Blog Review & Kad Raya Virtual Dari AO

Jun 06, 2021


Bukan nak cakap apalah. Tapi memang cekap betul si budak AO ni buat kerja πŸ˜‚. Entah kurun bila dia screenshot blog lama Syu pun Syu tak tahu. By the way, many thanks to AO sebab sudi review blog Syu yang tak seberapa ni. Almaklumlah, baru nak start berjinak-jinak balek dalam dunia blogger ni. Bukan senang nak arrange balek blog yang sedia-sedia caca merba niπŸ˜‚. Ni pun kira bernasib baik dapat merasa tukar baju blog. Tu pun lepas menang tempat ke-3 dalam blog contest AO. Kalau tak menang mungkin kena pakai duit sendirilah beli baju blog 😁. Sekurang-kurangnya bermanfaat jugak hadiah yang Syu menang dari AO tu kan. Ada jugak bukti kemenangan tu kan.


Bagus jugak sebenarnya tau kalau ada orang sudi review blog kita ni.  Tambah-tambah review percuma macam ni. Selalunya kalau kita nak suruh orang buat review ni, kita kena bayar tau πŸ˜‚. Even bahan review tu kita yang punya. Pada Syu, segala pandangan blogger pada blog Syu memang Syu sangat-sangat hargai. Sekurang-kurangnya Syu boleh nampak & tahu kekurangan blog Syu dekat mana. Kadang-kadang kita sebagai blogger ni tak nampak dari point of view pembaca.  Mungkin ada sesetengah perkara tu kita terlepas pandang. So dengan adanya komen-komen & review membina macam ni, Syu dapat improvekan lagi blog Syu supaya disenangi & digemari kalangan blogger & pembaca. Kita bukanlah nak jadi blogger terkenal yang vavavom tu 😜. Cukup sekadar orang faham & gembira dengan hasil penulisan kita.


Last but not least, AO ada jugak selitkan kad raya virtual bertemakan Jama Masjid Delhi,India. Memang cantik!! Terima kasih tau AO. Tak dapat pergi India, dapat tengok gambar masjid pun jadilah kan 😁. Cepatlah habis lockdown & pandemik ni. Mendap sangat dah asyik duduk dekat rumah jer memanjang πŸ˜‚. Kalau boleh, lepas hilang jer pandemik ni Syu nak pergi melancong macam biasa. Tak nak ada mask-mask semua bagai. Kalau boleh nak semuanya jadi normal balek. Boleh keluar jimba-jimba dengan kawan, lepak makan kat mamak. Tapi yang terpaling rindu...nak gembira-gembira bertepuk bertampar dengan family!!😒

Terima kasih jugak untuk kad raya virtual ni!!πŸ˜˜πŸ’•

Comments

  1. Jangan ambil hati tau kak syu yang kita cakap pasal font blog kak syu yang tempoh hari tu :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allah...Tiqah,tak ada apelah.
      K.Syu okay jerπŸ˜….Benda tak ada ape.
      Pada akak tu satu kritikan yang membina tau😘.Bila ada blogger komen blog akak maknanya ada yang membaca. Walaupun cerita akak kadang-kadang ada yang mengarut🀣.

      Padam
  2. tahniah syu!! kakmim pun br sekali kena review bila menang GA.. kalo x, entah sapalah nk review kan?? hihihi.. daku hanya blogger picisan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mekaseh Kak Mim.Itulah...ada orang review free tu kira okeylah kan.
      Sama lah Kak Mim.Syu pun blogger picisan jugakπŸ˜‚.

      Padam
  3. Best kan ada orang review blog kita...
    Cantiklah design baru blog Syu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. 😁 Itulah...best jugak ada orang reviewkan.Hi3.
      Alah, FAMF tower Farrah pun apa kurangnyer.Lagi cantik dari Syu.Dahlah AO yang buatkan plak tu.

      Padam
  4. Wah tahniah!! Bestnya blog direview..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mekaseh Cik TK.Insyallah...sampai masa nanti blog Cik TK pun akan di review jugak 😁.

      Padam
  5. Selamat hari raya..tradisi kad raya tetap diteruskan walaupun virtual πŸ‘

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari raya jugak Cikgu Zim.
      Betul tu. Even teknologi dah canggih sekalipun kad raya tetap kena ada 😁.

      Padam
  6. alhamdulillah kak syu terima dengan lapang dada. saya macam wow sangat dan kagum dengan cara akak design blog pada masa kali pertama jengah. dia macam, akak ni design lagi lawa dari aku #jelesgila. hahaha

    tapi kan kak syu punya style buat saya rasa macam lebih bekreatif gitu. thanks to you :D

    haah kad raya tu awal dibuat, tapi reviewnya yang lambat...sama jugak macam banner tu...sibuk manjang tak tahulah mende disibuknya...papehal all the best and kipidap kak syu!

    happy blogging ya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alah...tapi takleh challenge AO & the geng.Akak takat nak sentuh sikit-sikit tu boleh lah AO 😁.Sometimes kena perlu khidmat pakar jugak πŸ˜….BTW kipidap jugak tau AO!!

      Padam
  7. hhahaha tahniah Syu...
    rajin betul AO buat review 10 blog kan..

    Kita pun nak cerita pasal blog sendiri pun mcm malas hahaha :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mekaseh Kak Ret.Tu lah pasal.Rajin betul AO.Siap buat kad raya virtual lagi 😁.

      Padam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!