Posts with the label Tunang
Memaparkan catatan dengan label Tunang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tunang. Papar semua catatan

Jun 19, 2025

Boleh Tahan Sedap Air Tangan Orang Perlis! 💛💙

Majlis pertunangan
Tukang jurucakap rombongan sebelah pihak lelaki adik lelaki nombor yang nombor dua. Masa ni rasa sebak gila, Rasa macam terpandang-pandang kelibat arwah abah.


Selesai berbincang perihal bertunang, majlis kahwin segala. Macam biasa tuan rumah jemput & jamu kitaorang & tetamu yang datang bertandang untuk makan tengahari. Dekat dalam tadi tengok macam sikit jer orang. Bila keluar. Fuhh...boleh tahan ramai juga kaum kerabat belah si Wani (Nama tunang Chaoi) ni.

 

Ramaikan? Macam ni baru meriah. Sambil-sambil tu boleh kenal-kenal dengan orang negeri Perlis.

 

Makanan? Subhanallah memang banyak. Murah rezeki tuan rumah. Jenis tak kedekut menjamu makanan. Semua menu sedap-sedap belaka. Cuma Syu saja yang kekenyangan. Pasal tadi pagi Syu dah kenyang bantai nasi goreng kampung dekat kedai seberang homestay 😅. So, tangki dah tak berapa nak ada ruang. 


Semua nampak sedap-sedap belaka. Sampai Syu sendiri pun tak tahu nak pilih yang mana satu.


Tepung bungkus & sardin roll sedap gila! Syu & Sarah asyik dok ulang makan yang ini jer.


Instead of makan nasi berlauk, Syu prefer untuk makan laksa & kuih jer - Lupa nak ambil gambar laksa. Udah tak menyabor nak rasa! Nanti malam sikit baru Syu plan nak makan nasi. Makan mana? Semestinya Rohani Ikan Bakar di Medan Selera Ikan Bakar Kuala Perlis - Nanti ada free Syu cerita pengalaman makan kat sana.

Boleh Tahan Sedap Air Tangan Orang Perlis! 💛💙

Jun 19, 2025

Jun 18, 2025

Alhamdulillah Selesai! Tahniah Shahrul ❤️ Syazwani

Alhamdulillah selesai sudah hantar rombongan meminang ke Permatang Bongor Perlis hari Ahad lepas. Majlis semuanya berjalan lancar & disambut baik belah pihak perempuan.


Famili Cik Zurai jer yang menepati tema hari ni. Kitaorang yang lain tak tahu pasal si Chaoi tak ngabor 😂. 


Mak & ayahnya pun jenis low profile & senang nak di bawa berbincang. Tak terlalu memaksa & selagi boleh nak majlis besar tu nanti berjalan dengan lancar. Almahklumlah, first time nak sambut menantu dalam famili.


Mak Syu masih dalam tempoh iddah lagi. Jadi, kitaorang wakilkan Cik Zurai untuk sarungkan cincin. Resepi Asam Pedas yang Syu pernah share dulu tu Syu belajar dari Cik Zurai ni lah.


Gambar tak cukup korum. Mak & adik Syu yang nombor empat tak ikut.


Tiga anak buah yang hujung tu payah betul nak diajak bergambar. Dia punya main tak ingat muka bumi.


Me. The akak sulung & husband.


Adik nombor dua dengan anak bini dia. Yang seorang lagi tu entah mana lebohnya.


Adik nombor tiga & wife dia. Anak deme yang dua ketul tu pun lebuh jugak!


Tinggal Sarah jer lagi yang belum berpunya.    


Kakak, adik & ipar duai perempuan. Husband malas nak join pasal dia panas dengan camera woman.   


Buat Shahrul Nizam & Syazwani -Macam kekok pulak panggil Shahrul. Selalu panggil Chaoi jer. Tahniah di atas pertunangan korang berdua 💍. Semoga ikatan ni menjadi satu titik permulaan perjalanan korang untuk kenal satu sama lain sebelum menempuh alam rumahtangga.


Ingat. Bertunang ni bukan sekadar simbolik cincin di jari saja. Tapi juga satu ikrar janji korang untuk sama-sama belajar menjadi lebih matang. Kena ada sabar & saling mengenali hati budi satu sama lain sepanjang tempoh pertunangan ni.

 

Tahniah Shahrul ❤️ Syazwani & selamat bertunang! 


Ingat! Berstatus darah manis ni banyak ujian & dugaannya. Semoga Allah S.W.T memelihara & mempermudahkan urusan korang berdua dalam usaha korang membina mahligai yang korang impikan.


Pada Syu, majlis pertunangan ni bukan sekadar pertemuan antara dua keluarga, tapi juga permulaan ikatan antara dua jiwa. Buat Shahrul & Syazwani, doa akak :

 

Ya Allah, satukanlah hati mereka dengan penuh rasa cinta & kasih sayang-Mu. Permudahkanlah segala urusan menuju hari bahagia & kurniakanlah mereka mahligai yang bakal didirikan sakinah, mawaddah & rahmah.


Buat keluarga pihak perempuan, terima kasih kerana sudi menerima pinangan dari pihak kami dengan hati yang terbuka. Terima kasih juga atas layanan yang sangat baik & mesra sepanjang kami bertandang ke sana 💐- Makanan semua sedap-sedap! Memang deme jamu sungguh. Semoga dengan ikatan pertunangan ini boleh menambah eratkan lagi silaturahim kita sekeluarga.

Alhamdulillah Selesai! Tahniah Shahrul ❤️ Syazwani

Jun 18, 2025

Jun 14, 2025

Peghelih Kami Datang!

Esok nak hantar rombongan meminang adik lelaki Syu ke Peghelih. So, kita gerak awal supaya tak kalut & letih. Kalau tak ada selingan, actually dalam 3 jam dah boleh sampai sana dah. Dah nama pun jalan jauh kan. Semestinya selingan tu WAJIB ADA! - Breakfast Di Food & Wood Craft Cafe


Almaklumlah, bila dah berkonvoi gerak ramai-ramai ni faham-faham sajalah. Mesti banyak no hey nyer! Sekejap nak berhenti kencing. Sekejap nak berhenti berak! Sekejap kereta rosak 😂. Macam yang ini! Terpaksa singgah kejap bercari bengkel semata-mata nak betulkan belt aircond. Udah berdecit-decit sepanjang jalan kome! Dengan cuaca panasnya. Memang tak boleh tak ada aircond 😂.

 

Dah terhidu dah bau-bau duit nak terbang tinggalkan kita.

 

Ngam-ngam uncle bengkel tu check kereta kitaorang. Kereta biras pula bateri kong minta nyawa - Macam disukat-sukat pula ya nak sakit 😅. Tak pasal-pasal melayang kawan tu RM350. So far memang tak ada pilihan lain. Nak tak nak kena beli juga bateri baru. Tak ada bateri, tak bergeraklah kereta kawan tu & nasib baik kedai bateri dekat-dekat area situ jer. Tapi, kaw-kaw lah kena ketuk - Peghelih sabaq sat! Kami on the way 🫣.

Peghelih Kami Datang!

Jun 14, 2025