Drama Semanis Senyumanmu - Episod 9

Jun 27, 2021

Semanis Senyumanmu

Malam tu, Azim terus balek tanpa jumpa Azra. Dia rasa kecewa sangat. Dalam fikiran Azim, Azra mungkin dah terima lamaran Joe tu. Kehidupan Azim jadi tak teratur sangat. Bila Izat dapat tahu pasal apa  yang jadi malam tu, dia pun datang ke jumpa Azim untuk bagi nasihat. Pada masa yang sama, Izat pun bagitahu Azim yang Naufal cari Azim untuk offer dia kerja semula dekat Restoran Sedap. Pada awalnya Azim macam tak berminat. Tapi disebabkan Azim dah tak ada pilihan. So dia buat keputusan untuk kembali bekerja dengan Naufal semula.

Semanis Senyumanmu Episod 9

Selepas menolak lamaran Joe. Azra nekad untuk move on. Jadi dia buat keputusan untuk mulakan semula kehidupan dia dengan relocate Imazra Bakeri dekat satu tempat baru & lebih strategik. Pada Azra, ini saja jalan yang dia ada untuk cuba lupakan apa yang jadi antara dia dengan Joe & at the same time dia boleh tambahkan keuntungan bakeri dia yang semakin hari semakin merosot disebabkan lokasi kedai yang tak berapa nak okey. 

Semanis Senyumanmu Episod 9

Selang beberapa hari, Azim datang tengok-tengok bakeri Azra. Tapi dia tak sangka yang bakeri Azra dah pindah. So, Azim pun redha jelah. Lepas tu, dia terus pergi ke Restoran Sedap untuk berjumpa Naufal. Dekat sana, Naufal explain dekat Azim yang restoran dia makin kurang dapat sambutan lepas Azim buat keputusan untuk berhenti hari tu. Pada awalnya Azim macam berat nak buat keputusan sebab dia masih tak puas hati dengan pengurusan Naufal di restoran tu.


So, Azim pun berterus terang dengan Naufal apa yang selama ni dia tak puas hati & pada masa yang sama Azim juga letakkan syarat dekat Naufal supaya kuasa sepenuh diberikan kepada Azim untuk incharge bahagian dapur. Demi masa depan Restoran Sedap, Naufal akur & dia menerima segala kritikan & syarat yang Azim letak untuk dia terus bekerja di restoran tu. Selepas lama berbincang dengan Naufal, akhirnya Azim kembali beraksi di dapur sebagai Head Cheaf di Restoran Sedap. So,  no more catering job untuk Azim 😁. Bersambung...

Comments

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!