Jerawat Bernanah Start Hilang Lepas Pakai Produk Ni

Jun 22, 2021



Last time Syu pernah cakap yang muka Syu pernah breakouts teruk. Even Syu dah pergi jumpa pakar dermatologist pun muka Syu tetap tak ada apa-apa perubahan. Dah lah sekali buat rawatan dekat beratus-ratus habis. Parent Syu sampai marah bila muka jadi bertambah teruk lepas jumpa pakar dermatologist tu 😒. Syu refer doktor tu pun bukan apa, sebab kawan Syu pun ada pergi buat rawatan kulit dekat situ. Lepas buat treatment, kulit dia jadi okey. That's why Syu rasa terpanggil nak cuba.Tapi tu lah, tak sangka pulak bila Syu refer doktor tu muka Syu makin lama makin jadi bertambah teruk. 

Kalau ada gambar memang Syu tunjuk dekat korang πŸ˜‚. Memang sadis gila muka Syu time tu. Memang seganlah nak bergaul dengan orang.Takut orang jadi geli nak tengok. Sebab jerawatnya bukan jerawat yang biasa tu tau. Jerawatnya jenis yang bernanah-nanah & muka jadi macam merah-merah.

So untuk entri Syu kali ni, Syu nak share produk apa yang Syu pakai sampai muka Syu jadi okay & jerawat totally hilang dari muka Syu. Sebelum tu Syu nak ingatkan, bila pakai produk ni memang jerawat korang akan hilang tapi bukan liang-liang pori okey. Nak hilangkan liang-liang pori tu korang kena buat treatment dekat pakar kulit. Kebiasaannya diorang akan buat rawatan laser. Dengan cara tu baru akan nampak kesan.

Kat bawah ni Syu listkan produk-produk yang berjaya pulihkan semula muka Syu. Tapi Syu nak ingatkan satu perkara. Bila korang pakai produk-produk ni, dia punya tahap & tempoh keberkesanan tu mungkin berbeza mengikut jenis tahap kulit.

KAPSUL TIDACT : Ubat ni ubat terkawal yer kengkawan. Hanya dekat farmasi jer ada jual. Kapsul ni Syu tak guna buat makan, tapi Syu just ambik powder dia & Syu letakkan dalam Syu punya facial cleanser. 

ESKINOL TONER [LEMON] : Lepas cuci muka, Syu memang akan apply toner ni dekat muka. Memang berkesan sangat-sangat pada Syu. Tambah-tambah bila dah letak kapsul Tidact. Bila Syu pakai toner ni, segala daki dekat muka memang keluar. Lepas tu, kulit berminyak pun jadi berkurangan.

KRIM TIDACT : Krim ni Syu pakai lepas Syu pakai toner. Tapi malam jelah. Sebab kalau Syu pakai waktu siang, kulit Syu jadi macam melengas πŸ˜‚. Maklumlah, kulit Syu kan jenis berminyak.


KRIM NIXODERM : Krim ni memang Syu recommend sangat-sangat untuk korang beli. Bukan kegunaan untuk jerawat jer , kurap & panau pun boleh hilang tau. Krim ni kalau korang apply dekat jerawat, memang confirm-confirm esoknya akan pecah. Tapi kena tahan lah, sebab ubat ni pedih sikit πŸ˜‚.

Setakat ni, produk-produk yang Syu listkan dekat atas ni jer yang berjaya menghelokkan muka Syu balek πŸ˜‚. Ada dekat setahun lebih jugaklah Syu pakai produk-produk ni. Tapi sekarang, Syu memang tak pakai dah. Sebab jerawat bernanah tu dah totally hilang 😁. Syukur alhamdulillah...

What My Bawagian Says

  1. Mimpi ngeri semua wanita bila muka naik jerawat, nak-nak yang bernanah tu. Sakit oiii >_<

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul!!Sakit tu dah lah satu hal.Lepas tu effect jugak dekat confident level 😒.

      Padam
  2. Saya lama dah tak berjerawat.. hihi

    BalasPadam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!