Drama Semanis Senyumanmu - Episod 3

Jun 13, 2021

Semanis Senyumanmu

Lepas Azim buat keputusan berhenti dari Restoran Sedap, maka bermulah episod Azim sebagai seorang penganggur terhormat. Agak lama jugaklah dia menganggur. Actually, bukan tak ada orang yang nak hire dia, cuma si Azim ni memilih sikit. Dia cakap, dia taknak tersalah pilih pekerjaan. Selagi boleh dia nak cari pekerjaan yang boleh menjamin masa depan dia. Even Izat, sepupu Azim pun pernah offer Azim untuk join venture buat bisnes catering. Tapi Azim kata dia tak mahu sebab dia tak berminat buat catering. 

Semanis Senyumanmu Episod 3

Masa dekat Imazra bakery,Azra didatangi si budak cilik Nisa. Dia datang pun sebab nak beli roti bun Azra & at the same time dia nak mintak maaf jugak pasal kelakuan Azim masa dia dengan Azim datang beli roti hari tu. Tapi Azra okay jer. Sebab dia malas nak ambik pusing sangat pasal hal tu. Balek jer budak Nisa tu, si Iman pun bagitahu Azra pasal satu event catering ni. Iman cakap event tu just untuk social networking business dioang. So, Azra pun setuju nak pergi sebab pada dia event tu bagus untuk masa depan Imazra bakery. Actually kalau korang nak tahu, event tu ada kaitan jugak dengan bisnes yang sepupu Azim tengah buat πŸ˜…. 

Semanis Senyumanmu Episod 3

Malam tu masa dekat event, Azra secara tak sengaja terserempak dengan Azim dekat section buffet. Azra tak expect pun yang Azim ada dekat event tu. So Azra pun apa lagi, dia pun pergilah approach Azim. Tapi masa tu Azim jadi macam malu-malu alah. Yelah, macam tak sangka boleh terserempak Azra dekat event tu. Tambah pulak dia duduk dekat section buffet sebagai pelayan. Dah lah hubungan dia dengan Azra pun tak berapa nak elok sangat lepas dia terasa hati dengan kritikan Azra. So, selagi boleh memang dia tak nak jumpa Azra. Tambah-tambah dalam situasi & kondisi dia yang macam tu. 

Actually, Azra bukanlah nak cari gaduh dengan Azim. Niat dia just nak minta maaf & berdamai dengan Azim. Tapi Azim pulak yang salah faham. Dia ingat Azra datang nak cari gaduh. So, Azra pun malas nak panjangkan cerita, dia offer Azim untuk belajar buat desert dengan dia sebagai tanda mintak maaf. Malangnya Azim menolak. Bersambung...

Comments

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!