Januari 04, 2026
Tak Ada Sesi Tanya Soalan & Baca Lafaz Taklik Di Perlis
Selesai akad nikah, adik beradik lelaki Syu semua pakat dok bertanya kat Tok Kadi. Laki Syu pun sama - "Pengantin lelaki tak kena baca lafaz taklik ke lepas dah akad nikah??" Lebih kurang gitulah persoalan yang dibangkitkan deme ipar duai 🤣. Pasal deme semua kan dapat bini orang Perak. Sebelum & selepas deme nikah kena taruh dengan Tok Kadi.
Kalau nak tahu, di Perlis ni memang tak ada sesi baca lafaz taklik. Even tanya-tanya soalan pun tak ada, sebabnya Mufti Negeri Perlis tak benarkan. Ngam-ngam saksi kata sah, terus Tok Kadi bacakan doa. Syu pun baru tahu sebenarnya. Itu pun tanya kat mama si Wani 🤭.
![]() |
Tok Kadi ni steady jer walaupun ni kes pertama dia. Dengar cerita, Tok Kadi ni saudara deme juga 😁. |
Alasannya, sebab nak memudahkan proses akad nikah & tak nak bagi pengantin lelaki gugup. Kalau ada juru nikah suruh buat juga. Pihak famili pengantin boleh terus buat aduan ke Pejabat Agama. Bagus juga kan? Selamat pengantin lelaki dari kena mental torture dengan Tok Kadi. Yang adik kita si Shahrul ni punyalah dah gundah gulana dah. Siap standby air mata dah nak baca lafaz taklik masa tu - Katanya, baca lafaz taklik tu boleh buat orang lelaki jadi lagi sebak 😂.
Memang tak dinafikan Mufti Negeri Perlis ni agak tegas sikit dalam bab perihal agama Islam. Even dalam bab nikah kahwin ni pun mufti tak ambil ringan & berusaha untuk mempermudahkan urusan kedua-kedua pengantin. Dalam bab ni Syu sokong 💯 peratus. Syabas Mufti Negeri Perlis. Kome yang belum kahwin tu, cari ler orang Perlis buat bini. Mak paknya tak banyak songeh. Tok Kadinya pula steady! 🤭👍🏻
Jun 23, 2025
Makan Malam Di Rohani Ikan Bakar Kuala Perlis

Selesai jalan-jalan cuci mata di Padang Besar, kitaorang semua makan malam pula di Medan Ikan Bakar Kuala Perlis - Tempatnya dah tak jauh dah dari homestay. Dalam 15 minit macam tu jer.
Dekat medan selera ni, ada banyak pilihan kedai makan korang boleh pilih - Kitaorang pilih Rohani Ikan Bakar. Mostly menunya adalah berasaskan makanan laut. Seafood kat sini semua fresh tau! - Yang ada gout AWAS ya 😂!
![]() |
| Ada banyak pilihan seafood korang boleh pilih 😋. |
Just pilih & timbang seafood yang korang nak - Harga berbeza-beza ikut jenis seafood. Then korang suruh orang kedai tu masakkan. Ikut lah nak masak style apa pun. Diorang boleh buatkan. Macam kitaorang wajib ada ikan bakar & udang buttermilk! 😋
![]() |
| Ikan bakar & udang buttermilk wajib ada! 🤤 |
Honestly, ikan bakar & udang buttermilk kat sini memang sedap sangat. Kalau datang Perlis memang Rohani Ikan Bakar jadi pilihan. Tauke kedai pun sampai dah kenal 😂. That's dia berani bagi harga kasih sayang. Pasal dia tahu kitaorang akan repeat makan sini lagi & lagi 🤭.
[P/S: Kalau makan kat sini kena duduk dekat meja diorang jer tau. Tak boleh order makan kedai lain lepas tu duduk dekat meja kedai lain. Nanti kena marah 🥹]
Jun 21, 2025
Cuci Mata Di Padang Besar Perlis

Memandangkan lepas majlis bertunang hari tu tak ada aktiviti nak buat. So, lepas balik homestay tukar baju & solat semua, kitaorang terus gerak ke Padang Besar Perlis. Dari homestay agak jauh sikitlah nak pergi ke sana. Dalam 45 minit macam tu.
![]() |
| Ramai manusia. Almaklumlah, tengah cuti sekolah. |
![]() |
| Dekat banggunan baru ni ada juga orang berjual. Tapi kena pandai tengok harga. |
Since, ada yang belum pernah merasa jejakkan kaki ke Padang Besar. Jadi, kita pun bawalah diorang pergi jalan-jalan cuci mata dekat sana. Lagipun, bukan selalu diorang datang ke negeri Perlis ni.
![]() |
| Datang sini memang wajib beli colek buah. Sebungkus RM10 jer. |
![]() |
| Dalam Padang Besar Warenart ni pun ada jual macam-macam barang jugak & harga dia lebih murah sikit. |
![]() |
| Rambang mata dibuatnya kome! |
Dah alang-alang ambil cuti, pergi jelah ke sana terus kan? Baru tahu macam mana rupa Padang Besar yang orang selalu dok jaja-jaja tu. Macam Syu, Syu dah tak kesah dah. Pasal dah kerap sangat datang ke Perlis ni bercuti 😂 - Dah jadi port wajib dah bila datang ke negeri Perlis ni!
Jun 18, 2025
Alhamdulillah Selesai! Tahniah Shahrul ❤️ Syazwani

Alhamdulillah selesai sudah hantar rombongan meminang ke Permatang Bongor Perlis hari Ahad lepas. Majlis semuanya berjalan lancar & disambut baik belah pihak perempuan.
![]() |
| Famili Cik Zurai jer yang menepati tema hari ni. Kitaorang yang lain tak tahu pasal si Chaoi tak ngabor 😂. |
Mak & ayahnya pun jenis low profile & senang nak di bawa berbincang. Tak terlalu memaksa & selagi boleh nak majlis besar tu nanti berjalan dengan lancar. Almahklumlah, first time nak sambut menantu dalam famili.
![]() |
| Mak Syu masih dalam tempoh iddah lagi. Jadi, kitaorang wakilkan Cik Zurai untuk sarungkan cincin. Resepi Asam Pedas yang Syu pernah share dulu tu Syu belajar dari Cik Zurai ni lah. |
![]() |
| Gambar tak cukup korum. Mak & adik Syu yang nombor empat tak ikut. |
![]() |
| Tiga anak buah yang hujung tu payah betul nak diajak bergambar. Dia punya main tak ingat muka bumi. |
![]() |
| Me. The akak sulung & husband. |
![]() |
| Adik nombor dua dengan anak bini dia. Yang seorang lagi tu entah mana lebohnya. |
![]() |
| Adik nombor tiga & wife dia. Anak deme yang dua ketul tu pun lebuh jugak! |
![]() |
| Tinggal Sarah jer lagi yang belum berpunya. |
![]() |
| Kakak, adik & ipar duai perempuan. Husband malas nak join pasal dia panas dengan camera woman. |
Buat Shahrul Nizam & Syazwani -Macam kekok pulak panggil Shahrul. Selalu panggil Chaoi jer. Tahniah di atas pertunangan korang berdua 💍. Semoga ikatan ni menjadi satu titik permulaan perjalanan korang untuk kenal satu sama lain sebelum menempuh alam rumahtangga.
Ingat. Bertunang ni bukan sekadar simbolik cincin di jari saja. Tapi juga satu ikrar janji korang untuk sama-sama belajar menjadi lebih matang. Kena ada sabar & saling mengenali hati budi satu sama lain sepanjang tempoh pertunangan ni.
![]() |
| Tahniah Shahrul ❤️ Syazwani & selamat bertunang! |
Ingat! Berstatus darah manis ni banyak ujian & dugaannya. Semoga Allah S.W.T memelihara & mempermudahkan urusan korang berdua dalam usaha korang membina mahligai yang korang impikan.
Pada Syu, majlis pertunangan ni bukan sekadar pertemuan antara dua keluarga, tapi juga permulaan ikatan antara dua jiwa. Buat Shahrul & Syazwani, doa akak :
Ya Allah, satukanlah hati mereka dengan penuh rasa cinta & kasih sayang-Mu. Permudahkanlah segala urusan menuju hari bahagia & kurniakanlah mereka mahligai yang bakal didirikan sakinah, mawaddah & rahmah.
Buat keluarga pihak perempuan, terima kasih kerana sudi menerima pinangan dari pihak kami dengan hati yang terbuka. Terima kasih juga atas layanan yang sangat baik & mesra sepanjang kami bertandang ke sana 💐- Makanan semua sedap-sedap! Memang deme jamu sungguh. Semoga dengan ikatan pertunangan ini boleh menambah eratkan lagi silaturahim kita sekeluarga.
Jun 15, 2025
Selamat Bertunang Chaoi!

![]() |
| Setiap kali cari kakak dia - "Nak cucu (susu) milo!" 🤣 |
Alhamdulillah! Hari ni tercipta satu lagi kenangan indah buat keluarga kecil Idris Abdul Halim – menyaksikan adik ke-5 yang kitaorang sayang melangkah ke fasa baru dalam kehidupan. Macam tak percaya adik lelaki Syu yang seorang ni dah nak kahwin.
Dulu masa kecil, macam budak lembam pun ada Syu tengok adik Syu ni 🤣. Dengan selalu kena sawan. Speech delay. Slow learner. Muka selepat! Sekali bila dah besar, dia yang terpaling pengemas, pembersih & segak dalam famili 🤭💕-Nanti kita sambung part 2
![]() |
| Selamat bertunang Chaoi! 🥰 |
Paling Syu tak sangka, dia jenis serius & bersungguh-sungguh dalam bab nak halalkan ikatan dia dengan anak dara orang. Memang kitaorang satu famili nampaklah effort & kesunggi dia kumpul duit nak kahwin. Katanya nak kahwin juga hujung tahun ni. Duit pun dia dah ready.
Lagipun perkara elok, nak ditangguh-tangguh lagi nak buat apa kan? Elok disetelkan terus tahun ni jugak. Senang! Pihak belah perempuan pun dah bagi green light 🤭- Nampak gayanya hujung tahun ni bakal dapat adik ipar lah Syu gamaknyer! Jauh hantar rombongan kali ni kome! Ke negeri Pelam Harum Manis sana nun 😂.
Jun 14, 2025
Peghelih Kami Datang!

Esok nak hantar rombongan meminang adik lelaki Syu ke Peghelih. So, kita gerak awal supaya tak kalut & letih. Kalau tak ada selingan, actually dalam 3 jam dah boleh sampai sana dah. Dah nama pun jalan jauh kan. Semestinya selingan tu WAJIB ADA! - Breakfast Di Food & Wood Craft Cafe
Almaklumlah, bila dah berkonvoi gerak ramai-ramai ni faham-faham sajalah. Mesti banyak no hey nyer! Sekejap nak berhenti kencing. Sekejap nak berhenti berak! Sekejap kereta rosak 😂. Macam yang ini! Terpaksa singgah kejap bercari bengkel semata-mata nak betulkan belt aircond. Udah berdecit-decit sepanjang jalan kome! Dengan cuaca panasnya. Memang tak boleh tak ada aircond 😂.
![]() |
| Dah terhidu dah bau-bau duit nak terbang tinggalkan kita. |
Ngam-ngam uncle bengkel tu check kereta kitaorang. Kereta biras pula bateri kong minta nyawa - Macam disukat-sukat pula ya nak sakit 😅. Tak pasal-pasal melayang kawan tu RM350. So far memang tak ada pilihan lain. Nak tak nak kena beli juga bateri baru. Tak ada bateri, tak bergeraklah kereta kawan tu & nasib baik kedai bateri dekat-dekat area situ jer. Tapi, kaw-kaw lah kena ketuk - Peghelih sabaq sat! Kami on the way 🫣.
September 29, 2024
Kupi-kupi di Kupi Kahfi
Julai 29, 2024
Alkisah Glamping Di Gunung Medan Perlis
Hari tu Syu tunjuk view sunrise Gunung Medan masa time subuh kan? Ini cerita penuhnya. Kalau korang nak tahu, hari Jumaat hari tu kitaorang laki bini pergi bercuti ke Perlis 😬. Selesai tabur duit dekat Padang Besar, kitaorang bermalam di Kuala Perlis pula sebab husband Syu cakap dia teringin nak makan seafood fresh dekat medan ikan bakar sana.
Since dekat pekan hotel banyak dah fully booked. Kitaorang pun cubalah ber-glamping satu malam di Gunung Medan Glamping & Cafe Perlis. Lokasinya pun dah tak jauh dah dari pekan Kuala Perlis. Dalam 12 minit je dari tempat kitaorang glamping. So, hari ni Syu nak cerita sikitlah pengalaman ber-glamping dekat sana macam mana 🤭.
![]() |
| Total dome ada 6. Ada Family Dome & Super Family Dome 🤭. |
Mula-mula Syu ingatkan tempatnya biasa-biasa je tau. Bila dah sampai. Rasa terpegun gila tengok dome-dome yang ada dekat situ 😂! Sumpah comel! Dia punya view tu macam duduk dekat oversea pun ada. Rasa macam tak percaya dekat area Kuala Perlis ni ada port glamping yang cantik untuk pergi healing. Tempatnya bersih. Suasana pun tenang & damai je. Kira jauhlah dari hiruk-pikuk bandar 😌.
![]() |
| Untuk family dome ni boleh muat dalam 3-4 orang 👨👩👧👦. Harga RM170/malam untuk hari Khamis hingga Jumaat & Public Holiday). Hari lain RM120/malam. |
Dalam dome jangan cakaplah. Kelengkapan semua serba serbi lengkap Syu tengok. Masuk dekat dalam je terus
rasa tak nak keluar-keluar tau. Tambah-tambah boleh tengok movie. Aircond-nya pun boleh tahan sejuk🤣. Memang
lena betul tidur dibuatnya. Servis penghantaran makanan pun ada disediakan juga - Senarai menu & harga makanan ada diletakkan sekali dalam bilik.
Untuk pengetahuan korang, parking space dekat sini agak limited sikit sebab tempatnya berbukit. Tapi, kalau korang ambil dome 1,2 & 3, korang boleh parking kereta betul-betul depan dome. Cuma dome 4 sampai 6 sahaja korang tak boleh parking depan dome sebab laluan nak masuk ke glamping area tu agak sempit.
Setiap dome ni ada disediakan kerusi, tempat memanggang & kepala paip. Nak ke tandas & bilik mandi, korang kena menapak ke belakang sikit dalam 50 meter - Malam-malam pergi tak scary pun sebab tempatnya terang berderang.
Sunset & sunrise sumpah cantik!
![]() |
| View paling mahal! Cantik kan? 🥰 |
Sambil-sambil ber-glamping, korang juga boleh cuci mata tengok pemandangan sunrise & sunset. Nak view lagi cantik, korang kena naik & tengok Viewpoint Gunung Medan. Dari tapak glamping jaraknya cuma 100 meter je - Insect repellent jangan lupa pakai tau. Nyamuk banyak sepanjang trek nak naik ke view point tu!
Setel tengok pemandangan, korang bolehlah lepak minum-minum petang dekat Glass Cafe Gunung Medan ni. Ada macam-macam makanan & minuman ada jual dekat situ. Cafe ni dibuka kepada pengunjung setiap hari dari jam 5 petang sampai 11 malam. Sabtu Ahad ada buka sekejap waktu pagi sampai 10 pagi. So, bolehlah kalau korang nak singgah breakfast.
![]() |
| On the way nak naik ke Viewpoint Gunung Medan korang boleh nampak cafe ni dekat sebelah kiri. |
Actually, Syu cadang nak sambung glamping lagi satu malam. Malangnya,
dome yang kitaorang duduk tu dah fully booked sampai hari Ahad 🥹. Sedih kan! So nak tak nak, terpaksalah kitaorang check out juga tengahari Sabtu
tu. Rasa menyesal pula tak book dua malam terus. Next time kalau datang sini,
nak booking terus 2 malam. Baru puas hati!




























