Actually, filem J Retribusi ni merupakan kesinambungan dari filem terdahulu iaitu J Revolusi [diterbitkan pada tahun 2017]. Dalam J Retribusi kali ni, Zul Ariffin digandingkan bersama arwah Ashraff Sinclair [AS]. Peranan pemegang wataknyer macam biasalah kan. Abam sado Zul Arifin pegang watak baik & arwah AS yang muka jambu tu pegang watak jahat 😁. Filem ni jugak kalau korang nak tahu, sebenarnya merupakan filem terakhir yang sempat dilakonkan oleh arwah AS.
Kedua filem ni best sebenarnya. Tapi pada Syu, jalan cerita J Retribusi lebih menarik sikit jika dibandingkan dengan J Revolusi. Kali ni lebih banyak adegan aksi yang ganas-ganas & lebih real diterapkan oleh pengarah. Bila part adegan pukul-pukul tu, ia nampak macam lagi kemas & padu. Secara keseluruhannya, Syu boleh bagi 4🌟 untuk J Revolusi & 5🌟 untuk J Retribusi 😉.
Apa yang menarik perhatian Syu, dalam filem ni lakonan arwah AS memang betul-betul diluar jangkaan. Memang arwah betul-betul menjiwai watak. Jauh berbeza dengan watak-watak yang arwah pernah lakonkan sebelum-sebelum ni. Selalu Syu tengok arwah AS ni asyik pegang watak-watak jambu jer dalam sinetron Indonesia. This time penampilan arwah AS memang vavavom!!
Kalau korang nak tengok J Retribusi, Syu nasihatkan korang tengok J Revolusi dulu. Sebab jalan cerita dia memang ada sangkut paut. Takut nanti bila korang tengok J Retribusi dulu, korang jadi tak faham jalan cerita dia macam mana 😂. Apa-apa pun korang wajib tengok kedua-dua episod filem J ni!! Memang Syu tak dapat nafikan yang filem ni memang best untuk ditonton!!

tengok kat mana kak? ada dekat iqiyi tak ke iflix ke?
BalasPadamdua-dua saya belum tengok lagi masalahnya hehehe
Akak tengok kat Disney+Hotstar.
PadamDekat iQIYI & iflix akak tak sure lah AO.
Rasa macam tak ada jer😁.