Jun 23, 2025
Makan Malam Di Rohani Ikan Bakar Kuala Perlis

Selesai jalan-jalan cuci mata di Padang Besar, kitaorang semua makan malam pula di Medan Ikan Bakar Kuala Perlis - Tempatnya dah tak jauh dah dari homestay. Dalam 15 minit macam tu jer.
Dekat medan selera ni, ada banyak pilihan kedai makan korang boleh pilih - Kitaorang pilih Rohani Ikan Bakar. Mostly menunya adalah berasaskan makanan laut. Seafood kat sini semua fresh tau! - Yang ada gout AWAS ya 😂!
![]() |
| Ada banyak pilihan seafood korang boleh pilih 😋. |
Just pilih & timbang seafood yang korang nak - Harga berbeza-beza ikut jenis seafood. Then korang suruh orang kedai tu masakkan. Ikut lah nak masak style apa pun. Diorang boleh buatkan. Macam kitaorang wajib ada ikan bakar & udang buttermilk! 😋
![]() |
| Ikan bakar & udang buttermilk wajib ada! 🤤 |
Honestly, ikan bakar & udang buttermilk kat sini memang sedap sangat. Kalau datang Perlis memang Rohani Ikan Bakar jadi pilihan. Tauke kedai pun sampai dah kenal 😂. That's dia berani bagi harga kasih sayang. Pasal dia tahu kitaorang akan repeat makan sini lagi & lagi 🤭.
[P/S: Kalau makan kat sini kena duduk dekat meja diorang jer tau. Tak boleh order makan kedai lain lepas tu duduk dekat meja kedai lain. Nanti kena marah 🥹]
Jun 21, 2025
Cuci Mata Di Padang Besar Perlis

Memandangkan lepas majlis bertunang hari tu tak ada aktiviti nak buat. So, lepas balik homestay tukar baju & solat semua, kitaorang terus gerak ke Padang Besar Perlis. Dari homestay agak jauh sikitlah nak pergi ke sana. Dalam 45 minit macam tu.
![]() |
| Ramai manusia. Almaklumlah, tengah cuti sekolah. |
![]() |
| Dekat banggunan baru ni ada juga orang berjual. Tapi kena pandai tengok harga. |
Since, ada yang belum pernah merasa jejakkan kaki ke Padang Besar. Jadi, kita pun bawalah diorang pergi jalan-jalan cuci mata dekat sana. Lagipun, bukan selalu diorang datang ke negeri Perlis ni.
![]() |
| Datang sini memang wajib beli colek buah. Sebungkus RM10 jer. |
![]() |
| Dalam Padang Besar Warenart ni pun ada jual macam-macam barang jugak & harga dia lebih murah sikit. |
![]() |
| Rambang mata dibuatnya kome! |
Dah alang-alang ambil cuti, pergi jelah ke sana terus kan? Baru tahu macam mana rupa Padang Besar yang orang selalu dok jaja-jaja tu. Macam Syu, Syu dah tak kesah dah. Pasal dah kerap sangat datang ke Perlis ni bercuti 😂 - Dah jadi port wajib dah bila datang ke negeri Perlis ni!
September 29, 2024
Kupi-kupi di Kupi Kahfi
Julai 29, 2024
Alkisah Glamping Di Gunung Medan Perlis
Hari tu Syu tunjuk view sunrise Gunung Medan masa time subuh kan? Ini cerita penuhnya. Kalau korang nak tahu, hari Jumaat hari tu kitaorang laki bini pergi bercuti ke Perlis 😬. Selesai tabur duit dekat Padang Besar, kitaorang bermalam di Kuala Perlis pula sebab husband Syu cakap dia teringin nak makan seafood fresh dekat medan ikan bakar sana.
Since dekat pekan hotel banyak dah fully booked. Kitaorang pun cubalah ber-glamping satu malam di Gunung Medan Glamping & Cafe Perlis. Lokasinya pun dah tak jauh dah dari pekan Kuala Perlis. Dalam 12 minit je dari tempat kitaorang glamping. So, hari ni Syu nak cerita sikitlah pengalaman ber-glamping dekat sana macam mana 🤭.
![]() |
| Total dome ada 6. Ada Family Dome & Super Family Dome 🤭. |
Mula-mula Syu ingatkan tempatnya biasa-biasa je tau. Bila dah sampai. Rasa terpegun gila tengok dome-dome yang ada dekat situ 😂! Sumpah comel! Dia punya view tu macam duduk dekat oversea pun ada. Rasa macam tak percaya dekat area Kuala Perlis ni ada port glamping yang cantik untuk pergi healing. Tempatnya bersih. Suasana pun tenang & damai je. Kira jauhlah dari hiruk-pikuk bandar 😌.
![]() |
| Untuk family dome ni boleh muat dalam 3-4 orang 👨👩👧👦. Harga RM170/malam untuk hari Khamis hingga Jumaat & Public Holiday). Hari lain RM120/malam. |
Dalam dome jangan cakaplah. Kelengkapan semua serba serbi lengkap Syu tengok. Masuk dekat dalam je terus
rasa tak nak keluar-keluar tau. Tambah-tambah boleh tengok movie. Aircond-nya pun boleh tahan sejuk🤣. Memang
lena betul tidur dibuatnya. Servis penghantaran makanan pun ada disediakan juga - Senarai menu & harga makanan ada diletakkan sekali dalam bilik.
Untuk pengetahuan korang, parking space dekat sini agak limited sikit sebab tempatnya berbukit. Tapi, kalau korang ambil dome 1,2 & 3, korang boleh parking kereta betul-betul depan dome. Cuma dome 4 sampai 6 sahaja korang tak boleh parking depan dome sebab laluan nak masuk ke glamping area tu agak sempit.
Setiap dome ni ada disediakan kerusi, tempat memanggang & kepala paip. Nak ke tandas & bilik mandi, korang kena menapak ke belakang sikit dalam 50 meter - Malam-malam pergi tak scary pun sebab tempatnya terang berderang.
Sunset & sunrise sumpah cantik!
![]() |
| View paling mahal! Cantik kan? 🥰 |
Sambil-sambil ber-glamping, korang juga boleh cuci mata tengok pemandangan sunrise & sunset. Nak view lagi cantik, korang kena naik & tengok Viewpoint Gunung Medan. Dari tapak glamping jaraknya cuma 100 meter je - Insect repellent jangan lupa pakai tau. Nyamuk banyak sepanjang trek nak naik ke view point tu!
Setel tengok pemandangan, korang bolehlah lepak minum-minum petang dekat Glass Cafe Gunung Medan ni. Ada macam-macam makanan & minuman ada jual dekat situ. Cafe ni dibuka kepada pengunjung setiap hari dari jam 5 petang sampai 11 malam. Sabtu Ahad ada buka sekejap waktu pagi sampai 10 pagi. So, bolehlah kalau korang nak singgah breakfast.
![]() |
| On the way nak naik ke Viewpoint Gunung Medan korang boleh nampak cafe ni dekat sebelah kiri. |
Actually, Syu cadang nak sambung glamping lagi satu malam. Malangnya,
dome yang kitaorang duduk tu dah fully booked sampai hari Ahad 🥹. Sedih kan! So nak tak nak, terpaksalah kitaorang check out juga tengahari Sabtu
tu. Rasa menyesal pula tak book dua malam terus. Next time kalau datang sini,
nak booking terus 2 malam. Baru puas hati!
Januari 15, 2023
Berendam Di Hotspring Baling Ulu Legong Kedah
![]() |
| Pemandangan dari Chalet Pool View - KREDIT FOTO : Wan Fariza |
Kalau di negeri Perak. Kolam air panas yang paling famous, semestinya Hotspring Sungai Klah yang terletak di Sungkai, Perak - Pada Syu, hotspring sini best lagi. Di negeri Kedah pula, kita ada Hotspring Baling Ulu Legong. Hotspring ni terletak di mukim Siong kira-kira 22 kilometer dari Pekan Baling.
Actually dah lama juga Syu tak jejakkan kaki ke Hotspring Ulu Legong ni sebenarnya. Kali terakhir Syu datang ke sini, masa Syu singgah rumah kawan di Sungai Petani. Kebetulan esoknya dia satu famili nak pergi mandi-manda di sana. Jadi, diajaknya Syu sekali. Masa tu, tak ada apa yang menarik pun dekat sini. Even chalet & kolam pun belum ada lagi masa tu.
Banyak betul perubahan dah dibuat dekat sini. Dah jadi semakin cantik dah tempatnya Syu tengok. Sekarang dah ada macam-macam kemudahan & kelengkapan - Rumah rehat, chalet, tandas, kafe, dll. Kolam air panasnya pun dah diperbanyakkan dengan kedalaman & tahap kepanasan air yang berbeza.
Buka 24 jam setiap hari
Kalau korang nak tahu, Hotspring Baling Ulu Legong (Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong) ini dikawal selia sepenuhnya oleh Jabatan Pembangunan Pelancongan dan Rekreasi Majlis Daerah Baling, Kedah & ia dah mula beroperasi sejak tahun 1998 lagi. Hotspring ni dibuka kepada pengunjung 24 jam setiap hari.
![]() |
| Paling best datang sini masa weekdays. Orang tak ramai. Boleh berendam dengan tenang 😬. |
![]() |
| Setiap kolam berbeza kedalaman & tahap kepanasannya. Untuk kolam kanak-kanak korang boleh mandi yang dekat dengan pintu masuk hotspring. |
Kalau korang booked sekali dengan chalet, dapatlah korang berendam dari pagi sampai ke malam 🤭. Kalau korang tak nak tidur dekat chalet & bawa khemah sendiri pun boleh. Tak jadi masalah. Pasang jer dekat tepi kolam air panas tu. Staff situ pun tak melarang. Esok pagi udah siang korang check in lah mana-mana homestay/hotel.
Lagipun, dalam pukul 9 pagi macam tu staff akan minta kosongkan kawasan hotspring pasal diorang nak buat kerja-kerja pembersihan. Hari tu, Syu sampai sana dalam pukul 2 pagi. Staff dekat kaunter bagi separuh harga jer untuk tiket. Jawabnya memang sampai ke subuh lah kitaorang laki bini berendam 😁 - Malam berendam, siangnya membuta. Malam-malam boleh dikatakan ramai juga orang datang berendam kat sini tau.
![]() |
| Kolam air panas utama. Sini paling panas! |
![]() |
| Malam-malam memang syok berendam air panas. Kena pula orang tak ramai 😁. |
![]() |
| View Hostpring Baling time waktu siang. Cantik kan? |
![]() |
| Ni antara kemudahan chalet yang ada dekat sini. |
![]() |
| Waktu malam sampai ke pagi bolehlah nak mandi air panas lagi. Masuk tengahari memang tidaklah. Hangat pijor kome! |
![]() |
| Selalu waktu siang staff sini akan buat pembersihan. Kolam air panas ni dicuci setiap hari supaya kolamnya kekal bersih. |
Dekat Hotspring Baling ni ada 9 kolam air panas. Setiap kolam berbeza-beza level kepanasan & kedalamannya. Paling panas kolam yang ada pagar tu. Situ memang panas. Letak telur ayam pun boleh masak tau 😅. Jangan ler gatal-gatal pergi celup kaki dekat situ. Jadi daging rebus terus korang nanti.
![]() |
| Bergambar sikit sebelum bergerak ke destinasi yang seterusnya 🤭. |
Untuk tempahan chalet & details lanjut berkenaan hotspring ni, korang boleh layari sendiri website Tourism Baling. Harga chalet memang terlajak murah. Nak puas hati,korang ambil chalet yang betul-betul berhadapan dengan kolam budak. Tak ada jauh nak berjalan. Ngam-ngam lepas pintu masuk jer chaletnya. Lepas berendam kat sini, jangan lupa singgah ke Muzium Kampung Memali. Ada banyak peristiwa bersejarah korang boleh belajar - Syu tak sempat singgah sana pasal ada agenda lain.

























