Drama Semanis Senyumanmu - Episod 10

Jun 28, 2021

Semanis Senyumanmu

Akhirnya, Azra & Iman berjaya cari kedai baru untuk tempatkan Imazra Bakeri. Kali ni bakeri Azra memang nampak lebih menonjol & strategik untuk tarik ramai pembeli. Iman pun rasa lega sangat sebab segala yang dia & Azra rancang semua berjaya & berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Pagi tu masa Azra & Iman buka bakeri, Azra ada tanya Iman samada dia ada pelawa Shah untuk datang singgah ke Imazra Bakeri ataupun tak. Tapi Iman cakap yang dia dah buat keputusan nak putus dengan Shah, sebab sepanjang perhubungan tu Shah asyik ambik kesempatan dekat Iman. So, Iman rasa lagi baik dia putuskan hubungan dengan Shah supaya dia tak terus jadi mangsa parasit Shah yang jenis suka mengikis duit Iman. Bila Azra dapat tahu, dia macam tak percaya yang perangai Shah macam tu. 


Semanis Senyumanmu Episod 10

Sejak kembali bekerja di Restoran Sedap, life Azim semakin hari semakin teratur & pada masa yang sama Azim sedikit sebanyak dapat tenangkan hati & fikiran dia pasal Azra. Naufal pun gembira sebab restoran dia semakin hari semakin pulih & mendapat sambutan sejak dia offer Azim untuk kembali bekerja dengan dia. Keesokkannya, Azim keluar bersenam dengan Izat. Masa tu, Izat bagitahu yang Azim yang dia ada singgah ke Imazra Bakeri dengan isteri dia untuk beli kuih. Bila Azim dapat tahu, dia jadi berminat nak tahu pasal perkembangan Azra dari Izat. So, Izat pun bagitahu lah dekat Azim yang Azra ada bertanya pasal dia. Sambil-sambil bercerita tu, Izat bagitahu dekat Azim yang dia rasa Azra masih belum bertunang mahupun berkahwin dengan Joe. Sebab Izat perasan yang jari Azra langsung tak ada pakai apa-apa cincin tanda yang menunjukkan yang dia dah berkahwin mahupun bertunang. Azim macam biasalah dengan pemikiran dia. 

Semanis Senyumanmu Episod 10

Akhirnya, Iman berjaya lepaskan diri dari kehidupan Shah. Pada dia, keputusan untuk berpisah dengan Shah tu satu pilihan yang bijak untuk dia dari terus hidup dengan lelaki yang suka ambik kesempatan dengan kesenangan orang perempuan.  Tapi Iman jenis yang cepat move on. So, dia malas nak ambik pasal hubungan dia dengan Shah yang tak ada hala tuju tu. Sambil-sambil luahkan perasaan dekat Azra, tiba-tiba Iman bagitahu dekat Azra pasal perkembangan terkini Azim. Actually Azra dah lama tahu dah sebab Izat ada cerita dekat Azra masa dia datang singgah bakeri beli kuih dengan isteri dia.



Masa Azim tengah rehat, dia tiba-tiba terfikir nak letak satu menu kuih dalam menu Restoran Sedap. So, Azim pun bagi senarai barang yang diperlukan untuk buat kuih tu dekat Naufal. Pada awalnya Naufal macam pelik & tergelak jugak bila Azim cadangkan nama menu tu "Kuih Lopez Azra" sebab pada dia nama tu macam tak kena. Tapi lepas Azim explain sebab kenapa dia nak kreditkan nama Azra dekat menu kuih lopes tu, barulah Naufal faham. So, menu "Kuih Lopes Azra" tu akhirnya diterima baik oleh Naufal. Malam tu, secara tak segaja Azim ternampak Joe keluar dinner dengan perempuan lain dekat Restoran Sedap. Dari situ Azim dah macam pelik. Mana mungkin Joe keluar dengan perempuan lain sedangkan dia dah melamar Azra masa dekat bakeri hari tu. Bersambung...

Comments

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!