Drama Semanis Senyumanmu - Episod 12

Jun 30, 2021

Semanis Senyumanmu

Semanis Senyumanmu Episod 12

Hari ni Azim datang rumah kakak dia & breakfast sama-sama. Pada masa yang sama Azim jugak nak bagi buah tangan yang Azra kirim dekat Azim untuk Azreen & Nisa. Bila diorang dapat tahu yang Azim ada singgah bakeri Azra, so diorang pun ambik kesempatan tu untuk tanya perkembangan Azra. Azim sempat jugak bercerita yang dia dah berbaik-baik semula dengan Azra, cuma hubungan diorang macam agak kekok sikit lepas apa yang jadi sebelum-sebelum ni. Azim dapat rasa yang Azra macam jauh dari dia. Bila Azreen & Nisa dah dengar macam tu, esoknya diorang berdua pergi ke Imazra Bakeri untuk jumpa Azra. Masa tu, Azreen ceritakan pasal perasaan Azim dekat Azra. Dari situ baru Azra tahu yang Azim sebenarnya ada perasaan dekat dia & bukan hanya sekadar kawan yang macam Azim pernah cakap sebelum ni. 

Semanis Senyumanmu Episod 12

Lepas penat berperang dekat dapur, Azim lepak kejap dengan Jamal dekat luar Restoran Sedap. Azim perasan yang Jamal nampak macam sedikit terkesan lepas Azim kembali balik bekerja dekat situ. Sebab masa ketiadaan Azim, Jamal yang ambik alih tugas dia. So, Azim jadi serba salah sangat. Masa lepak dengan Jamal, Azim cuba slow talk & minta maaf dengan dia. Azim faham, sejak dia dioffer kembali bekerja oleh Naufal, Jamal terpaksa jadi orang bawahan Azim semula. 


Pada awalnya, Jamal memang agak kecewa bila tugas dia sebagai Head Chef dekat Restoran Sedap tu terpaksa diserahkan kembali pada Azim. Tapi lepas Azim berterus terang & meminta maaf dengan Jamal, akhirnya Jamal menerima dengan hati yang terbuka sebab dia sedar yang dia kena belajar untuk terima kekurangan sendiri.

Kali ni Azim cuba gunakan Nisa sebagai orang perantaraan untuk ajak Azra keluar ke Restoran Sedap. Tapi malangnya, Azra terpaksa menolak sebab dia masih sibuk dengan urusan bakeri dia. So, Azra pun plan untuk jumpa dengan Azim pukul 3 petang esok dekat pasar. Sambil-sambil Azra beli barang, pada masa yang sama dia boleh luangkan masa sikit dengan Azim. Keesokkannya masa dekat pasar, diorang berdua memang happy sangat dapat luangkan masa sama-sama.


Lepas habis temankan Azra cari barang, diorang berdua duduk santai-santai minum dekat warung yang ada dekat pasar tu. Masa tu, Azim sempat jugak bertanya pasal Joe dekat Azra. So nak tak nak Azra pun bagitahulah Azim yang malam masa kejadian tu, dia tolak lamaran Joe. Sebab pada Azra, Joe memang tak serius nak jadikan Azra sebagai isteri.  And Azra pun ada bagitahu jugak yang dia ada nampak Azim masa Joe tengah lamar Azra masa dekat bakeri malam tu. Bila Azim tahu yang Azra nampak dia, Azim cepat-cepat tukar topik. Bersambung... 

Comments

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!