, mak Syu buat servis mendobi kat kampung. Saja cari side income buat tambah-tambah pendapatan & buat hilangkan bosan. Actually, sebelum ni mak ada buka kedai dobi. Tapi, dah tutup sebab mak pindah duduk Kampung Gelong Gajah dengan arwah abah.
Minggu ni jadual mak busy sikit. Kemarin uruskan kenduri si Chaoi. Esoknya pulak join dinner Amanah Ikhtiar (AIM). Hari ni? Cuci karpet pulak pasal customer mak dah tanya-tanya bila boleh ambil karpet - Apa dia ingat cuci karpet ni macam cuci kain lampin ke? Jadi, mak minta tolong jasa baik dua ketul anak perempuannya ni untuk setelkan semua karpet-karpet yang ada.
![]() |
| Cuaca elok panas. Memang elok sangat cuci karpet-karpet ni. |
Walaupun karpetnya tak setebal karpet Turki, tapi nak mencucinya tu azab juga ya 😂. Dahlah berat. Berdebu-debu pulak tu 😅. Nak cuci bukan boleh cuci terus dengan air. First step of course nak kena tepuk buang debu dulu - Debunya tebal gila kome! Setel buang debu then baru boleh proceed cuci dengan air sabun & air bersih.
Kalau tak memang bau kepam karpet tu sudahnya. Tangan?? Memang lenguh habis. Tambah-tambah bila time nak sidai. Berat nak mampuih karpetnya! Terpaksa toskan dulu airnya then sidai. Untuk 4 karpet ni kitaorang cas harga cuci RM140. Pendapat korang macam mana? Korang rasa mahal ke murah? 😬
![]() |
| 3 karpet yang bersidai tu mak ambil upah cuci RM30/karpet. Then yang kat atas tong biru tu mak cas RM50/karpet. |


Comments
💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!