Berendam Di Hotspring Baling Ulu Legong Kedah

Januari 15, 2023

Hotspring Baling Ulu Legong Kedah
Pemandangan dari Chalet Pool View - KREDIT FOTO : Wan Fariza


Kalau di negeri Perak. Kolam air panas yang paling famous, semestinya Hotspring Sungai Klah yang terletak di Sungkai, Perak - Pada Syu, hotspring sini best lagi. Di negeri Kedah pula, kita ada Hotspring Baling Ulu Legong. Hotspring ni terletak di mukim Siong kira-kira 22 kilometer dari Pekan Baling.


Actually dah lama juga Syu tak jejakkan kaki ke Hotspring Ulu Legong ni sebenarnya. Kali terakhir Syu datang ke sini, masa Syu singgah rumah kawan di Sungai Petani. Kebetulan esoknya dia satu famili nak pergi mandi-manda di sana. Jadi, diajaknya Syu sekali. Masa tu, tak ada apa yang menarik pun dekat sini. Even chalet & kolam pun belum ada lagi masa tu.


Banyak betul perubahan dah dibuat dekat sini. Dah jadi semakin cantik dah tempatnya Syu tengok. Sekarang dah ada macam-macam kemudahan & kelengkapan - Rumah rehat, chalet, tandas, kafe, dll. Kolam air panasnya pun dah diperbanyakkan dengan kedalaman & tahap kepanasan air yang berbeza.


Baling Hotspring Ulu Legong Kedah



Buka 24 jam setiap hari


Kalau korang nak tahu, Hotspring Baling Ulu Legong (Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong) ini dikawal selia sepenuhnya oleh Jabatan Pembangunan Pelancongan dan Rekreasi Majlis Daerah Baling, Kedah & ia dah mula beroperasi sejak tahun 1998 lagi. Hotspring ni dibuka kepada pengunjung 24 jam setiap hari.


Paling best datang sini masa weekdays. Orang tak ramai. Boleh berendam dengan tenang 😬. 


Setiap kolam berbeza kedalaman & tahap kepanasannya. Untuk kolam kanak-kanak korang boleh mandi yang dekat dengan pintu masuk hotspring.


Kalau korang booked sekali dengan chalet, dapatlah korang berendam dari pagi sampai ke malam 🤭. Kalau korang tak nak tidur dekat chalet & bawa khemah sendiri pun boleh. Tak jadi masalah. Pasang jer dekat tepi kolam air panas tu. Staff situ pun tak melarang. Esok pagi udah siang korang check in lah mana-mana homestay/hotel.

 

Lagipun, dalam pukul 9 pagi macam tu staff akan minta kosongkan kawasan hotspring pasal diorang nak buat kerja-kerja pembersihan. Hari tu, Syu sampai sana dalam pukul 2 pagi. Staff dekat kaunter bagi separuh harga jer untuk tiket. Jawabnya memang sampai ke subuh lah kitaorang laki bini berendam 😁 - Malam berendam, siangnya membuta. Malam-malam boleh dikatakan ramai juga orang datang berendam kat sini tau.


Kolam air panas utama. Sini paling panas!


Malam-malam memang syok berendam air panas. Kena pula orang tak ramai 😁.


View Hostpring Baling time waktu siang. Cantik kan?


Ni antara kemudahan chalet yang ada dekat sini.


Waktu malam sampai ke pagi bolehlah nak mandi air panas lagi. Masuk tengahari memang tidaklah. Hangat pijor kome!


Selalu waktu siang staff sini akan buat pembersihan. Kolam air panas ni dicuci setiap hari supaya kolamnya kekal bersih. 


Dekat Hotspring Baling ni ada 9 kolam air panas. Setiap kolam berbeza-beza level kepanasan & kedalamannya. Paling panas kolam yang ada pagar tu. Situ memang panas. Letak telur ayam pun boleh masak tau 😅. Jangan ler gatal-gatal pergi celup kaki dekat situ. Jadi daging rebus terus korang nanti.


Bergambar sikit sebelum bergerak ke destinasi yang seterusnya 🤭. 


Untuk tempahan chalet & details lanjut berkenaan hotspring ni, korang boleh layari sendiri website Tourism Baling. Harga chalet memang terlajak murah. Nak puas hati,korang  ambil chalet yang betul-betul berhadapan dengan kolam budak. Tak ada jauh nak berjalan. Ngam-ngam lepas pintu masuk jer chaletnya. Lepas berendam kat sini, jangan lupa singgah ke Muzium Kampung Memali. Ada banyak peristiwa bersejarah korang boleh belajar - Syu tak sempat singgah sana pasal ada agenda lain.

Comments

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!