Salam Awal Muharram Bloggerian Syuderis.com!

Jun 27, 2025

Awal Muharram 2025


Salam awal muharram semua. Rasa berat sebenarnya nak beralih ke tahun baru. Banyak kejadian & banyak juga kenangan yang Syu masih belum ready untuk move on. Tapi, apalah daya Syu. Hidup kena diteruskan.



Semoga tahun ini baik-baik saja buat Syuderis.com & semua bloggerian Syu. Kita hanya mampu merancang. Selebihnya Allah yang aturkan. Terima kasih sebab masih setia membaca coretan & dengar celoteh Syu.


Doa Awal Tahun


بسم الله الرحمن الرحيم


الْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ. والصَّلاةُ والسَّلامُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِينَ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ. اللَّهُمَّ أَنْتَ الْأَبَدِيُّ الْقَدِيمُ الْأَوَّلُ، وَعَلَى فَضْلِكَ الْعَظِيمِ وَكَرَمِ جُودِكَ الْمُعَوَّلِ، وَهَذَا عَامٌ جَدِيدٌ قَدْ أَقْبَلَ ، نَسْأَلُكَ الْعِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الشَّيْطَانِ وَأَوْلِيَائِهِ ، وَالْعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ الْأَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ، وَالْإِشْتِغَالَ بِمَا يُقَرِّبُنَا إِلَيْكَ زُلْفَى يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ


Segala puji bagi Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW semulia-mulia Nabi dan Rasul, dan ke atas keluarga dan sahabat baginda seluruhnya. Ya Allah Engkaulah Tuhan yang Kekal Abadi, yang Qadim lagi Awal tiada permulaan, dengan limpah kurnia-Mu yang besar dan kemurahan-Mu yang sejati, telah tiba tahun yang baharu ini kepada kami, maka kami memohon kepada-Mu pemeliharaan daripada syaitan dan tentera-tenteranya, dan kami memohon pertolongan menghadapi godaan nafsu ammarah yang sentiasa mengajak kepada kejahatan, dan kami memohon pertolongan untuk sentiasa melakukan apa-apa amalan yang dapat menghampirkan kami kepada-Mu sehampir-hampirnya, wahai Tuhan yang empunya kebesaran dan kemuliaan.


وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ لِلهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ




Comments

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!