Julai 18, 2026
Santai-santai Taman Tasik Taiping

Dari Beruas nak ke Taiping dah tak jauh dah bila guna Highway WCE. Kalau drive santai-saintai ada lah dalam sejam macam tu. Memandangkan dah lama tak lepak Taman Tasik Taiping, kita pun ajaklah mak & Sarah ke sana. Niat asal nak makan yong tau fu. So, sementara nak tunggu kedai yong tau fu kat Bomba tu buka, kita merayaplah kejap cuci mata, lepak-lepak, makan aiskrim & boatride kat Taman Tasik Taiping sana.
Taman Tasik Taiping ni kalau time hujung minggu memang toksah cakaplah. Sesak yahamat. Pengujung yang datang memang ramai. Tambah bila time weekend. Jalan jammed. Kenderaan pula tak putus-putus keluar masuk. Dari matahari terbit sampailah matahari dah tenggelam. Kita yang duduk berjiran dengan Taiping ni pun dok tertanya-tanya. Apa benda yang menarik kat Taman Tasik Taiping ni sampai sesak-sesak. Bukan ada tasik jer ke 😂?
![]() |
| Cantik view-nya kan. Ni kalau lepak petang-petang lagi best. Redup jer rasa. |
Dulu, Taman Tasik Taiping ni sendu. Sekarang dah ada macam-macam aktiviti pengunjung boleh buat bila datang kat sini. Ada yang datang bersenam, berpiknik, boat ride, cycling, photoshoot wedding, JJCM (Jalan-jalan cari makan). Yang main golek-golek atas rumput pun hado tau!- Grounding lettew gamaknya 😅.
Kalau korang nak tahu, Taman Tasik Taiping ni asalnya bekas tapak perlombongan bijih timah. Then dalam tahun berapa entah, Kolonel Robert Sandilands Frowd Walker jadikan tapak perlombongan ni taman awam untuk tempat orang datang beriadah-Kat blog Orang Perak ada cerita pasal sejarah Taman Tasik Taiping ni. Korang boleh baca kat situ.
Taman Tasik Taiping ni antara taman awam tertua di Malaysia & memang cukup sinonim dengan Pokok Hujan-Hujan (Samanea saman). Majoriti pokok-pokok yang ada kat Taman Tasik Taiping ni semuanya dah tua-tua & kebanyakkannya dah mencecah usia ratusan tahun. Saiz pokok-pokok yang ada kat sini semuanya besar-besar belaka. Sampai dah sujud ke bumi & bertongkat dengan besi pun ada!
![]() |
| Cuaca panas sebenarnya masa ni. Tapi terasa redup sebab ada pokok hujan-hujan ni. |
![]() |
| Dah penat berjalan. Next kita try boat ride pula. Sejam RM30 jer. |
![]() |
| Untuk boat ride kita decide guna e-boat jer. Tak payah nak kayuh-kayuh bagai. Just control stering & speed jer 😁. |
Taman Tasik Taiping ni best! Datang sini tengahari rembang pun rasa redup & berangin jer. This time kita jalan-jalan cuci mata & buat aktiviti boat ride jer dulu. Lain kali datang sini, kita bawa periuk nasi & lauk-pauk terus. Bentang tikar getah, piknik satu famili kat sini 😆. Bertambah-tambah meriah Taman Tasik Taiping lepas ni!
November 21, 2021
Ronda-ronda Taiping Bandar Warisan
Okay, ni alkisah hari Isnin minggu lepas. Nak bercerita macam biasalah mood "M" berleluasa 😂. So, hari ni baru ada kerajinan sikit nak buka laptop. Ini pun curi-curi masa jugak nak coretkan sesuatu dekat blog tau. Nak dijadikan cerita, kitorang laki bini rasa malas sungguh nak masuk kerja Isnin hari tu. Jadinya, kitorang masing-masing merancang bercuti sakit secara sengaja 😁. Sekali sekala apa salah ponteng kerja kan. Tapi, nak ponteng pun mesti kena dengan cara yer. Bukan sembrono jer "miss in action" tanpa sebab & bukti. Itu memang meminta sangat untuk dimaki berguni-guni dengan bos.
So, pagi-pagi Isnin tu, Syu & husband masing-masing pergi klinik panel ambil medical leave (ML). Untuk tahun ni, ML Syu memang tak pernah ambil langsung. Jadi, Syu manfaatkan sisa-sisa ML yang ada untuk pergi jalan-jalan. Takkan nak ambil emergency leave (EL) pulak kan. Rugi cuti tahun Syu. Dah lah Syu dah plan nak guna cuti tahun tu untuk pergi berkhemah pertengahan bulan Disember nanti.
Sejujurnya, memang Syu tak berapa sihat pun hari tu. Tapi, sakitnya tak ada lah teruk sangat sampai tak boleh bangun. Yang pasti, lepas jalan-jalan pusing satu Taiping eloklah segar bugar dibuatnya 😂. Hilang segala sakit kepala bagai. Nampak gayanya, ni petanda sakit nak pergi jenjalan agaknya ni.
Lepas pergi klinik & dapat MC segala, kitorang pun berhora-hore lah ke Taiping. Saja jalan-jalan makan angin. Nak pergi time Sabtu & Ahad, encik husband pulak kerja. Bagus jugak pilih hari bekerja untuk jalan-jalan ni sebenarnya. Orang pun tak ramai. Highway pun lengang jer.
So, apa jer yang kitorang berdua buat dekat sana? Apa lagi kalau bukan jalan-jalan cari makan dekat Kuala Sepetang. Ingatkan, nak cubalah naik boat cruise & buat eagles sightseeing. Malangnya, cuaca pulak tak mengizinkan. Jadinya, kitorang hanya singgah makan & pusing-pusing Kuala Sepetang jelah.
![]() |
| 😌 Nak kata sedap sangat tu...tak jugak. Tapi boleh lah kalau takat nak bagi 3⭐. |
Sejujurnya, tak ada apa sangat pun kat Kuala Sepetang ni. Cuma Syu rasa sayang sebab kawasan dekat Kuala Sepetang ni macam tak berbela. Kalau dijaga elok,insyallah ada potensi untuk jadi kawasan ekepelancongan yang sama level macam dekat Kuala Selangor tu.
Sementara nak tunggu hujan berhenti, Syu & husband pun pergilah singgah makan dekat Mee Udang Laut Segar Pak Hashim. Nak singgah Mee Udang Mak Jah tak buka lah pulak. Makan dekat sini agak mahal jugak yer. Bila makan nasi goreng udang & mee udang dekat sini, teringat terus akak nasi goreng udang yang Syu selalu beli tu. Udangnya lebih kurang macam ni jugak. Harga pun tak sampai RM15 sepinggan 😅.
Lepas jer makan, kitorang pun ronda-rondalah pekan Taiping sekejap cuci mata. Nak jenjalan lebih-lebih dekat Kuala Sepetang macam tak ada apa sangat. Tambah pulak cuacanya tak berapa nak elok. Jadinya, kitorang cuci mata dari dalam kereta sajalah. Tak ada lah keluar kereta, sebabnya hujan punya pasal 😆. Start dari susur keluar Changkat Jering> Kuala Sepetang> Bandar Taiping> Kemunting> Semanggol sampai lah destinasi akhir Bukit Merah. Habis kitorang ronda. Lepas Magrib baru bergerak pulang ke sarang.
![]() |
| Lama tak singgah Bukit Merah. Kalau jumpa saudara dekat Semanggol tak pernah pun teringin nak pergi. Padahal dah dekat sangat dah tempatnya 😅. |
Masa on the way nak balik tu kitorang sempatlah singgah kejap dekat Ramly Mart di R&R Simpang Tiga, Semanggol. Ingat nak belilah fast food dia dekat Ramly Kiosk tu. Tapi bila tengok macam ramai manusia, Syu decided beli makanan sejuk beku jelah. Nak kata beli banyak tu taklah. Cukup sekadar nak merasa sesetengah produk Ramly yang susah nak dapat dekat pasaraya-pasaraya & kedai makanan sejuk beku yang ada dekat tempat Syu ni. So, itulah alkisah ponteng kitorang laki bini Isnin minggu lepas. 😁 Heeee~
![]() |
| Inilah hasil yang sempat dicekup. Cheese cake & keropok lekor memang sedap yakmat. Menyesal pulak beli sikit!! 😂 |







