Makan Malam Di Rohani Ikan Bakar Kuala Perlis

Jun 23, 2025

Selesai jalan-jalan cuci mata di Padang Besar, kitaorang semua makan malam pula di Medan Ikan Bakar Kuala Perlis - Tempatnya dah tak jauh dah dari homestay. Dalam 15 minit macam tu jer.


Dekat medan selera ni, ada banyak pilihan kedai makan korang boleh pilih - Kitaorang pilih Rohani Ikan Bakar. Mostly menunya adalah berasaskan makanan laut. Seafood kat sini semua fresh tau! - Yang ada gout AWAS ya ðŸ˜‚


Ada banyak pilihan seafood korang boleh pilih 😋. 


Just pilih & timbang seafood yang korang nak - Harga berbeza-beza ikut jenis seafood. Then korang suruh orang kedai tu masakkan. Ikut lah nak masak style apa pun. Diorang boleh buatkan. Macam kitaorang wajib ada ikan bakar & udang buttermilk! 😋


Ikan bakar & udang buttermilk wajib ada! 🤤

Honestly, ikan bakar & udang buttermilk kat sini memang sedap sangat. Kalau datang Perlis memang Rohani Ikan Bakar jadi pilihan. Tauke kedai pun sampai dah kenal 😂. That's dia berani bagi harga kasih sayang. Pasal dia tahu kitaorang akan repeat makan sini lagi & lagi 🤭.


[P/S: Kalau makan kat sini kena duduk dekat meja diorang jer tau. Tak boleh order makan kedai lain lepas tu duduk dekat meja kedai lain. Nanti kena marah 🥹] 

Comments

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!