Jun 12, 2025
Suweet Sangat Kome!

Lately, badan rasa macam lemah longlai. Tiap kali balik kerja mesti rasa lemau. Nak baring nak tido. Malas nak buat apa-apa. Pening-pening alhamdulillah tak ada. Cuma terasa penat sangat. Padahal kat office bukannya bergerak ke mana-mana pun 😬.
Entah macam mana, esoknya terdetik hati nak cek bacaan gula. Selalu cek kan untuk husband. Kali ni kita cek untuk diri sendiri pulak. Tengok-tengok noh!! Tinggi bacaannya. Suwit nak mampuih ni!! Naya kome 🙂↔️.
![]() |
Ni semalam & hari ni punya bacaan gula. Suwit nak mampuih kome 🙂↔️. Padahal Syu puasa tau. Dua-dua ni bacaan sebelum makan. |
Selalu kalau cek, normally bacaan gula Syu bawah 5.6mmol/L jer. Bila dah tengok bacaan macam ni, nampak gayanya memang kena start kawal pemakanan dah ni. Especially makan benda-benda manis.
Sekarang Syu tengah usaha reverse balik Syu punya gula guna formula Dr. Mani (FDM). Syu tengok ramai bagi feedback positif lepas follow FDM ni. Harap ada hasil lah hendaknya. Risau pulak tengok bacaan gula macam ni 😂.
Jun 22, 2021
Jerawat Bernanah Start Hilang Lepas Pakai Produk Ni
![]() |
KRIM TIDACT : Krim ni Syu pakai lepas Syu pakai toner. Tapi malam jelah. Sebab kalau Syu pakai waktu siang, kulit Syu jadi macam melengas 😂. Maklumlah, kulit Syu kan jenis berminyak. |
Setakat ni, produk-produk yang Syu listkan dekat atas ni jer yang berjaya menghelokkan muka Syu balek 😂. Ada dekat setahun lebih jugaklah Syu pakai produk-produk ni. Tapi sekarang, Syu memang tak pakai dah. Sebab jerawat bernanah tu dah totally hilang 😁. Syukur alhamdulillah...
Jun 07, 2021
Pulihkan Semula Kulit Guna Produk Penjagaan Kulit Lelaki
Hari ni Allah tarik sekejap nikmat kesihatan Syu. Start dari malam tadi badan tak berapa nak sihat. Dengan selemanya lepas tu dengan senggugut lagi. Memang kalahlah jawabnyer. Bila dok fikir-fikir balik lama jugak sebenarnya Syu tak kena selesema . Tapi bila kena tu siap dapat package combo lah pulak 😂. Ingatkan siang tadi nak sharelah sikit pasal pengalaman masalah kulit Syu dengan korang. Tapi disebabkan Syu dah makan ubat, maka mata ni dia punya mengantuk tu memang tak boleh bincang 😅. Yang Syu sempat buat just post thumbnails ni jer.
Start dari tengahari tadi memang membuta jer tak ingat dunia. Memang tak sedar langsung. Kuat betul ubat selesema yang Syu makan tu 😁. Malam ni alhamdulillah. Dah start recover balik. Malam-malam macam ni baru dapat luangkan masa nak berblogger. Harap korang sudilah nak membaca. By the way, berbalik kepada tajuk cerita. Apa yang Syu nak share ni adalah berdasarkan pengalaman Syu sendiri sebenarnya. Memang betul Syu dah tak pakai produk penjagaan kulit orang perempuan. Terutamanya pencuci muka. Start Syu lepas habis belajar memang Syu tukar terus pencuci muka, tu pun lepas accidentally terpakai pencuci muka adik lelaki Syu. Brand Garnier kalau tak silap Syu. Kulit Syu ni kalau korang nak tahu memang jenis berminyak & senang breakouts.
![]() |
Last time Syu pakai yang AcneFight. Sekarang Syu pakai Turbolight Oil Control. |
Sekarang ni alhamdulillah. Muka Syu memang dah tak macam muka orang pecah rumah dah. Tu pun lepas tukar ke pencuci muka orang lelaki. Nak kata pelowles sangat tu tak lah. Tapi, kesan periuk api tu masih jugaklah boleh nampak 😁. Actually, banyak jugak Syu spent duit beli produk penjagaan kulit tapi semuanya tak berkesan. Even produk mahal pun sama. Tetap tak jalan. Pada Syu, pencuci muka wanita ni dia agak mild sikit untuk Syu. So kesan dia tu macam tak berapa sangat. Atau mungkin kulit Syu bukan kulit orang pompuan agaknya 😂. Tu yang tak sesuai tu.
![]() |
Sekarang pakai yang ni 😁. |
Mei 20, 2021
Dah Masak Tapi Hujung-hujung Berbeli Jugak!! 😂

Alkisahnya, hari ni Syu puasa. Tekak ni teringin pulak nak makan mee bandung udang kat Warung Ina Tomyam. Kalau ikutkan, lepas balik kerja Syu dah submit order kat K. Ina ni dah. Ingatkan kedai dia tak buka sebab wassap yang Syu hantar tak berbalas. Jadi penyudahnya Syu masak jelah.
![]() |
Tengoklah udang dia. Besau-besau 😋. Dalam mee ni saja dah dekat 6 eokor udang😇. |
Dalam tengah dok sibuk kelentang kelentung kat dapur at the end K. Ina tiba-tiba telefon suruh ambik makanan. Ahhhh...sudah...makanan yang Syu masak dah siap dah ni😂. Udah clash pulak dengan order K. Ina. Kalau belum siap at least boleh lah cancel lagi. Ni dah siap masak. Nak cancel order karang malu pulak. Dah lah kita ni regular customer dia. Tak syok la kan...Nak tak nak pergi jelah amik. Kesian. Rugi pulak nanti tauke kedai. Lagipun bukan mahal mana pun mee bandungnya. RM7 jer.
![]() |
Puas makan. Harga pun murah!!👍🏼 |
Actually Syu order dua. Satu mee bandung udang & satu lagi nasi goreng udang. Yang nasi goreng udang ni untuk big boss😆. Yang ni memang feveret dia. Selalu kalau pesan makanana dari K. Ina memang dua menu ni jer yang Syu & encik suami suka repeat order. Kalau macam ni, makanan yang Syu masak tadi tu nampak gayanya bawak ke esok lah jawabnyer😂. Aduhai...
![]() |
😁 Bawah nasi tu ada lagi udangnyer. |
BISMILLAHIRRAHMANIRAHIM 🤲🏻 JEMPUT MAKAN 😊
November 11, 2019
Sungguh!!Jodoh Itu Rahsia Allah!!
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah"
[Adz-Dzaariyaat : 49]
Allahummagh firli zunubi wa li wa lidayya warhamhuma kama rabbayani soghiro
“Ya Allah! ampunilah dosaku dan dosa kedua orang tuaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil.”
Agak lama juga mak menunggu kepulangan abah ke pangkuan dia. Dengan berkat kesabaran & doa mak, akhirnya dengan izin Allah abah buat keputusan untuk bernikah semula dengan mak. Walaupun tempoh untuk bersatu kembali tu agak lama, tapi andai jodoh itu Allah sudah tentukan, siapalah kita yang manusia biasa ini hendak pertikaikan.
"Barang yang lepas jangan dikenang
Kalau dikenang meracunlah diri
Tak guna menangis memilu
Makin sedih menambah derita"
"Lupakanlah semua yang lalu
Tidak kan nanti kembali semula
Barang yang lepas hai jangan dikenang
Kalau dikenang meracunlah diri"
[Allahyarham Tan Sri P.Ramlee]
Disember 14, 2018
Team Building Persatuan Daybreak
Actually agak lama jugak yer NGO Syu tak anjurkan aktiviti tahunan macam ni. Disebabkan dek kekangan waktu & kesibukkan committee members, jadi banyak aktiviti & program tahunan yang dirancang tak dapat dilaksanakan.
Almaklumlah, majoriti committee members sibuk dengan komitmen diorang masing-masing. Tambahan pula, tahun lepas & tahun ini ada banyak penyertaan dari penganjur-penganjur luar datang berkampung di DAYBREAK. Sampai tak menang tangan kitaorang semua dibuatnya.
Setelah banyak kali manager kitaorang berbincang & membodek Dato' Sandra Lee. Akhirnya pihak committee members pun bersetuju untuk anjurkan team building (TB) selama 3 hari 2 malam (3H2M) di Adelaine Villa & Rest House yang terletak di Gopeng, Perak. Tempat ni boleh dikatakan famous juga tau. Kalau tak silap Syu, Jalan-jalan Makan Angin TV3 pon penah datang sini buat review.
Team Building kali ni agak panjang juga tempoh dia, tapi Syu akan pendekkan penceritaannya. Bukan apa, kalau Syu nak bercerita apa yang jadi sepanjang tempoh tiga hari tu memang berkicap Syu nak menaip😆. Tu belum campur aktiviti-aktiviti selingannya lagi. Silap-silap korang pon boring nak baca.
Hari pertama (Ice breaking)
Pagi masa kitorang sampai tu, macam biasalah ada "ice-breaking" sikit. Mana-mana TB mesti ada "ice breaking" punya. Tapi tak lama mana pun. Busuk-busuk dalam sejam macam tu saja.
Lepas "ice-breaking" tu owner villa ajak breakfast & check-in bilik. Bilik dia memang best!! Besar & sangat selesa👍. Kalau nak buat family day memang best tempat ni tau. Even dia agak mahal, tapi memang berbaloi & puas hati.
Kalau korang nak tau TB kitorang ni memang santai-santai jer. Lepak-lepak, makan-makan, gossip-gossip & aktiviti lasak just sikit-sikit jer. Almaklumlah, banyak golongan veteran dalam ni.
So, aktiviti lasak tu agak terhad untuk kitorang buat. Bukan apa, takut ada risiko pula kat diorang-diorang ni nanti. Tapi tak apa, Syu lebih suka macam tu😁. Takde stres-stres macam TB masa sekolah dedulu. Siap kene torture bagai.
Disebelah malamnya pula, lepas dinner kitorang buat aktiviti night walk. Kalau ikutkan time siang tracknyer biashe-biashe saja. Tapi bila dah malam, track-nya tu jadi luar biasa & mencabar pula sebab gelap punya pasal.
Tambah-tambah time kitorang naik tu baru lepas hujan turun. Memang lagi peritlah jawabnya😖. Naik helok, turun berlemuih dengan tanah. Dengan jalan licin pastu berlecak pulak lagi. Rasanya, banyak kali jugaklah Syu terpelecok 😂.
Hari ke-2 (Sukan ekstrem)
Malam tadi memang tidur lena sangat-sangat. Ngam-ngam lepas dinner memang sorang pon tak berbunyi. Mungkin sebab penat gara-gara terciduk masa night-walk agaknyer. Ingat boleh lah nak sambung bergossip ke ape ke? 😂Hapah...semua hanyut...
![]() |
Bubur ikan bilis, tofu goreng & air kopi panas. |
Breakfast pagi ni boleh tahan jugak sedapnya. Tapi Syu just makan lite-lite jer. Bukan apa, pagi ni ada aktiviti water rafting, risau jugak kalau-kalau perut ni tiba-tiba buat hal. Hilang terus feel dibuatnya nanti.
![]() |
Second dishes🍴. |
Tapi dalam lite-lite tu ada jugak lah dua pinggan😂. Kat sini makannya style buffet tau. Sapa yang kuat makan tu boleh makan banyak mana yang korang suka. Jangan risau, tuan villa tak marah pon sebab korang dah bayar. So makan lah puas-puas okay.
Licin semuanya 🍴 |
Lupa nak inform satu perkara. Rules kat sini kalau lepas makan kene cuci pinggan & cawan sendiri tau. So, kalau boleh minimumkan penggunaan cawan & pinggan korang yer supaya tak susah korang nak basuh nanti. Okay?😉
Kembara air bermula!
Lepas jer breakfast maka bermula lah aktiviti kitorang yang seterusnya. Dari pagi sampai lah ke petang. Tapi honestly Syu cakap hari kedua memang epik!! Especially bila melibatkan white-water rafting ni. Memang adventure giler!!
So bagi penggemar sukan air, disini lah tempat yang sepatutnya korang berada. Package yang kitorang ambik ni harganya dalam RM80/pax termasuk guider, insurance & sijil.
Lepas part ni terus kemurungan kejap sebab air masuk hidung😞. Benci tau!! |
Sebagai persediaan awal sebelum korang nak start berafting guiders akan bagi briefing & bekalkan suit keselamatan yang lengkap untuk korang pakai supaya dapat mengelakkan kecederaan yang serius semasa korang berafting nanti. Pada awalnya Syu agak risau jugak lah nak join rafting ni sebabnya Syu tak reti berenang😆. Tapi dengan adanya guider-guider ni, alhamdulillah...keselamatan memang terjamin. Takut semua hilang & semua checkpoint Syu dapat cover dengan jayanya. |
Ini anne mulut dia paling bising. Start dari first checkpoint sampai lah ke final checkpoint mulut tak reti diam 😆. |
Dari starting checkpoint nak ke final checkpoint tu amibil masa dalam anggaran 3 jam macam tu lah. Lama kan?? Tapi bila korang dah sampai final checkpoint korang rasa nak repeat balik. Memang enjoy giler buat aktiviti water rafting ni.
Kena pulak kitorang punya guider memang jenis ramah & happy go lucky. So, kebosanan tu memang takde langsung. Kalau korang datang ke sini, Syu memang recommed sangat-sangat korang join sukan air ni. Sebab pengalaman dia memang lain macam.
Masa untuk memburu & diburu
![]() |
Yang pakai hat putih tu lah Chairman NGO kitorang. Dato' Sri Sandra Lee nama dia. Pakai baju Carlsberg tu pulak Syu punya manager. |
Selesai rafting, kitorang semua luchbreak kejap & dalam pukul 3 petang macam tu baru kitorang start main paintball. Sukan paintball ni memang Syu minat sangat. Masa study dulu, sukan lasak ni yang Syu paling suka selain hiking.
Tapi since umur nak cecah 30-an ni memang tak involve dah sukan-sukan macam ni, tambah-tambah kalau dah kahwin. Sukannya adalah di dapur😆!!So, bila dapat peluang macam ni apa lagi...memang seronok lah💃!!
Kalau, korang nak tau...Syu memang suka tembak-tembak orang ni 😈. Time ni memang Syu kena ganyang cukup-cukup dengan Syu punya officemates. Sebabnya dalam team Syu, Syu yang paling liat sikit nak mati. Diorang yang lain bengang lah especially Syu punya manager😆. Tapi hujung-hujungnya mati jugak sebab semua orang point kat Syu.
Pada korang-korang yang tak pernah tengok paintball gun, macam ni lah rupa paintball gun nyer. Cara pegang & tembak semua instructor akan bagitahu. |
Yang ni korang WAJIB pakai okey. Tak pakai yang ni memang instructor HARAMKAN korang masuk battlefield 😗. |
Ni kena memang perit😂. Yang pernah kena jer paham keperitannya. |
Habis jer main paintball, memang takde dah kitorang punya aktiviti. Just berehat & tunggu masa untuk waktu dinner. Tuan villa ada inform tadi siang yang malam ni diorang akan buat dinner BBQ. Memang syok lah jawabnyer. Dah lah buffet plak tu.
Ni antara dishes yang sempat Syu snap. Selebihnya semua habis masuk ke perut. Memang meriah betul menu dinner dekat villa ni. Asal habis jer makanan dalam tray, staff villa datang refill lagi. Tapi Syu ingatkan sekali lagi...PINGGAN MANGKUK BASUH SENDIRI YER!!😝
Alhamdulillah...Selesai sudah TB kitorang. Esok aktivitinya adalah BALIK!! Rasa macam lama sangat dah tinggal kan rumah ni😆. Jadi, kepada korang yang berminat & ada perancangan nak buat aktiviti kat Adelaine Villa & Rest House ni korang boleh pergi ke page diorang Adelaine Villa.com . Kat situ ada package lengkap sekali dengan diorang punya harga aktiviti & penginapan.
Mac 18, 2018
New Chapter Begin!!
يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَٰكُم مِّن ذَكَرٍۢ وَأُنثَىٰ وَجَعَلْنَٰكُمْ شُعُوبًۭا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓا۟ ۚ إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِندَ ٱللَّهِ أَتْقَىٰكُمْ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌۭHai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling taqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.[QS. Al Hujuraat (49):13]
بَارَكَ اللَّهُ لَكَ، وَبَارَكَ عَلَيْكَ، وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍSemoga Allah melimpahkan keberkahan kepadamu dan keberkahan atas pernikahanmu, serta mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan[Riwayat Ahmad, Abu Dawud, At-Tirmidzy, An-Nasa`iy, dan Ibnu Majah]
![]() |
Dah jadi laki bini pon tetap suka spoilkan gambar😂. Sorry lah abang cameraman. Mesti berkicap dia nak cari angle amik gambar kahwin kitorang. |
FAMILY & FRIENDS BELAH SYU
Ni lah dia heroin-heroin keluarga Pak Derih!!😆 |
Yang depan tu hero-hero family Pak Derih😅. Pak Derih yang dok angkat tangan nun. |
KIRI: Geng jimba-jimba mase zaman study dedulu. KANAN: Geng main pondok-pondok kat umah tok. |
Next round,family ni pulak bakal bergabung dengan family Pak Derih😆. |
Ni kazen mazen Syu. Belah abah Syu jugak. Belah mak tak tau mana hala😅 (Jap,korek gambar lagi!!kot-kot ada jumpa) |
![]() |
Hah, yang ni baru sedara belah mak. Ni jer sempat cameraman snap.Yang lain tak sempat nak ambik sebab sibuk sangat membawang!!😆 |
FAMILY & FRIENDS BELAH SUAMI
Ni lah ayah mertua Syu. Orang panggil dia Cikgu Mat. |