'Epiphora' Dari Air Mata Bulus

Jun 04, 2021


Kemarin tuan tanah Giveaway Mellow Crunch, Atiqah Najihah ada datang blogwalking blog Syu. Sambil tu dia ada tanya pasal kucing parsi Syu yang sekor tu. Disebabkan pertanyaan tu, maka tercetuslah idea nak buat content blog pasal "Ephipora: Air Mata Bulus"😁. Mungkin ada sesetengah orang tak tahu. So, ada baiknya  Syu share sikit info pasal ni.


Sebenarnya apa yang blogger Atiqah nampak kat mata kucing Syu tu, itu lah dia "Epiphora" atau nama lain dia "cat tear stains (CTS)". Epiphora ni kira istilah saintifik CTS, yang mana ia merujuk kepada simptom terhasilnya air mata kucing secara berlebihan. CTS ni kebiasaannya akan terjadi kepada kucing-kucing yang berfizikal "Brachycephalic" macam kucing baka Parsi & Himalaya. 





BRACHYPHALIC TU APA?

Auntie-auntie tolonglah kita. Kita tak reti cuci mata πŸ˜‚.

"Brachycephalic" ni sebenarnya datang dari bahasa Greek iaitu "brakhu" yang bermaksud pendek. Keadaan fizikal kucing yang macam ni kita kategorikan sebagai "Brachycephalic" disebabkan struktur tengkorak bahagian muka diorang yang pendek, penyek ("flat-face") & tenggelam ke dalam ("squished-in). Brachycephaly ni bukan ada pada kucing jer tau. Anjing pun ada jugak. Kebiasaannya kita boleh nampak pada pitbulll, & bulldog contohnya.


Disebabkan faktor fizikal muka yang macam ni, maka air mata kucing ni tak dapat bertakung secara normal macam kucing-kucing yang lain. Tambah pulak, bulu-bulu dekat mata diorang ni akan asyik terkena & tercucuk dekat bahagian mata. So, keadaan macam ni kira menganggu pandangan diorang untuk melihat & sedikit sebanyak membuatkan mata diorang ni pedih. Bila mata pedih maka terhasillah air mata secara berlebihan pada mata kucing tu. Fungsi air mata tu sendiri adalah untuk membasahkan bulu-bulu dekat sekeliling kawasan mata kucing. Dengan bantuan air mata tu sedikit sebanyak akan meratakan permukaan bulu-bulu daripada menganggu bahagian mata. 

Auntie-auntie jangan lah marah kita. Kita dah lah suka nangis.

Actually, possibility kucing berfizikal "Brachycephalic" untuk kena epiphora atau CTS ni memang tinggi & ianya adalah normal. Bila diorang kena simptom ni, mata diorang memang akan sentiasa berair. Kadang-kadang tu sampai meleleh-leleh macam orang menangis. Entah apa yang sedih sangat pun tak tahuπŸ˜‚. Even korang lap lah macam mana sekalipun, kejap lagi mesti ada balik. Bila dah terlampau banyak sangat air mata terhasil maka terjadilah CTS ni. CTS ni kalau tak dicuci memang akan mengotorkan muka kucing. Tambah-tambah kalau kucing tu bulu dia warna putih. Sedangkan kucing Syu yang warna oren tu pun blogger Atiqah boleh nampak CTS, inikan pulak kucing berwarna putihπŸ˜….

Memang tak dinafikan yang CTS ni kebanyakkan terjadi pada kucing muka penyek. Tapi korang kena ingat. Kalau benda macam ni terjadi dekat kucing korang yang fizikal muka dia bukan brachycephalic, korang dinasihatkan untuk bawa kucing korang berjumpa veterinar. Sebab tanda-tanda CTS ni actually sangat tidak normal untuk kucing yang hidungnya helok terletak yerπŸ˜‚. CTS pada kucing normal tu menunjukkan simptom awal akan terjadinya penyakit mata.

What My Bawagian Says

  1. tq share... sebab k ret bkn reti pasal kucing2 ni jgk...heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi3.Yeke K.Ret?Thanks to Tiqah sebab dia yang start tanya.Ada gak point syu nak share hari ni😁.

      Padam
  2. Nice sharing kak syu hehehe, kucing kita tak pernah macam tu, jadi bila nampak dekat kucing kak syu, jadi tertanya tanya luka ke hahahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi3.Thanks to Tiqah.Bagus jugak Tiqah tanya.At least ada la point K.Syu nak bercerita kat blog ni😁.

      Padam
  3. wah banyak betul info pasal kucing. saya ni kurang gemar nak bermain dengan kucing, telah lagi nak membela...kalau setakat bagi makanan, meow meow tepi jalan tu iyalah rajin.

    BalasPadam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!