Posts with the label Sinopsis
Memaparkan catatan dengan label Sinopsis. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sinopsis. Papar semua catatan

September 15, 2021

Drama Wifi Sebelah Rumah - Episod 4

Wifi Sebelah Rumah| Episod 4

Sesampai jer di rumah, Mira rasa seronok sangat dapat luangkan masa dengan Ghaz. Dalam dia tengah senyum-senyum happy. Mira tak sangka yang papa dia ada dekat ruang tamu πŸ˜‚. Bila dia nampak papa dia, terus tak jadi nak sengeh-sengeh macam kerang busuk. Sebelum dia naik ke bilik, Mira sempat luangkan masa bersembang dengan papa dia. Macam biasalah bila dah bersemban-sembang, papa Mira mulalah bukak topik pasal Fizi. Mira pun dah jadi macam cacing kepanasan lah dibuatnya. Selagi boleh Mira cuba nak elak bila papa dia bukak topik pasal Fizi. Lagipun, Mira bukan ada apa-apa perasaan pun dengan si Fizi tu. Dalam papa Mira sibuk dok berceloteh, tiba-tiba ada mesej masuk. Malam tu, Haji Dollah ajak papa Mira keluar lepak dekat restoran janda. Tak tahulah janda mana. Nak tak nak papa Mira terpaksa ending kan conversation dia dengan Mira. Alasan papa Mira, kawan ajak jumpa dekat surau πŸ˜‚.

Wifi Sebelah Rumah| Episod 4

Malam tu Ghaz & Fendi tak tahu nak pergi ke mana. So, diorang pun lepaklah dekat cafe kak Zetty. Sambil-sambil tu diorang bersembang-sembanglah dengan kak Zetty pasal Mira. Tak disangka-sangka, dalam tengah rancak bersembang tu ada seorang lelaki tegur kak Zetty. Allah, papa Mira rupanya!! Ghaz & Fendi pun apa lagi. Sorok mukalah tak nak bagi papa Mira nampak πŸ˜‚. Tak sangka, restoran janda yang Haji. Dollah maksudkan tadi tu  rupa-rupanya kak Zatty punya cafe.


Actually, papa Mira tak perasan pun yang Ghaz & Fendi ada dekat tempat kejadian sebab Ghaz & Fendi pandai cover. Bila dah nampak papa Mira ada dekat cafe kak Zetty, Ghaz & Fendi pun jadi tertanya-tanyalah kenapa papa Mira boleh ada dekat situ malam-malam. Ghaz & Fendi pun apa lagi. Diorang pun sibuklah pasang mata. Kemain sakan papa Mira malam tu.  Ranggi pakaian dia mengalahkan orang muda. Cara bersembang dengan kak Zetty pun lain macam. Seolah-olah papa Mira ni  macam ada hati dengan kak Zetty. 

Wifi Sebelah Rumah| Episod 4

Dalam diorang tengah dok sibuk-sibuk mengintai papa Mira, tiba-tiba muncul Ghaz punya secret admire. Masa ni Ghaz memang dah gelabah. Risau takut-takut papa Mira nampak. Tambah pulak secret admire Ghaz tu jenis yang gedik orangnya. Mana nak reti cover-cover. Tapi nak tak nak sambil-sambil tu Ghaz terpaksa layan jugak. Sebab tak nak orang tu kecil hati. 


Dalam diorang tengah nak cover-cover tu, entah macam mana papa Mira pulak nampak diorang duduk bersembang-sembang lelaki perempuan. Naya Ghaz & Fendi. Dah confirm-confirm akan jadi point untuk papa Mira reject untuk dijadikan menantu. Balik jer rumah, papa Mira pun apa lagi. Membawang lah dia dekat mama Mira. Tapi, mama Mira malas nak ambik port sangat sebab dia malas nak percaya cakap papa Mira. Takut jatuh fitnah. Bagus jugak mama Mira ni. Sekurang-kurangnya dia tak sama naik dengan papa Mira dalam bab-bab memburuk-burukkan orang πŸ˜‚.

Wifi Sebelah Rumah| Episod 4

Keesokkan paginya, masa nak pergi kerja, Ghaz & Fendi ternampaklah mama & papa Mira dekat depan rumah.  Diorang baru balik dari pasar agaknya. Fendi pun bagilah idea dekat Ghaz supaya tegur mama & papa Mira. Mana tahu bila tegur dapat naikkan  saham Ghaz untuk jadi calon menantu pilihan. Masa Ghaz tegur, mama Mira okay jer. Tapi papa Mira pulak yang pandang sepesen dengan Ghaz & Fendi. Bila Ghaz & Fendi nampak papa Mira dah buat muka macam nak makan orang, diorang pun tak berani lah nak tunggu lama-lama dekat depan rumah Mira. Takut kena ngap! So, diorang pun gerak jelah pergi kerja macam biasa. 

Wifi Sebelah Rumah| Episod 4

Masa dekat tempat kerja, Mira jumpa Ghaz & Fendi dekat ruangan rehat. Dia cadang nak ajak Ghaz & Fendi balik sama-sama lepas kerja nanti. Tapi Fendi awal-awal menolak dengan alasan tidur dekat rumah mak sedara. Padahal tak pun. Saja jer nak bagi peluang Ghaz luangkan masa dengan Mira. Nak tak nak, Ghaz pun terpaksalah terima pelawaan Mira tu. Rumah pun dah sebelah-sebelah, tak kan nak kata dah pindah rumah lain pulak kan πŸ˜†. 

Wifi Sebelah Rumah| Episod 4

So lepas habis kerja, Ghaz & Mira pun baliklah sama-sama. Sesampai jer dekat depan pagar rumah, Ghaz & Mira nampak motor Fizi parking betul-betul depan rumah Mira. Ghaz pulak jadi macam tak syoklah bila nampak motor bos dia dekat rumah Mira. Mira pun tertanya-tanya jugak, apa yang Fizi buat dekat rumah dia. Tanpa buang masa, Mira pun bagitahu dekat Ghaz nak masuk ke dalam rumah dulu. Ghaz pun ya kan jer. Padahal dalam hati dah rasa tak sedap. Bersambung...

Drama Wifi Sebelah Rumah - Episod 4

September 15, 2021

Ogos 25, 2021

Drama Wifi Sebelah Rumah - Episod 3

Wifi sebelah rumah
Wifi sebelah rumah

Bila nampak jer Mira, Ghaz jadi terdiam & kelu seribu bahasa. Segala apa yang dia nak cakap dekat Mira masa dia praktis tadi semua tak keluar. Sejenis pemalu Ghaz ni. Tapi dalam perangai pemalu tu banyak jugak perangai gila-gila dia πŸ˜†. Bila dah tengok Ghaz terkedu macam tu, nak tak nak Mira terpaksa memulakan conversation terlebih dahulu. Bukan apa, sebab Mira rasa canggung bila tengok Ghaz tak bercakap. Bila Mira dah start bercakap, barulah Ghaz mula bagitahu dekat Mira apa yang selama ni dia nak bagitahu. Actually, Ghaz cuma nak cakap terima kasih jer pun dekat Mira. Yelah, haritu kan Mira ada bagi password wifi dekat Ghaz masa dia terdesak sangat nak siapkan paperwork dia dekat cafe kak Zetty tempoh hari. 


Masa dekat rumah, Mira pun berceritalah dekat adik dia, Zana. Zana tergelak-gelak bila dengar kakak dia bercerita yang Ghaz. Tak sangka, mamat sesado Ghaz tu pemalu & segan nak bercakap dengan Mira. Dekat rumah sebelah pulak, Ghaz pun sobuk membawang dengan Fendi pasal apa yang jadi masa dia bersenam dekat taman petang tu.

Wifi sebelah rumah

Masa dekat tempat kerja, Mira ajak Ghaz & Fendi makan tengahari sekali. Tapi, Fendi menolak sebab dia nak bagi peluang pada Ghaz untuk luangkan masa dengan Mira. Fendi pun bagitahulah yang dia puasa hari tu. Padahal Mira dah nampak dah air minum Fendi dekat meja. Puasa apa macam tu kan? πŸ˜‚. Apa-apa pun Fendi tetap menolak untuk makan tengahari sama-sama dengan Mira. Ghaz dah tak sedap hatilah sebab dia kan pemalu sikit bila berdepan dengan Mira. Nak tak nak dia terpaksalah terima pelawaan Mira.


Masa dekat restoran, hanya Mira jer yang order makan. Ghaz cuma order air jer. Mira pun rasa macam pelik lah kan. Tapi masa makan tengahari tu Mira sempatlah berbual-bual dengan Ghaz. Cuma bila Ghaz dah start berangan, Mira dah rasa lain macam. Bukan apa, Mira tengok Ghaz dah buat perangai pelik. Bila dah berangan, apa pun tak sedar. Ghaz dah start malu dah. Tapi nasib Fizi call Mira masa tu. At least dapat jugak dia cover line. Lepas habis makan tengahari, Fizi ajak Mira keluar. Tak tahu lah pergi mana. Yang pastinya diorang keluar berdua πŸ˜‚. 

Wifi sebelah rumah

Petang lepas habis kerja, Fizi offer diri untuk hantar Mira balik rumah. Masa dekat rumah Mira, mama & papa Mira suka sangat dengan kedatangan Fizi. Bukan apa, diorang bertiga boleh berbual & beramah mesra macam dah lama kenal.  Papa Mira pulak macam okey jer. Tak ada pulak marah-marah. Kat sini nampak sangat yang papa Mira suka sangat dengan Fizi jika dibandingkan dengan dua teruna yang duduk dekat sebelah rumah dia. Siapa lagi kalau bukan Ghaz & Fendi. 

Wifi sebelah rumah

Keesokkannya, Mira, Ghaz & Fendi terpaksa kerja sehingga malam. Mira ajak diorang berdua balik sama. Almaklumlah, duduk berjiran kan. Apa salahnya balik sama-sama. At least, takdelah Mira balik sorang-sorang tak berteman. Bahaya jugak kan. Fendi bila dia tahu Mira yang ajak, memang automatically menolak. Macam biasalah nak peluang dekta Ghaz spendtime dengan Mira. Bukan selalu Ghaz dapar peluang. Walaupun duduk berjiran, bukan senang nak bertegur sapa.Tambah-tambah kalau ada papa Mira. So, ini lah peluang keemasan Ghaz untuk kenal lebih rapat dengan Mira.

Wifi sebelah rumah

Masa on the way balik ke rumah, Mira & Ghaz lalu dekat satu butik ni. Dekat situ ada sekumpulan busker tengah main lagu kegemaran Mira. Mira pun bagitahu Ghaz yang lagu tu lagu kegemaran dia. Bila Ghaz dapat tahu, dia pun ajak Mira untuk enjoy lagu tu. Nasib ada bangku tepi butik tu. Dapat jugak diorang enjoy the moment. Sambil-sambil dengar busker tu busking, Mira & Ghaz pun sempat sambung berbual. Lepas tu, baru diorang teruskan perjalanan diorang untuk balik rumah. Bersambung...

Drama Wifi Sebelah Rumah - Episod 3

Ogos 25, 2021

Julai 23, 2021

Drama Wifi Sebelah Rumah - Episod 2

Wifi sebelah rumah

Lepas terkantoi dengan papa Mira, Ghaz & Fendi memang kecut perut gila-gila dibuatnya. Dia punya garang tu memang tak boleh di bawak bincang langsung. Tak tahu lah kenapa papa Mira cukup tak berkenan dengan diorang berdua ni. Padahal duduk berjiran πŸ˜…. Apa lah salahnya berbaik-baik. Padahal Ghaz & Fendi bukan ada niat jahat pun. Bila dah kena aim dengan papa Mira, Ghaz & Fendi terbantut nak excercise. So, diorang pun masuklah ke dalam rumah bersiap-siap nak pergi kerja.



Masa kat dalam rumah, papa Mira mengadu dekat isteri dia. Dia bagitahu yang Ghaz cuba-cuba nak pikat Mira masa dekat luar tadi sampai siap bukak langkah silat πŸ˜†. Tapi, mama Mira ni jenis yang open minded orangnya. So, dia memang tak halang pun kalau ada orang yang berkenan dengan Mira. Dalam tengah rancak bersembang tu, tiba-tiba kawan papa Mira telefon ajak keluar melepak dekat luar. Papa Mira bagitahu dekat mama Mira yang dia ada perjumpaan dekat surau. Mama Mira pun mula la syak sesuatu. Tapi papa Mira cuba menafikan apa yang isteri dia cakap. Bukan apa, mama Mira memang dah dapat agak dah yang papa Mira melencong tempat lain.

Wifi sebelah rumah

Pagi tu masa dekat office, Ghaz & Fendi terkejut sangat bila ternampak Mira datang dekat office diorang. Rupa-rupanya Mira ada sesi interview dengan Fizi. Fendi ingat Mira datang nak cari Ghaz. Tapi takkan lah semata-mata datang office nak datang jumpa Ghaz. Padahal, selama hari ni Mira mana tahu Ghaz & Fendi kerja dekat mana. Pada awalnya Ghaz cuba mengelak dari jumpa Mira. Tapi tak semena-mena Mira dah panggil Ghaz. Terkedu Ghaz dibuatnya. Mira pun pada awalnya terkejut jugak bila nampak Ghaz & Fendi kerja dekat situ. Sempat jugaklah diorang berbual pendek. Masa Fizi dekat dalam office, dia ternampak Mira ada dekat koridor pejabat dengan Ghaz & Fizi. So,dia pun panggillah Mira masuk ke dalam untuk di interview. Kalau nak tahu Fizi ni senior Mira masa belajar dekat universiti dedulu & diorang berdua ni pernah bercinta. Tujuan dia panggil Mira interview pun sebab dia nak Mira tolong dia uruskan kan syarikat peninggalan arwah papa dia.


Wifi sebelah rumah


Masa dekat dalam office Fizi, Mira pun duduklah dekat depan Fizi. Macam biasa. Kalau datang interview mesti kita duduk dekat depan tukang interview kan. Tapi Mira tak. Fizi dengan selambanya ajak Mira duduk sebelah dia. Bila Ghaz nampak, dia dah macam tak sedap hati lah kan. Almaklumlah, si Fizi tu dahlah buaya. Semua perempuan dia nak mengayat. Bila nampak Fizi cuba nak mengayat Mira dah confirm-confirm Ghaz rasa yang dia tak ada peluang nak menangi hati Mira dah lepas tu. Gila apa perempuan tak nak dekat Fizi tu. Dah lah kaya, segak pulak. Kalau kahwin dengan dia dah sah-sah hidup senang lenang. Ghaz pun jadi meluat & malas nak tengok adegan Fizi & Mira,so dia pun pergi sibukkan diri buat kerja dia. 


Masa dekat luar office, Ghaz dah gelabah dah tengok Mira tak habis-habis interview. Tapi Fendi tetap cool & tenangkan Ghaz. Lepas habis jer kerja, Ghaz & Fendi singgah dekat cafe kak Zetty lepak-lepak. Masa kat sana, diorang pun sembang pasal Mira. Kak Zetty macam dah dapat agak dah yang Ghaz ada hati dekat Mira. Tapi Ghaz bagitahu  kak Zetty yang dia segan nak bercakap dengan Mira. Pasal isu pinjam Wifi hari tu pun Ghaz tak sempat nak ucap terima kasih lagi. Kak Zetty suruh Ghaz telefon Mira. Tapi dia segan. Kak Zetty pun pesan dekat Ghaz jangan tangguh-tangguh, kalau tak nanti melepas.

Wifi sebelah rumah

Keesokkan paginya, Ghaz keluar berjogging dekat taman & dia pun duduk berehat kejap untuk hilangkan penat. Masa tu entah macam mana dia tiba-tiba berfkir macam mana nak ucapkan terima kasih dekat Mira pasal bagi pinjam Wifi tempoh hari. Yang Ghaz ni pun praktis lah cakap sorang-sorang macam orang gila. Dalam tengah sibuk-sibuk praktis menyusun ayat untuk Mira, tiba-tiba ada orang cuit Ghaz dari belakang. Ghaz pun toleh. Rupa-rupanya Mira. Ghaz pun apa lagi, terkedulah dibuatnya. Elok-elok ada idea nak menyusun ayat, terus hilang gara-gara nampak Mira πŸ˜…. Bersambung... 

Wifi sebelah rumah

Drama Wifi Sebelah Rumah - Episod 2

Julai 23, 2021

Julai 17, 2021

Drama Wifi Sebelah Rumah - Episod 1

Wifi dekat rumah Ghaz [Zul Ariffin] rosak, so dia terpaksa lepak dekat cafe kak Zetty [Ziana Zain] untuk siapkan kerja dia & submit malam tu jugak. Tapi malangnya cafe kak Zetty dah nak habis waktu operasi & dia terpaksa suruh Ghaz sambung buat kerja dia dekat rumah. Ghaz cuba mintak kak Zetty tutup lambat sikit sebab dia memang terdesak nak kena siapkan paperwork dia. Tambah pulak paperwork tu kena submit malam tu jugak. Sebab tu selagi boleh Ghaz cuba merayu dekat kak Zetty supaya tutup lambat sikit cafe dia. Tapi malangnya, kak Zetty cakap tak boleh sebab dua tiga hari ni cafe dia asyik tutup lambat jer. Staff dia pun dah banyak merungut.


Dalam Ghaz tengah-tengah sibuk berunding dengan kak Zetty, kebetulan Mira [Ruhainis] yang jugak jiran sebelah Ghaz datang singgah cafe kak Zetty untuk tapau kopi. Pada awalnya kak Zetty menolak sebab masa tu kak Zetty memang dah siap-siap kemas barang nak tutup cafe. Tapi disebabkan Mira bagitahu kak Zetty yang dia betul-betul teringin nak minum kopi kak Zetty, maka kak Zetty pun layankan jelah. Ghaz pun apa lagi, dah alang-alang Mira dah datang menyinggah tapau kopi, dia suruh kak Zetty buat kopi Mira slow-slow. Sambil-sambil kak Zetty tengah prepare order Mira, sempatlah Ghaz siapkan kerja dia. 

Wifi sebelah rumah

Bila Mira dapat tahu yang Ghaz perlukan wifi untuk siapkan kerja, so Mira pun dengan baik hatinya bagi password wifi rumah dia dekat Ghaz. Ghaz jadi macam terkejut jugak sebenarnya & pada masa yang sama segan pun ada. Almaklumlah, dah lah diorang berdua ni duduk berjiran. Esok lusa bertembung mana nak letak muka πŸ˜…. Bila kak Zetty dah nampak Ghaz dah ada password, so dia pun teruskanlah kerja dia untuk tutup cafe.


Masa dekat rumah, Ghaz bagitahu Fendi [Fadhlan Hazim] yang dia dapat password wifi jiran sebelah. Yang Fendi pun jadi macam pelik & tertanya-tanya lah dari mana pulak Ghaz boleh dapat password wifi jiran sebelah. Padahal dekat rumah, Ghaz boleh jer pinjam wifi Fendi kalau dia nak. Tapi slow sikitlah dia punya network. Mungkin sebab tu Ghaz tak nak guna wifi Fendi kat umah agaknyerπŸ˜…. So, Ghaz pun explain lah dekat Fendi macam mana dia boleh dapat password tu masa dia tengah buat kerja dekat cafe kak Zetty. At the same time masa dekat rumah Mira, Mira bagitahu dekat adik dia [Zana] yang dia bagi password wifi rumah diorang dekat Ghaz. Zana pun marah lah Mira, sebab kalau papa diorang dapat tahu memang masak lah Mira jawabnyer. Dahlah papa dia cukup tak berkenan dengan dua teruna dekat sebelah rumah diorang tu πŸ˜‚. 

Wifi sebelah rumah

Keesokkannya masa Ghaz & Fendi nak pergi kerja, diorang ternampak Mira tengah siram pokok dekat depan rumah. Pada awalnya, Ghaz cuba nak ambil peluang tegur Mira. Tapi bila dah ternampak papa Mira [Uncle Sam] ada sekali dekat situ, terus terbantut niat Ghaz nak menegur. Bukan apa, ayah si Mira tu garang orang nya, mengalahkan harimau. Tambah-tambah bila berdepan dengan lelaki yang cuba nak pikat anak dia. Kalau ikutkan, ramai jugaklah teruna-teruna dekat luar sana kecundang nak pikat Mira gara-gara papa dia. Masa dekat depan rumah tu pun papa Mira dah pandang semacam dah dekat Ghaz & Fendi. Ghaz & Fendi apalagi, memang tak lah nak tunggu dekat depan rumah tu lama-lama. So, diorang pun terus jelah pergi kerja.

Wifi sebelah rumah

Malam tu,Mira bagitahu mama & papa dia yang dia ada interview dekat office senior dia, Fizi [Keith Foo]. Papa Mira pada awalnya macam tak percaya yang Mira pernah ada kawan lelaki masa belajar dulu. Tapi lepas Mira bagitahu yang Fizi tu senior Mira, akhirnya papa Mira lepaskan jugak Mira untuk pergi interview. Keesokkan paginya sebelum pergi kerja, Ghaz dengan Fendi sempat luangkan masa diorang bersenam depan rumah. Kalau ikutkan Ghaz tak nak join Fendi bersenam pagi tu. Tapi dah Fendi paksa, terpaksalah Ghaz turutkan. Dalam diorang berdua tengah sibuk-sibuk bersenam, tiba-tiba Ghaz ternampak Mira keluar. Lawa dia pagi tu. Almaklumlah, nak pergi interview. 

Wifi sebelah rumah

Ghaz pun cubalah nak tegur Mira. Tapi malangnya papa Mira tiba-tiba muncul pulak entah dari mana. Ghaz pun jadi gelabahlah sebab dia tahu papa Mira tu garang orangnya. Nak cover line punya pasal, Ghaz saja tukar topik sampai buka langkah silat Ghaz dibuatnya semata-mata nak menyelamatkan diri dari papa Mira πŸ˜‚. Mira rasa apa yang Ghaz buat tu memang kelakar sangat. Ghaz pun nak tak nak terpaksa tangguhkan niat dia untuk ucap terima kasih dekat Mira. Bersambung...

Drama Wifi Sebelah Rumah - Episod 1

Julai 17, 2021

Julai 07, 2021

Drama Semanis Senyumanmu - Final

Semanis Senyumanmu
Semanis Senyumanmu [Final]

Malam tu, Azra jadi kelam kabut sangat bila Iman mintak tolong bawak dia pergi rumah Mak Su dia. Iman cakap Mak Su nya sakit & terpaksa mintak Azra hantarkan sebab kereta dia rosak. Azra pun turutkan jelah tanpa syak apa-apa. Nampak gayanya rancangan Azim, Iman & Izat menjadi & berjalan dengan lancar. Actually masa dalam kereta, Azra macam dah start rasa pelik dengan Iman sebab tak pernah-pernah Iman guna Waze. Tambah pulak rumah yang diorang nak pergi tu rumah Mak Su Iman. Takkan lah Iman tak ingat jalan langsung πŸ˜…. Nasib Iman bijak bagi alasan, kalau tak memang pecah tembelang nak pancing Azra. 


Sampai jer dekat rumah Mak Su Iman, Azra jadi bertambah-tambah pelik sebab masa dekat depan pintu bukan Mak Su Iman yang sambut diorang sebaliknya Nisa, anak saudara Azim. Rupa-rupanya rumah tu bukanlah rumah Mak Su Iman, tapi rumah kakak Azim. Azra memang tak tahu sebab dia tak pernah langsung pergi rumah Azreen. Selama ni diorang just jumpa dekat bakeri jer dengan Niza.  Bila Azra tanya Nisa betul ke rumah tu rumah dia & Nisa pun jawab ya. Azra tanya Iman apa maksud semua tu, tapi Iman sengih jer macam kerang busuk. 


Tanpa buang masa, Nisa pun ajaklah Azra & Iman pergi ke ruangan backyard. Kat sana rupa-rupanya, dah ramai tetamu tunggu kedatangan Azra untuk sambut hari lahir dia. Walaupun hari lahir Azra dah lepas, tapi disebabkan hasil komplot Azim dengan rakan & keluarga dia, akhirnya Azim berjaya jugak arrange parti hari lahir semata-mata untuk gembirakan hati Azra. Pada masa yang sama jugak, Azim nak ambik peluang malam tu untuk mintak maaf & berterus terang dengan Azra tentang perasaan dia dekat Azra selama ni.

Semanis Senyumanmu [Final]

Masa dekat backyard, Azra memang terkejut sangat bila dia nampak semua orang ada dekat situ. Azra rasa tertipu sangat-sangat & sekali lagi Azra cuba melarikan diri dari Azim. Tapi Azim sempat dapatkan Azra untuk beri penjelasan. Azim cuba berterus terang dekat Azra yang dia betul-betul dah sayangkan Azra. Walaupun pada awalnya Azim dah cuba berterus terang tapi Azra bagitahu Azim yang hati dia masih belum terbuka untuk terima Azim sebab Azra masih takut dengan apa yang dah terjadi antara dia dengan Joe sebelum-sebelum ni. Kalau boleh dia tak nak terluka lagi. Azim cuba yakinkan Azra yang dia wanita terbaik yang Azim pernah jumpa & dia anggap Azra lebih dari seorang kawan. Selepas puas memujuk, akhirnya Azra pun lembut hati untuk terima segala penjelasan Azim & berbaik-baik semula dengannya. Sejak dari tu hubungan cinta Azra pada Azim kembali berputik.

Semanis Senyumanmu [Final]

Setelah 6 bulan berlalu, akhirnya Azim berjaya meneruskan hubungan dia dengan Azra ke peringkat yang lebih serius. Azim telah membuat keputusan untuk melamar Azra & lamaran tu diterima baik oleh Azra. Untuk mewar-warkan berita gembira tu, Izat berpakat dengan keluarga & rakan Azim untuk buat satu parti bagi meraikan pertunangan Azim & Azra. Masa dekat parti tu, Azim bagitahu dekat semua orang yang dia dengan Azra mungkin akan melangsungkan perkahwinan pada bulan hadapan. Keluarga & rakan Azim gembira sangat yang dia akhirnya berjaya menambat semula hati Azra. Tamat...

Drama Semanis Senyumanmu - Final

Julai 07, 2021

Julai 06, 2021

Drama Semanis Senyumanmu - Episod 15

Semanis Senyumanmu

Keesokkannya masa dekat bakeri, Iman tengok Azra badmood sangat pagi tu. So, Iman cuba tanya Azra apa yang dah jadi malam tadi. Nak tak nak Azra pun cerita dengan Iman yang dinner malam tadi memang best & semua berjalan dengan lancar, sampailah satu part bila mana Azim melutut nak bagi hadiah. Azra bagitahu Iman yang Azim cuba buat gimik melamar macam mana yang Joe pernah buat pada Azra. Pada Azra, malam tu Azim cuba nak permainkan Azra. Tapi, Iman rasa Azra mungkin dah salah faham dengan tindakan Azim. Sebab Iman tak rasa yang Azim akan buat sampai macam tu sekali. So untuk dapatkan kepastian tentang apa sebenarnya yang terjadi malam tadi masa dekat Restoran Sedap, Iman pun buat keputusan untuk menelefon Azim. Lepas dah telefon & dapatkan penjelasan Azim, barulah Iman faham yang Azra sebenarnya dah salah faham dengan apa yang Azim dah buat. Mungkin Azra masih trauma pasal hubungan dia dengan Joe sebelum-sebelum ni. Iman nasihatkan Azim supaya mintak maaf & berterus terang dengan Azra. 


Semanis Senyumanmu Episod 15


Lepas jer Azim berbual dengan Iman, Azim telefon Naufal untuk mintak cuti sebab nak settlekan hal antara dia dengan Azra. Disebabkan Naufal rasa bersalah, dia benarkan Azim off hari tu. Azim pun pergilah ke bakeri Azra semata-mata nak pastikan Azra berada dalam keadaan okey. Ternyata sepanjang-panjang hari tu, segala apa yang Azra buat semua serba terkena. Tempahan customers yang dia buat semua tak menjadi. Azra jadi buntu sangat. Iman jadi serba salah bila tengok keadaan Azra macam tu. So, Iman suruh Azra berehat sekejap untuk releasekan tekanan dia. Sambil tu, Iman sempat nasihatkan Azra yang Azra mungkin dah salah faham dengan Azim pasal apa yang dah jadi malam tadi. Azra pun akui apa yang dibuat malam tadi pada Azim agak keterlaluan. Sepatutnya dia kena lebih sabar & tunggu apa yang Azim cuba nak sampaikan pada dia. Hari tu, Iman tutup Imazra Bakeri buat sementara waktu dengan alasan oven bakeri diorang rosak. Dengan bantuan Iman, akhirnya Azra dapat recover dari kesedihan dia.

Semanis Senyumanmu Episod 15

Malam tu Azra stayback dekat bakeri semata-mata untuk siapkan semua tempahan customer. Iman pun terkejut sangat bila keesokkan paginya dia ternampak Azra tertidur dekat meja masa dia nak bukak kedai. Bila Iman tengok keadaan Azra yang keletihan pagi tu, nak tak nak Iman suruh Azra cuti selama 3 hari. Dalam tempoh 3 hari tu Iman tak bagi Azra jejakkan kaki pun dekat bakeri. Sebab pada Iman, Azra memang perlukan rehat sangat-sangat. 


Semanis Senyumanmu Episod 15

Sepanjang ketiadaan Azra di bakeri, Azim & Izat ada datang buat discussion dengan Iman macam mana nak selesaikan masalah antara Azim dengan Azra. Azim jadi buntu sangat sebab dia dah cuba call Azra banyak kali semata-mata untuk ceritakan hal sebenar. Tapi malangnya, Azra tak jawab pun satu call dari Azim. Malam tu, Azim, Iman & Izat berbincang dengan betul-betul teliti pasal plan diorang untuk jernihkan kembali hubungan Azim & Azra. Selepas 3 hari Azra berehat, Azra pun kembali bekerja macam biasa. Maka bermulalah tugas Iman untuk pancing Azra supaya misi dia dengan Azim & Izat berjaya. Bersambung...



Drama Semanis Senyumanmu - Episod 15

Julai 06, 2021

Julai 02, 2021

Drama Semanis Senyumanmu - Episod 14

Semanis Senyumanmu

Semanis Senyumanmu Episod 14

Masa berjogging pagi tu dengan Izat, Azim bagitahu yang Azra masih belum bersedia untuk teruskan hubungan dengan lebih serius. Lepas Azim berjogging dengan Izat, balek tu dia singgah kejap ke bakeri Azra untuk beli breakfast. Azim cakap dia rindukan Azra. Azra pun cakap perkara yang sama jugak pada Azim. Hujung-hujung, dua-dua tersipu malu 😚. 



Actually, tujuan Azim datang jumpa Azra pagi tu sebab dia nak ajak Azra keluar dinner minggu depan dekat Restoran Sedap untuk sambut bithday Azra. Pada awalnya, Azra macam segan nak terima pelawaan Azim tu. Tapi lepas berfikir panjang, akhirnya Azra setuju. Lagipun, Azim ada cakap yang dia ajak Azra keluar bukan hanya sekadar kawan, tapi lebih dari tu. So, mungkin sebab tu Azra sudi terima pelawaan Azim.


Semanis Senyumanmu Episod 14

Minggu depannya pukul 8 malam, Azim pun datang jemput Azra. Azim jadi teruja sangat bila nampak Azra berpakaian cantik malam tu. Azim bagitahu Naufal yang dia ajak Azra untuk makan malam dekat restoran dia. So, Naufal plan nak buat satu makan malam yang paling romantik untuk  Azra & Azim. Memandangkan hari tu tak berapa ramai orang. Naufal pun berani ambik risiko untuk tutup Restoran Sedap sepenuhnya semata-mata untuk suprisekan Azra. Masa dinner tu memang Azra & Azim happy sangat-sangat. Makan malam pun semua sedap-sedap sebab semua menu Azim dah plan awal-awal dengan Naufal & krew dapur dia.


Tapi malangnya, masa Azim melutut nak bagi hadiah dekat Azra, tiba-tiba Azra jadi panik. Mungkin dia masih paranoid dengan apa yang jadi masa Joe melamar dia agaknya. Entah macam mana Azra terus tinggalkan Azim macam tu jer. Naufal yang ada masa tu pun jadi tertanya-tanya. Kenapa Azra nak larikan diri, sedangkan Azim cuma nak bagi hadiah & cupcake jer. Malam tu memang Azim kecewa sangat dengan apa yang Azra buat. Sebab dia tak jangka yang Azra akan tinggalkan dia macam tu jer masa time dinner dekat Restoran Sedap tu. Bersambung...

Drama Semanis Senyumanmu - Episod 14

Julai 02, 2021

Julai 01, 2021

Drama Semanis Senyumanmu - Episod 13

Semanis Senyumanmu

Semanis Senyumanmu Episod 13

Lepas balik dari jumpa Azim, Azra rasa frust sangat. Dia cuba bagitahu Iman yang dia dah cuba beri ruang pada Azim untuk berterus terang. Tapi Azim pulak macam cuba mengelak. Setiap kali Azra tanya, mesti Azim akan tukar topik. Bila Azim buat macam tu, Azra rasa macam dia bertepuk sebelah tangan. Iman pun nasihatkan Azra supaya beri ruang pada Azim untuk buktikan apa yang dia rasa pada Azra sebab hubungan diorang berdua pun baru jer elok. So, macam tak bagus kalau nak gopoh-gopoh.


Semanis Senyumanmu Episod 13


Malam esoknya, Azim ajak Azra keluar makan dekat warung. Masa tu diorang berdua masing-masing sempat bertukar-tukar cerita pasal kehidupan & kampung halaman diorang. Bila Azra cakap dekat Azim yang dia dah lama tak balik kampung, so Azim pun offerlah diri dia untuk temankan Azra. Pada awalnya, Azra menolak sebab nak drive ke kampung dia agak jauh jugak. Memandangkan Azim tak kisah, so Azra pun akur jelah. 



Hujung minggu tu, Azim pun bawaklah Azra balik ke kampung dia. Masa dekat kampung, Azra memang happy sangat-sangat dengan Azim. Azra rasa berterima kasih sangat pada Azim sebab dia sudi luangkan masa dia untuk bawak Azra balik kampung & at the same time Azra bersyukur yang Azim sudi datang balik berjumpa Azra untuk perbaiki hubungan diorang. Bersambung...



Drama Semanis Senyumanmu - Episod 13

Julai 01, 2021

Jun 30, 2021

Drama Semanis Senyumanmu - Episod 12

Semanis Senyumanmu

Semanis Senyumanmu Episod 12

Hari ni Azim datang rumah kakak dia & breakfast sama-sama. Pada masa yang sama Azim jugak nak bagi buah tangan yang Azra kirim dekat Azim untuk Azreen & Nisa. Bila diorang dapat tahu yang Azim ada singgah bakeri Azra, so diorang pun ambik kesempatan tu untuk tanya perkembangan Azra. Azim sempat jugak bercerita yang dia dah berbaik-baik semula dengan Azra, cuma hubungan diorang macam agak kekok sikit lepas apa yang jadi sebelum-sebelum ni. Azim dapat rasa yang Azra macam jauh dari dia. Bila Azreen & Nisa dah dengar macam tu, esoknya diorang berdua pergi ke Imazra Bakeri untuk jumpa Azra. Masa tu, Azreen ceritakan pasal perasaan Azim dekat Azra. Dari situ baru Azra tahu yang Azim sebenarnya ada perasaan dekat dia & bukan hanya sekadar kawan yang macam Azim pernah cakap sebelum ni. 

Semanis Senyumanmu Episod 12

Lepas penat berperang dekat dapur, Azim lepak kejap dengan Jamal dekat luar Restoran Sedap. Azim perasan yang Jamal nampak macam sedikit terkesan lepas Azim kembali balik bekerja dekat situ. Sebab masa ketiadaan Azim, Jamal yang ambik alih tugas dia. So, Azim jadi serba salah sangat. Masa lepak dengan Jamal, Azim cuba slow talk & minta maaf dengan dia. Azim faham, sejak dia dioffer kembali bekerja oleh Naufal, Jamal terpaksa jadi orang bawahan Azim semula. 


Pada awalnya, Jamal memang agak kecewa bila tugas dia sebagai Head Chef dekat Restoran Sedap tu terpaksa diserahkan kembali pada Azim. Tapi lepas Azim berterus terang & meminta maaf dengan Jamal, akhirnya Jamal menerima dengan hati yang terbuka sebab dia sedar yang dia kena belajar untuk terima kekurangan sendiri.

Kali ni Azim cuba gunakan Nisa sebagai orang perantaraan untuk ajak Azra keluar ke Restoran Sedap. Tapi malangnya, Azra terpaksa menolak sebab dia masih sibuk dengan urusan bakeri dia. So, Azra pun plan untuk jumpa dengan Azim pukul 3 petang esok dekat pasar. Sambil-sambil Azra beli barang, pada masa yang sama dia boleh luangkan masa sikit dengan Azim. Keesokkannya masa dekat pasar, diorang berdua memang happy sangat dapat luangkan masa sama-sama.


Lepas habis temankan Azra cari barang, diorang berdua duduk santai-santai minum dekat warung yang ada dekat pasar tu. Masa tu, Azim sempat jugak bertanya pasal Joe dekat Azra. So nak tak nak Azra pun bagitahulah Azim yang malam masa kejadian tu, dia tolak lamaran Joe. Sebab pada Azra, Joe memang tak serius nak jadikan Azra sebagai isteri.  And Azra pun ada bagitahu jugak yang dia ada nampak Azim masa Joe tengah lamar Azra masa dekat bakeri malam tu. Bila Azim tahu yang Azra nampak dia, Azim cepat-cepat tukar topik. Bersambung... 

Drama Semanis Senyumanmu - Episod 12

Jun 30, 2021