Cuci Mata Di FAMA Fest Festival Perak 2025

Jun 01, 2025

Baru-baru ni Syu berkesempatan ke FAMA Fest 2025 yang berlangsung dengan cukup meriah di RTC Gopeng, Perak. Acara yang dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) ni memang tak pernah mengecewakan. Dia punya meriah kali ni lain macam tau korang!


Kena pula penganjur buat time cuti sekolah. Lagi bertambah-tambah meriahlah jawabnya. Ada macam-macam aktiviti menarik di FAMA Fest kali ni - Buah fresh dari ladang, jualan produk IKS & pertanian, barangan kraftangan, promosi produk pelancongan & macam-macam lagi!


Alang-alang rumah dah dekat takkan tak nak pergi kan? Jadi, masa hari pembukaan Syu sempatlah juga pergi ke sana cuci mata. Bukan apa, saja nak tengok apa yang menarik. Syu pergi time malam. So, dapatlah tengok persembahan nyanyian dari Dato' Jamal Abdillah & dengar ceramah Ustaz Kazim 😁.

 

Ada pameran terrarium & jualan anak pokok. 


Cantik betul bunga orkid yang diorang bela. Macam-macam warna ada!


Nak beli kudap-kudap wajib singgah sini. Ada bermacam-macam produk IKS dijual dekat sini.


Memang best FAMA Fes Festival tahun ni. Tetamu jemputan bukan kaleng-kaleng tau. Start dari penyanyi, penceramah bebas sampailah ke influencers. Ada banyak pameran berilmiah untuk kita tambah pengetahuan pasal pertanian dekat FAMA Fest Festival ni. Lepas tu kalau lalu kat booth produk IKS, sepanjang-panjang jalan dapat tester. Lalu situ saja udah kenyang kome! Belum singgah kiosk & food truck lagi 🤭. Banyak barang pemakan. Meriah!

 


Tips Dari Syu Kalau Nak Join FAMA Fest Akan Datang

 

📍 Datang awal pagi – tak terlalu panas & parking banyak!

👜 Bawa beg shopping/wagon/trolley – senang nak usung barang. confirm banyak benda nak beli

📸 Ambil gambar! Banyak spot menarik & colourful

💰 Payung/topi – Panas lit-lit kome kalau datang time siang!

Comments

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!