Februari 12, 2026
Cinta Tersimpul Rapi - Anis Suraya (Cover by Jane In Heaven)
Lagu ni lagu lama tau sebenarnya! Lagu zaman era 90-an. Tapi, still evergreen sampai ke hari ni. Lagu ni memang lagu favorite Syu time sekolah dedulu. Sekarang lagu ni dah viral & jadi satu fenomena bila lagu ni diberi nafas baru. Kalau korang buka TikTok, mesti lagu ni asyik fyp. Betul tak? 🤭
To be honest lagu versi AI ni memang best. Vibes lagu modern tu sesuai sangat dengan generasi hari ni. Hari-hari rasa nak dengar bila time buka Youtube. Memang layan. Walaupun lagu ni hasil dari sentuhan AI, tapi lagu versi yang lama tetap jadi pujaan hati. Tak ada yang lama, tak ada yang hari ni 🥰.
Lirik Cinta Tersimpul Rapi
Ku lerai segala yang terkusut
Ku simpul agar menjadi rapi
Demi menjaga hatimu
Ku rela mengalah selalu
Mengapa kau berubah laku?
Inikah yang harus ku terima?
Di atas setia sekian lama
Engkau menjadikan aku
Pelakon dalam sandiwaramu
Cintaku, rinduku, bukannya yang terkusut
Ku ikat, ku belai, dan ku simpul, wo-oh
Hati ingin berbicara
Hati pun sering bertanya
Di mana hujung jalan cerita?
Bukannya di bibir tanpa sebarang noktah
Selangkah engkau pergi, seribu langkah aku mengejarmu
Sekelip mata engkau hilang, seluruh pelosok ku cari, ho-oh
Setinggi mana engkau membawa diri, akan aku daki, oh
(Sedalam mana kau cuba menyembunyi) Uh-hu, akan ku selami
Biar terbukti, biar bersaksi
Cinta kita, cinta tersimpul rapi
Ah-ah-ah-ah-ah
Ah-ah-ah-ah-ah
Hati ingin berbicara
Hati pun sering bertanya
Di mana hujung jalan cerita?
Bukannya di bibir tanpa sebarang noktah
Selangkah engkau pergi, seribu langkah aku mengejarmu
(Sekelip mata engkau hilang) Ho-oh, seluruh pelosok ku cari, ho-oh
(Setinggi mana engkau membawa diri) Akan aku daki, oh
Sedalam mana kau cuba menyembunyi, akan ku selami
Biar terbukti, biar bersaksi
Cinta kita, cinta tersimpul rapi
Ku lerai segala yang terkusut
Ku simpul agar menjadi rapi
Jun 04, 2025
Jemari Besi | Terus Berjuang 🎧🎶

Kadang hidup tak seperti rencana
Jalan berliku penuh air mata
Tapi ku tahu
Ku tak sendiri
Mimpi di depan menanti ku raih
Jangan menyerah
Terus melangkah
Setiap usaha takkan sia-sia
Hari ini mungkin terasa berat
Tapi esok pasti lebih kuat
Tak apalah
Asal jangan menyerah
Setiap luka akan membuatku lebih kuat
Hidup tak selalu tentang menang
Tapi tentang bangkit & tetap bertahan
Biarkan waktu menjawab segalanya
Selama ku cuba ku takkan sia-sia
Terus berjuang
Jangan pernah goyah
Meski badai datang tetaplah melangkah
Walau perlahan
Aku tetap jalan
Aku percaya semua akan ada jawaban
Jun 29, 2021
OST Wifi Sebelah Rumah

Kalau korang nak tahu, drama bersiri 16 episod "Wifi Sebelah Rumah" dah direleasekan dah dekat Disney+Hotstar 24 June 2021 haritu 😊💕. Setakat ni, Syu sempat cover dua episod jer. Bukan tak nak buat drama marathon, cuma Syu pun ada jugak cerita best lain yang Syu nak tengok. Kalau tengok sekali hadap cerita tu sampai habis episod, bosanlah kehidupan kan 😂.
Disebabkan lagu "300 Saat" ni dijadikan salah satu original soundtrack cerita [OST] ni, so Syu tiba-tiba jadi jatuh cinta pulak dengan lagu ni. Bila dengar tu macam sedap pulak didengar dek telinga. Actually, lagu ni tahun lepas lagi Bunga & Amzar release. Bila dijadikan sebagai salah satu OST dalam drama ni, lagu ni jadi trending balik 😁. Apa-apa pun enjoy the song okey!!