The New Mutants[2020]

Jun 15, 2021

 

Genre : 

Horor, action, science fiction, thriller,mystery & fantasy


Pelakon : 

Blu Hunt [Dani], Maisie Willian [Rahne], Charlie Heaton [Sam], Anya Taylor [Magik], Henry Zaga [Sunspot] & Alice Braga [Cecile]


Pengarah : 

Josh Boone


Rating :

🌟🌟🌟🌟/5


✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽



Actually ada banyak karakter-karakter MARVEL ni sebenarnya. Ada beratus jugaklah kalau tak silap Syu. Yang Syu ingat pun karakter yang famous-famous jer. Kalau korang nak tahu lebih lanjut pasal karakter-karakter lain yang ada dalam MARVEL, korang boleh klik πŸ‘‰ SINI. Dalam movie ni, diceritakan serba sedikit kemunculan awal mutan-mutan baru dalam MARVEL.


DARI KIRI : Wolfsbane, Canonball, Danielle Moonstar, Sunspot & Magik


Movie yang hanya berdurasi 94 minit ni mengisahkan tentang lima mutan baru yang ditempatkan disebuah pusat rehabilitasi mutant. Pusat ni berada di bawah seliaan doktor yang juga merupakan seorang mutan jugak. Nama dia Cecilia. Doktor ni ditugaskan untuk menganalisa kuasa mutan-mutan ni disamping membimbing kelima-lima mutan remaja ni supaya diorang mampu mengawal kuasa-kuasa diorang sebelum dibebaskan ke dunia luar.



Pada awalnya pusat rehabilitasi mutant ni nampak macam tak ada apa-apa yang suspicious. Tapi sampai satu masa bila mana Cecilia dapat arahan dari atasan untuk hapuskan salah seorang mutan yang bernama Dani ni, mutan-mutan lain dapat detect ada sesuatu yang tak kena dengan tempat tu. Termasuk Cecilia. Dani ni ada satu kuasa psikik yang luar biasa jika dibandingkan dengan mutan-mutan yang lain. Tambah pulak masa dia dekat pusat rehabilitasi tu, orang-orang atasan Cecilia dapat detect yang kuasa si Dani ni sangat merbahaya & susah nak dikawal. So, atas sebab tu Dani ni terpaksa dihapuskan.



Bila kawan-kawan Dani dapat tahu, diorang pun cuba selamatkan Dani. Dalam proses nak selamatkan Dani, pada masa yang sama kuasa Dani jadi tak tentu hala & hilang kawalan. So, mutan-mutan yang lain ni terpaksa berusaha keras untuk selamatkan Dani. Nak tahu apa jadi lepas tu? Korang boleh tengok movie penuh ni dekat Disney+Hotstar. Kalau Syu cerita sampai habis tak syok lah kan. Hilang feeling kalau dah tahu jalan ceritanya macam mana.

Comments

  1. wah citer baru ye..
    k ret ekceli x layan sgt citer2 ni heheh tp mana tau satu hari nnt tergerak hati nak tengok kan ehhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekadar hiburan time PKP 3.0 ni jer Kak Ret.Kalau tak disebabkan PKP,memang Syu tak layan movie-movie ni.Silap-silap TV pun tak bukak langsung.Selama hari ni kalau balek kerja,masuk dapur,masak makan tidor 😁.Drama ke movie ke memang tak tengok langsung.

      Padam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!