Lately, badan rasa macam lemah longlai. Tiap kali balik kerja mesti rasa lemau. Nak baring nak tido. Malas nak buat apa-apa. Pening-pening alhamdulillah tak ada. Cuma terasa penat sangat. Padahal kat office bukannya bergerak ke mana-mana pun 😬.
Entah macam mana, esoknya terdetik hati nak cek bacaan gula. Selalu cek kan untuk husband. Kali ni kita cek untuk diri sendiri pulak. Tengok-tengok noh!! Tinggi bacaannya. Suwit nak mampuih ni!! Naya kome 🙂↔️.
![]() |
Ni semalam & hari ni punya bacaan gula. Suwit nak mampuih kome 🙂↔️. Padahal Syu puasa tau. Dua-dua ni bacaan sebelum makan. |
Selalu kalau cek, normally bacaan gula Syu bawah 5.6mmol/L jer. Bila dah tengok bacaan macam ni, nampak gayanya memang kena start kawal pemakanan dah ni. Especially makan benda-benda manis.
Sekarang Syu tengah usaha reverse balik Syu punya gula guna formula Dr. Mani (FDM). Syu tengok ramai bagi feedback positif lepas follow FDM ni. Harap ada hasil lah hendaknya. Risau pulak tengok bacaan gula macam ni 😂.
Alamak, saya pub dh lama x cek gula.. risau pulak
BalasPadamdah kena pergi hospital untuk ujian gula dah tu... Dapatkan juga nasihat dari doktor
BalasPadamItu bacaan sebelum ke selepas makan tu?
BalasPadamKita cuba apa yang patut ya, Syu memang tak ambil ubat di hospital lagi ke?
Dua² bacaan sebelum makan Dana 😂.
PadamUbat hospital memang dari dulu tak pernah makan sebab bacaan gula Syu selalu normal jer 👉🏻👈🏻.
kalau bacaan gula macam tu, memang risau..
BalasPadamkalau bacaan HB macam tu, senyum smapai telinga.