Drama Semanis Senyumanmu - Episod 8

Jun 25, 2021

Semanis Senyumanmu

Selepas jer event catering Izat selesai, dalam beberapa hari lepas tu Imazra Bakeri dapat banyak tempahan dari client Izat. Iman rasa happy & bersyukur sangat, disebabkan event tu dia & Azra dapat jana income yang lebih lagi untuk Imazra Bakeri. Masa Iman bagitahu Azra pasal tempahan tu, Azra buat muka sedih & serba salah. Dari situ, Iman dapat detect yang Azra mesti fikirkan pasal Azim. Iman cuba nasihatkan Azra supaya dia bijak buat pilihan samada dia kena pilih Azim atau pun Joe. Tapi Azra masih confuse nak buat pilihan sebab pada dia Azim cuma anggap Azra sebagai kawan & tak lebih dari tu. So, tak ada sebab untuk Azra pilih Azim sedangkan Azra dah ada Joe. 


Habis jer bersembang dengan Iman, Azra cuba contact Joe. Malangnya, Joe tak angkat. Padahal bila tengok status wassup, Joe ada jer online. Bila jadi macam tu, Azra dah start syak dengan tindak tanduk Joe. Azra rasa Joe masih lagi berlaku curang dibelakang dia. Azra cuba bersemuka dengan Joe tapi Joe cuba bagi bermacam-macam alasan untuk tutup tembelang dia. Azra mengadulah pasal Joe dekat Iman & Iman cuba nasihatkan supaya tak percayakan Joe lagi sebab pada Iman, Joe tu memang buaya.

Semanis Senyumanmu Episod 8
"Kebenaran tu rasanya tenteram,kepalsuan tu rasanya berat" - Iman

Petang tu, Azim dengan kakaknya satu family balek ke kampung untuk celebrate birthday mama dia. Sepanjang Azim berada di kampung, dia memang sentiasa teringatkan Azra. Azim memang berharap sangat Azra contact Azim sebab itu masa dekat kampung Azim memang sentiasa check handphone dia kalau-kalau ada call masuk dari Azra. Actually, Azra ada cuba hubungi Azim tapi tak dapat sebab Azim sibuk tolong kakak & mak dia masak dekat dapur. Bila Azim nampak ada missed call dari Azra, Azim jadi tak senang duduk. Azim cuba nak call Azra, tapi disebabkan dia segan sampai kesudah Azim tak call.

Semanis Senyumanmu Episod 8

Family Azim memang dah tahu yang Azim berkawan dengan Azra & at the same time diorang satu family boleh telah yang Azim memang ada hati dekat Azra. That's why, masa on the way balek dari kampung, Azreen & abang ipar Azim cuba nasihatkan dia supaya berterus terang dengan Azra. Selepas mendengar nasihat kakak & abang ipar dia, Azim pun setuju. Sesampai jer dekat KL, Azim satu family terus singgah ke Imazra Bakeri. Tapi malangnya, bila Azim masuk dalam bakeri, Azim ternampak Joe tengah melutut melamar Azra. Masa tu Azim jadi macam sedih sangat & sekali lagi Azim bawak diri tinggalkan Azra. Bersambung...

What My Bawagian Says

  1. Akak tak kenal pelakon/penyanyi baru sekarang...tambah2 lg tak tgk tv..

    BalasPadam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!