Selamat Bertunang Chaoi!

Jun 15, 2025

Setiap kali cari kakak dia - "Nak cucu (susu) milo!" 🤣


Alhamdulillah! Hari ni tercipta satu lagi kenangan indah buat keluarga kecil Idris Abdul Halim – menyaksikan adik ke-5 yang kitaorang sayang melangkah ke fasa baru dalam kehidupan. Macam tak percaya adik lelaki Syu yang seorang ni dah nak kahwin.


Dulu masa kecil, macam budak lembam pun ada Syu tengok adik Syu ni 🤣. Dengan selalu kena sawan. Speech delay. Slow learner. Muka selepat! Sekali bila dah besar, dia yang terpaling pengemas, pembersih & segak dalam famili 🤭💕-Nanti kita sambung part 2


Selamat bertunang Chaoi! 🥰


Paling Syu tak sangka, dia jenis serius & bersungguh-sungguh dalam bab nak halalkan ikatan dia dengan anak dara orang. Memang kitaorang satu famili nampaklah effort & kesunggi dia kumpul duit nak kahwin. Katanya nak kahwin juga hujung tahun ni. Duit pun dia dah ready.


Lagipun perkara elok, nak ditangguh-tangguh lagi nak buat apa kan? Elok disetelkan terus tahun ni jugak. Senang! Pihak belah perempuan pun dah bagi green light 🤭- Nampak gayanya hujung tahun ni bakal dapat adik ipar lah Syu gamaknyer! Jauh hantar rombongan kali ni kome! Ke negeri Pelam Harum Manis sana nun 😂. 

Comments

  1. Selamat bertunang buat adik Syu....

    BalasPadam
  2. Mesti sebak kan adik yang kita tengok dari kecik bila dah besar nak jadi suami orang dah. Macam Cie takde adik. Bila anak buah nak jadi suami orang sebak rasa sebab kita tengok dorg dari kecik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sebak. Nak-nak abah pulak baru pergi. Lagi bertambah-tambah sebaknya 🥹.

      Padam
  3. alhamdullilah tahniah buat adinda syu.....

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!