OST Wifi Sebelah Rumah

Jun 29, 2021

Kalau korang nak tahu, drama bersiri 16 episod "Wifi Sebelah Rumah" dah direleasekan dah dekat Disney+Hotstar 24 June 2021 haritu 😊💕. Setakat ni, Syu sempat cover dua episod jer. Bukan tak nak buat drama marathon, cuma Syu pun ada jugak cerita best lain yang Syu nak tengok. Kalau tengok sekali hadap cerita tu sampai habis episod, bosanlah kehidupan kan 😂. Disebabkan lagu "300 Saat" ni dijadikan salah satu original soundtrack cerita [OST] ni, so Syu tiba-tiba jadi jatuh cinta pulak dengan lagu ni. Bila dengar tu macam sedap pulak didengar dek telinga. Actually, lagu ni tahun lepas lagi Bunga & Amzar release. Bila dijadikan sebagai salah satu OST dalam drama ni, lagu ni jadi trending balik 😁. Apa-apa pun enjoy the song okey!!

 

Comments