Posts with the label 2025
Memaparkan catatan dengan label 2025. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 2025. Papar semua catatan

Disember 31, 2025

2026 Is Coming! Let's Planning...

2026 just around the corner. Kalendar tahun ni dah tak ada ruang nak diconteng, so kita start dengan kalendar baru. Tak minta lebih, cukup tahun depan Allah permudahkan segala urusan & diberikan nikmat sihat untuk berhadapan dengan dunia tipu-tipu yang penuh onak duri ni. Eceh! Azam tahun lepas tak nak fikir dah. Dah tercapai sikit kira okaylah dari tak ada langsung. Tahun 2026 punya azam? Kita simpan dalam diary jer lah yer 🤭. Maleyh nak tayang-tayang. Especially bab nak kurus tu!!


Kalendar
Kalendar tahun 2025 pun dah penuh dengan contengan. Let's comotkan kalendar 2026 pulak 😁.
 

2026 Is Coming! Let's Planning...

Disember 31, 2025

Oktober 09, 2025

Selamat Hari Lahir My Bebeh!

Semalam ada orang tu sambung cuti rehat dengan harapan kita ada nak celebrate birthday dia. Malangnya Syu terlupa! Even wish birthday pun tidak. Udah petang baru wish encik suami - Maafin aku sayang. Sumpah terlupa 😂. Itupun dia sendiri bagitahu Syu. Masa tu Syu tengah lepak dekat meja depan kat ruang tamu. Tunggu dia bersiap nak pergi HRPB tengok kakaknya kat hospital nun kena heart attacked - Get well soon angah!


Datang-datang dengan muka penyek dia cakap kat Syu - "Kita apply cuti tau hari ni, kita ingat awak ada lah nak celebrate birthday kita ke wish ke apa ke. Kita tunggu dari malam tadi tau". Dalam hati - "😌 Halah3! Time birthday kita idak pun dia nak celebrate bagi hadiah bagai. Time dia? Kemain dia ya. Ha3." So, lepas tengok kakaknya kat HRPB semalam, kita pun pergilah ke Nifayyi sana celebrate birthday dia. Bagi dia rasa syiok sikit. Birthday boy kan! Kasilah dia chance.


Celebrate dekat Nifayyi jer. Dah alang-alang dekat dengan area HRPB.


To my husband, selamat hari lahir yang ke sekian-sekian. Semoga diberikan kesihatan yang baik. Dipermudahkan segala urusan. Dimurahkan rezeki untuk keluarga kecil kita yang memang sedia-sedia kecil ni. Jangan nak baran-baran tengin-tengin bagai sebab awak pun tahu bini awak singa tidur yang lagi singa dari singa bila dia menyinga. Ha3. Love you so much! Dunia akhirat. Jom ronda-ronda naik skuter lagi malam ni jom! He3 😁.

Selamat Hari Lahir My Bebeh!

Oktober 09, 2025

Oktober 01, 2025

Selamat Datang Oktober! 🎉

Selamat datang Oktober!! Tapi tak nak tragedi boleh?? 😂


Selamat Datang Oktober! 🎉

Oktober 01, 2025

Ogos 26, 2025

Orang Tu Raptai Kita Kena Sidai

 

Tidur jap. Mengantuk! 😴

Orang Tu Raptai Kita Kena Sidai

Ogos 26, 2025

Ogos 01, 2025

Welcome Awwww..gosh! 🫣

Bulan Ogos bulan paling seram buat Syuderis 😂. Pasalnya ada banyak benda nak kena dibayor & at the same time nak kena save budget juga untuk pergi konvo Sarah hujung bulan ni nanti. Lepas tu nak kena standby bayar duit lawyer rumah juga, hutang si Sarah, loan motor, hibah...bla3! Banyaklah! 😅

 


Payment lawyer tu urgent! Kalau tak bayar memang lawyer tak process lah gamaknya urusan jual beli rumah Syu. Nasib baiklah lawyer rumah tinggal balance payment lagi RM500 jer nak kena di setelkan. Kalau ada lagi ribu riban nak kena bayar memang jenuhlah dibuatnya. 


Hutang Sarah tak apa. Dia kata dia tak berapa urgent sangat nak pakai duit. But as kakak yang bertanggungjawab, kita tetap nak bayar juga sikit-sikit tiap-tiap bulan . At least tak terasa berat nak bayar dikemudian hari. Apa-apa pun bulan Ogos, please be nice & run smoothly ya! Tak nak terciduk, terpelecok terpeciduk semua tu. Big NO okay! 🥹


رَبِّ يَسِّرْ وَلَا تُعَسِّرْ رَبِّ تَمِّمْ بِالْخَيْرِ


Ya Allah, Engkau permudahkanlah, dan jangan Engkau susahkan. Ya Allah, Engkau akhirkanlah dengan kebaikan.

Welcome Awwww..gosh! 🫣

Ogos 01, 2025

Jun 27, 2025

Salam Awal Muharram Bloggerian Syuderis.com!

Awal Muharram 2025


Salam awal muharram semua. Rasa berat sebenarnya nak beralih ke tahun baru. Banyak kejadian & banyak juga kenangan yang Syu masih belum ready untuk move on. Tapi, apalah daya Syu. Hidup kena diteruskan.



Semoga tahun ini baik-baik saja buat Syuderis.com & semua bloggerian Syu. Kita hanya mampu merancang. Selebihnya Allah yang aturkan. Terima kasih sebab masih setia membaca coretan & dengar celoteh Syu.


Doa Awal Tahun


بسم الله الرحمن الرحيم


الْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ. والصَّلاةُ والسَّلامُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ أَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِينَ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ. اللَّهُمَّ أَنْتَ الْأَبَدِيُّ الْقَدِيمُ الْأَوَّلُ، وَعَلَى فَضْلِكَ الْعَظِيمِ وَكَرَمِ جُودِكَ الْمُعَوَّلِ، وَهَذَا عَامٌ جَدِيدٌ قَدْ أَقْبَلَ ، نَسْأَلُكَ الْعِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الشَّيْطَانِ وَأَوْلِيَائِهِ ، وَالْعَوْنَ عَلَى هَذِهِ النَّفْسِ الْأَمَّارَةِ بِالسُّوْءِ، وَالْإِشْتِغَالَ بِمَا يُقَرِّبُنَا إِلَيْكَ زُلْفَى يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ


Segala puji bagi Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW semulia-mulia Nabi dan Rasul, dan ke atas keluarga dan sahabat baginda seluruhnya. Ya Allah Engkaulah Tuhan yang Kekal Abadi, yang Qadim lagi Awal tiada permulaan, dengan limpah kurnia-Mu yang besar dan kemurahan-Mu yang sejati, telah tiba tahun yang baharu ini kepada kami, maka kami memohon kepada-Mu pemeliharaan daripada syaitan dan tentera-tenteranya, dan kami memohon pertolongan menghadapi godaan nafsu ammarah yang sentiasa mengajak kepada kejahatan, dan kami memohon pertolongan untuk sentiasa melakukan apa-apa amalan yang dapat menghampirkan kami kepada-Mu sehampir-hampirnya, wahai Tuhan yang empunya kebesaran dan kemuliaan.


وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ لِلهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ




Salam Awal Muharram Bloggerian Syuderis.com!

Jun 27, 2025

Jun 22, 2025

Selamat Hari Lahir Si Darah Manis!

Beli kek 1 slice. Beli besar karang siapa nak makan 😂. Kita tengah control makan benda-benda manis.


Tak teringat langsung birthday si budak Chaoi ni sama date dengan birthday kawan office Syu si Wana tu. Nasib baik ada balik kampung. Dapatlah celebrate birthday si bujang berdarah manis ni. Since ramai adik-beradik tak ada balik. Jadi, kita sambut simple-simple jer.


Suap jelah. Walaupun udah besar panjang 🤭. 


Hero mak yang last. Tak banyak hal. Tapi masa kecik kerap beno sakit 😅. 


Selamat hari yang ke-25 Chaoi. Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki & dipermudahkan segala urusan. Cepat beno besar pun. Dulu masa kecil selalu minta akak bancuh susu milo 😂. Pejam celik esok lusa dah nak berbini dah.

Selamat Hari Lahir Si Darah Manis!

Jun 22, 2025

Jun 21, 2025

Selamat Hari Lahir Syazwana Zailani!

Muka ada sinyium 🤪.


Buat Syazwana Zailani. Officemate seperjuangan. Regu bergosip & teman bersyahdu. Selamat hari lahir yang ke-37 diucapkan 🎉🎂 - Birthday kamu sama dengan Chaoi rupanya! Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki & diberikan kesihatan yang baik 🫂❤️.


Kita wefie dulu sebelum balik! 🤭💕


Menung kejap tengok. Kita tengah control makan benda manis masalahnya 😂. 


Kamu memang officemate yang bagus. Tak berkira & suka bersedekah. Ramah. Tiga suku pun ya! Terima kasih sebab mampu bertahan bersama-sama sampai ke hari ni 😂. Nak "cabut" dari sini kabor siang-siang. Boleh join sekali! 🤭

Selamat Hari Lahir Syazwana Zailani!

Jun 21, 2025

Jun 01, 2025

Cuci Mata Di FAMA Fest Festival Perak 2025

Baru-baru ni Syu berkesempatan ke FAMA Fest 2025 yang berlangsung dengan cukup meriah di RTC Gopeng, Perak. Acara yang dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) ni memang tak pernah mengecewakan. Dia punya meriah kali ni lain macam tau korang!


Kena pula penganjur buat time cuti sekolah. Lagi bertambah-tambah meriahlah jawabnya. Ada macam-macam aktiviti menarik di FAMA Fest kali ni - Buah fresh dari ladang, jualan produk IKS & pertanian, barangan kraftangan, promosi produk pelancongan & macam-macam lagi!


Alang-alang rumah dah dekat takkan tak nak pergi kan? Jadi, masa hari pembukaan Syu sempatlah juga pergi ke sana cuci mata. Bukan apa, saja nak tengok apa yang menarik. Syu pergi time malam. So, dapatlah tengok persembahan nyanyian dari Dato' Jamal Abdillah & dengar ceramah Ustaz Kazim 😁.

 

Ada pameran terrarium & jualan anak pokok. 


Cantik betul bunga orkid yang diorang bela. Macam-macam warna ada!


Nak beli kudap-kudap wajib singgah sini. Ada bermacam-macam produk IKS dijual dekat sini.


Memang best FAMA Fes Festival tahun ni. Tetamu jemputan bukan kaleng-kaleng tau. Start dari penyanyi, penceramah bebas sampailah ke influencers. Ada banyak pameran berilmiah untuk kita tambah pengetahuan pasal pertanian dekat FAMA Fest Festival ni. Lepas tu kalau lalu kat booth produk IKS, sepanjang-panjang jalan dapat tester. Lalu situ saja udah kenyang kome! Belum singgah kiosk & food truck lagi 🤭. Banyak barang pemakan. Meriah!

 


Tips Dari Syu Kalau Nak Join FAMA Fest Akan Datang

 

📍 Datang awal pagi – tak terlalu panas & parking banyak!

👜 Bawa beg shopping/wagon/trolley – senang nak usung barang. confirm banyak benda nak beli

📸 Ambil gambar! Banyak spot menarik & colourful

💰 Payung/topi – Panas lit-lit kome kalau datang time siang!

Cuci Mata Di FAMA Fest Festival Perak 2025

Jun 01, 2025