![]() |
| Airnya tak berapa deras sangat. Sungai pun cetek saja. Sesuai untuk budak-budak. |
Setel beli lauk & barang pemakan kat Pekan Sari Hari Ahad Pekan Beruas, kitaorang beransur ke Air Terjun Ulu Licin pula. Pergi mandi-manda kat sana. Dari pekan Beruas, dah tak jauh mana dah. Dalam 5 kilometer macam tu. Jalan nak masuk ke dalam okay. Elok cantik berturap. Cuma laluannya tu agak mencabar sikitlah sebab sempit, berselekoh & berbukit. Yang pernah sampai sini tahulah jalan kat sini macam mana.
BACA JUGA
➢ Mandi-manda Air Terjun Ulu Licin
➢ Pekan Sari Hari Ahad Pekan Beruas
Kalau korang nak tahu, Air Terjun Ulu Licin ni terletak di dalam hutan simpan kekal Bubu & ianya berada dibawah seliaan Jabatan Perhutanan Negeri Perak. Masuk percuma & tak ada apa-apa caj bayaran pun dikenakan kepada pengunjung yang datang mandi-manda kat sini.
![]() |
| Suka view macam ni. Hijau. Redup-redup. Tenang & sejuk mata memandang. |
![]() |
| Air terjun Ulu Licin sekarang dah lengkap dengan kemudahan. |
![]() |
| Isi tangki dulu. Kejap lagi kita turun sungai berendam 😁. |
Kemudahan macam surau toilet semua tu ada disediakan. Cuma air & barang pemakan tu korang kena bawa sendiri. Pasal kat sini tak ada orang berjual. Memang kena bawa siap-siap. Tapak camping ada yang free & ada yang berbayar (Private). Kalau nak campsite yang lebih selesa, ada plug point & berpagar, korang boleh camping kat Bubu Camp Ulu Licin. Campsite-nya tak jauh dari pintu masuk air terjun ni.
Actually, air Terjun Ulu Licin ni ada 4 tingkat semuanya. Tapi, hanya dua saja yang dibuka kepada pengunjung untuk mandi manda. Selebihnya, Lembaga Air Perak (LAP) yang jaga bagi tujuan sumber bekalan air bersih penduduk sekitar Beruas. Ada jer trek nak naik ke atas. Tapi, tak berturaplah 😁.
[P/S : Lepas mandi-manda, make sure balik runah mandi sekali lagi. Mandi bersih-bersih. Jirus kepala sekali. Bukan apa, risau terkena Leptospirosis (Kencing tikus). Tak kiralah mandi air sungai, air terjun air laut sekalipun. KENA MANDI juga!]







Comments
💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!