Mandi Manda Ulu Licin Beruas

Jun 09, 2025

Ini alkisah semalam. Since anak-anak buah kita behave & menurut kata, kita bawa diorang mandi manda Air Terjun Ulu Licin Beruas. Mak-mak & pak-pak saudara pun join berendam juga. Bukan apa, saja nak bagi sejuk badan lepas perkena sup gearbox lembu fresh.

 

Sejenis suka menyakat. Saja ditahannya member tu tak bagi ikut - "Adib tak payah ikut. Adib kena tolong ayah bagi ayam makan!"


Dari rumah nak ke air terjun dah tak jauh mana dah. Dalam 15 minit jer. That's why kitaorang boleh lenggang kangkung jer nak ke sana. Pasal dah dekat sangat. Tunggu dah petang & redup sikit baru kitaorang gerak. Lagipun, orang dah tak ramai sangat dah time tu. Boleh mandi-manda dengan tenang.


Habis seronok dapat mandi-manda.


Dalam pukul 6.30 petang macam tu kitaorang gerak balik. Pasal orang kampung kat situ dah datang meronda. Lagipun dah petang sangat kan. Bahaya. Kalau nampak ada yang dok ralik mandi-manda lagi tu mungkin nak disuruh baliklah tu agaknya - Dalam hati. Mesti pernah ada kes!

Comments

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!