![]() |
Tukang jurucakap rombongan sebelah pihak lelaki adik lelaki nombor yang nombor dua. Masa ni rasa sebak gila, Rasa macam terpandang-pandang kelibat arwah abah. |
Selesai berbincang perihal bertunang, majlis kahwin segala. Macam biasa tuan rumah jemput & jamu kitaorang & tetamu yang datang bertandang untuk makan tengahari. Dekat dalam tadi tengok macam sikit jer orang. Bila keluar. Fuhh...boleh tahan ramai juga kaum kerabat belah si Wani (Nama tunang Chaoi) ni.
![]() |
Ramaikan? Macam ni baru meriah. Sambil-sambil tu boleh kenal-kenal dengan orang negeri Perlis. |
![]() |
Semua nampak sedap-sedap belaka. Sampai Syu sendiri pun tak tahu nak pilih yang mana satu. |
![]() |
Tepung bungkus & sardin roll sedap gila! Syu & Sarah asyik dok ulang makan yang ini jer. |
Makanan? Subhanallah memang banyak. Murah rezeki tuan rumah. Jenis tak kedekut menjamu makanan. Semua menu sedap-sedap belaka. Cuma Syu saja yang kekenyangan. Pasal tadi pagi Syu dah kenyang bantai nasi goreng kampung dekat kedai seberang homestay 😅. So, tangki dah tak berapa nak ada ruang.
Instead of makan nasi berlauk, Syu prefer untuk makan laksa & kuih jer - Lupa nak ambil gambar laksa. Udah tak menyabor nak rasa! Nanti malam sikit baru Syu plan nak makan nasi. Makan mana? Semestinya Rohani Ikan Bakar di Medan Selera Ikan Bakar Kuala Perlis - Nanti ada free Syu cerita pengalaman makan kat sana.
Comments
💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!