Santai-santai Taman Tasik Taiping

Julai 18, 2026

Dari Beruas nak ke Taiping dah tak jauh dah bila guna Highway WCE. Kalau drive santai-saintai ada lah dalam sejam macam tu. Memandangkan dah lama tak lepak Taman Tasik Taiping, kita pun ajaklah mak & Sarah ke sana. Niat asal nak makan yong tau fu. So, sementara nak tunggu kedai yong tau fu kat Bomba tu buka, kita merayaplah kejap cuci mata, lepak-lepak, makan aiskrim & boatride kat Taman Tasik Taiping sana.


Taman Tasik Taiping ni kalau time hujung minggu memang toksah cakaplah. Sesak yahamat. Pengujung yang datang memang ramai. Tambah bila time weekend. Jalan jammed. Kenderaan pula tak putus-putus keluar masuk. Dari matahari terbit sampailah matahari dah tenggelam. Kita yang duduk berjiran dengan Taiping ni pun dok tertanya-tanya. Apa benda yang menarik kat Taman Tasik Taiping ni sampai sesak-sesak. Bukan ada tasik jer ke 😂?

 

Taman Tasik Taiping
Cantik view-nya kan. Ni kalau lepak petang-petang lagi best. Redup jer rasa.


Dulu, Taman Tasik Taiping ni sendu. Sekarang dah ada macam-macam aktiviti pengunjung boleh buat bila datang kat sini. Ada yang datang bersenam, berpiknik, boat ride, cycling, photoshoot wedding, JJCM (Jalan-jalan cari makan). Yang main golek-golek atas rumput pun hado tau!- Grounding lettew gamaknya 😅.

 

Kalau korang nak tahu, Taman Tasik Taiping ni asalnya bekas tapak perlombongan bijih timah. Then dalam tahun berapa entah, Kolonel Robert Sandilands Frowd Walker jadikan tapak perlombongan ni taman awam untuk tempat orang datang beriadah-Kat blog Orang Perak ada cerita pasal sejarah Taman Tasik Taiping ni. Korang boleh baca kat situ.

 

Taman Tasik Taiping ni antara taman awam tertua di Malaysia & memang cukup sinonim dengan Pokok Hujan-Hujan (Samanea saman). Majoriti pokok-pokok yang ada kat Taman Tasik Taiping ni semuanya dah tua-tua & kebanyakkannya dah mencecah usia ratusan tahun. Saiz pokok-pokok yang ada kat sini semuanya besar-besar belaka. Sampai dah sujud ke bumi & bertongkat dengan besi pun ada!


Taman Tasik Taiping
Cuaca panas sebenarnya masa ni. Tapi terasa redup sebab ada pokok hujan-hujan ni. 


Taman Tasik Taiping
Dah penat berjalan. Next kita try boat ride pula. Sejam RM30 jer.


Boat ride
Untuk boat ride kita decide guna e-boat jer. Tak payah nak kayuh-kayuh bagai. Just control stering & speed jer 😁.


Taman Tasik Taiping ni best! Datang sini tengahari rembang pun rasa redup & berangin jer. This time kita jalan-jalan cuci mata & buat aktiviti boat ride jer dulu. Lain kali datang sini, kita bawa periuk nasi & lauk-pauk terus. Bentang tikar getah, piknik satu famili kat sini 😆. Bertambah-tambah meriah Taman Tasik Taiping lepas ni!

Comments

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!