Geli Jangan Hina, Tapi Raikan Kepelbagaian Citarasa & Budaya

Jun 24, 2021

P/S : Awas!! Visual agak mengganggu ketenteraman jiwa sikit yer. Mohon bertabah kalau baca post ni πŸ˜‚.


Lewat sikit Syu bersiaran hari. Maklumlah, sibuk movie marathon. By the way, korang dah makan ke belum tu? Kalau belum better skip post Syu ni kejap. Takut tertutup pulak selera nak makan nanti πŸ˜‚. Yang tengah dok minum kopi pun sama. Better letak kopi tu dekat tepi jap. Takut menyembur pulak bila baca post Syu ni. Pada yang jenis tak kisah & mental kental, korang boleh proceed untuk baca entri Syu. Hari ni Syu nak cerita sikit berkenaan makanan eksotik. Bukan apa, last time Syu ada ternampak satu klip video dari AJ+ di instagram tentang satu wanita Fillipina yang tak puas hati dengan satu rancangan TV show [Spill Your Guts or Fill Your Guts] yang dikatakan telah menghina makanan eksotik "Balut" yang sememangnya simbolik dengan rakyat Filipina. 

 "Balut" makanan eksotik Filipina [Sumber Foto : www.sunnydecircus.com]

Actually rancangan tu dah lama dah sebenarnya. Dalam 2016 kalau tak silap Syu. Nak dijadikan ceritta, ketika pengacara James Corden nak mencuba "Balut" tu dia dikatakan telah membuat reaksi muntah πŸ˜‚. Yelah, even kalau Syu ada dekat tempat dia pun Syu akan ada perasaan macam tu. Tapi pada Syu, kalau tak biasa makan better jangan letak dalam senarai list untuk di makan sebab takut jadi kes macam James Corden ni lah. Secara tak langsung perkara macam ni dah mengguris hati penggemar & budaya permakanan satu-satu masyarakat tu. 

Ulat Mulong [Sumber Foto : FB Borneo]

Macam kita dekat Malaysia, ada jugak sesetengah masyarakat & kaum yang makan makanan eksotik contohnya macam ulat mulong [Ulat sagu] ni. Actually, Syu bukan nak cerita pasal makan eksotik yang ada dekat Malaysia, tapi Syu nak bagi pandangan & nasihat pasal persepsi orang yang penggeli dengan makanan eksotik ni. Tipu lah kalau Syu kata Syu tak geli. Tapi kita sebagai orang yang beradab & berbudi bahasa, adalah baik kiranya kita kawal emosi bila berhadapan dengan penggemar makanan ni. Kalau tak makan lagi baik berterus terang & bukan bercakap perkara yang tak elok pasal makanan eksotik yang diorang makan. Bila kita buat macam tu, pada Syu ianya dah kira macam kita menghina makanan diorang. Sedangkan makanan tu memang diorang dah makan sejak zaman tok nenek diorang lagi.


Lelita atau Lelitak [Sumber foto : FB Aku Anak Iban]

Masa Syu belajar dekat Sarawak dulu, kawan Syu pernah ajar something pasal adab menolak pelawaan makan. Tapi cara ni praktikal dekat negeri Sarawak jelah. Dekat negeri lain Syu tak tahu πŸ˜‚. Apa yang kawan Syu buat, setiap kali dia kenyang makan atau tak nak makan dia mesti cuit sikit dekat hujung pinggan bila orang pelawa makan. Bukan sentuh dekat makanan yer. Tapi dekat tepi pinggan. Masa mula-mula tengok tu macam pelik jugak. Tapi dah lama-lama baru Syu faham. Kiranya bila kita buat macam tu seolah-olah kita menolak pelawaan makan dengan cara terhormat & tak mengguris perasaan orang yang pelawa makan. Bila tengok kawan buat macam tu rasa macam seronok pulak belajar budaya & adat orang πŸ˜ŠπŸ’•.

Actually ada banyak lagi makanan eksotik lain dekat dalam dunia ni [ nak tengok boleh klik SINI ] , cuma Syu tunjuk yang ni jer sebab ianya salah satu makan eksotik sesetengah suku kaum yang ada dalam negara kita. Kita kena ingat yang Malaysia ni terdiri daripada pelbagai kaum & suku yang unik. Jadi, raikan kepelbagaian tu dengan tidak menghina apa yang mereka dah amalkan selama zaman-berzaman. Memang tak dinafikan ada sesetengah makanan yang diorang makan memang kita geli & nak muntah bila tengok. Geli macam mana pun jangan sampai menghina, sebaliknya kita raikan kepelbagaian citarasa & budaya diorang. Barulah aman & tenteram kita sesama kaum πŸ˜‰.

Belalang goreng [Sumber Foto : cdn-brilio-net.akamaized.net ]

What My Bawagian Says

  1. Cara masakan tu nampak sama saja dengan masakan kita. Cuma bahan saja lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. πŸ˜‚ Itulah, cuma bahan dia lain & luar biasa sikit.

      Padam
  2. of cos la kenot go kan... tapi insyaAllah akan cuba jaga sensitiviti orang lain...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.Memang tak boleh nak nerima πŸ˜‚.Tapi apa kan daya,nak cakap yek tak boleh,dah memang makanan diorang.Lain orang lain citarasa & selera.

      Padam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!