Alhamdulillah Selesai! Tahniah Shahrul ❤️ Syazwani

Jun 18, 2025

Alhamdulillah selesai sudah hantar rombongan meminang ke Perlis Ahad lepas. Majlis semuanya berjalan lancar & disambut baik belah pihak perempuan. Mak & ayahnya pun jenis low profile & senang nak di bawa berbincang. Tak terlalu memaksa & selagi boleh nak majlis besar tu nanti berjalan dengan lancar. Almahklumlah, first time nak sambut menantu dalam famili.


Mak Syu masih dalam tempoh iddah lagi. Jadi, kitaorang wakilkan Cik Zurai untuk sarungkan cincin. Resepi Asam Pedas yang Syu pernah share dulu tu Syu belajar dari Cik Zurai ni lah.


Gambar tak cukup korum. Mak & adik Syu yang nombor empat tak ikut.


Tiga anak buah yang hujung tu payah betul nak diajak bergambar. Dia punya main tak ingat muka bumi.


Me. The akak sulung & husband.


Adik nombor dua dengan anak bini dia. Yang seorang lagi tu entah mana lebohnya.


Adik nombor tiga & wife dia. Anak deme yang dua ketul tu pun lebuh jugak!


Tinggal Sarah jer lagi yang belum berpunya.    


Kakak, adik & ipar duai perempuan. Husband malas nak join pasal dia panas dengan camera woman.   


Buat Shahrul Nizam & Syazwani -Macam kekok pulak panggil Shahrul. Selalu panggil Chaoi jer. Tahniah di atas pertunangan korang berdua 💍. Semoga ikatan ni menjadi satu titik permulaan perjalanan korang untuk kenal satu sama lain sebelum menempuh alam rumahtangga.


Ingat. Bertunang ni bukan sekadar simbolik cincin di jari saja. Tapi juga satu ikrar janji korang untuk sama-sama belajar menjadi lebih matang. Kena ada sabar & saling mengenali hati budi satu sama lain sepanjang tempoh pertunangan ni.

 

Tahniah Shahrul ❤️ Syazwani & selamat bertunang! 


Ingat! Berstatus darah manis ni banyak ujian & dugaannya. Semoga Allah S.W.T memelihara & mempermudahkan urusan korang berdua dalam usaha korang membina mahligai yang korang impikan.


Pada Syu, majlis pertunangan ni bukan sekadar pertemuan antara dua keluarga, tapi juga permulaan ikatan antara dua jiwa. Buat Shahrul & Syazwani, doa akak :

 

Ya Allah, satukanlah hati mereka dengan penuh rasa cinta & kasih sayang-Mu. Permudahkanlah segala urusan menuju hari bahagia & kurniakanlah mereka mahligai yang bakal didirikan sakinah, mawaddah & rahmah.


Buat keluarga pihak perempuan, terima kasih kerana sudi menerima pinangan dari pihak kami dengan hati yang terbuka. Terima kasih juga atas layanan yang sangat baik & mesra sepanjang kami bertandang ke sana 💐- Makanan semua sedap-sedap! Memang deme jamu sungguh. Semoga dengan ikatan pertunangan ini boleh menambah eratkan lagi silaturahim kita sekeluarga.

Comments

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!